Jangan Panjang Sangat Bang…

2

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet, grafik | Posted on 18-06-2010

Wuih..panjang la baru best kan? Entri ni takde kena mengena dengan apa-apa yang panjang dalam bentul fizikal mahupun mental ataupun spiritual..hehe..cuma apa yang aku ingin ketengahkan kat sini adalah cara dan bagaimana korang meletakkan ayat untuk mempromosi sesuatu produk atau servis.

Korang mungkin salah seorang Internet Marketer atau seorang freelancer yang ingin advertise service korang..tak kira la korang terlibat dengan apa juga kerja-kerja freelance..sama ada bidang grafik design,web design,penulisan artikel dan banyak lagi la..apa yang penting adalah penyampaian..kalau mesej tersebut tak sampai kepada pihak yang berkaitan, maka gagallah..

Kenapa aku wujudkan entri ini, sebabnya adalah sesetengah produk owner tidak berapa tahu akan kepentingan susunan ayat dan juga apakah ayat yang sesuai diletakkan untuk produk mereka. Contohnya aku akan berikan satu jenis produk yang berbentuk digital seperti dibawah.

Nama Produk : Produk Melangsingkan Badan

Tajuk Besar : Rahsia Suri Rumah Menguruskan Badan Dengan Cara Paling Pantas!

Tajuk Kecil :Cara Paling Berkesan Melangsingkan Badan Dalam Masa 30 Hari!

Kalau korang dapat lihat pada pernyataan kat atas tu, cuba korang analisa apakah antara kelemahannya dalam penyampaian maklumat. Seringkali aku tengok tajuk yang begitu panjang dan ditambah pula dengan tajuk kecilnya..fuh..berpeluh membacanya..

Kenapa tak boleh panjang bang?Mari aku berikan satu soalan paling best untuk korang semua jawabkan..Perasan tak korang iklan di billboard yang korang selalu tengok kat simpang jalan atau di lebuhraya? Perasan tak ada berapa perkataan je yang ada pada iklan tersebut?Ya..sikit kan? Kenapa ek?

Sebabnya adalah masa audien untuk melihat iklan dan untuk tertarik dengan iklan tersebut adalah singkat..dalamĀ  masa 3 saat sahaja korang seharusnya sudah mampu membuatkan audien dapat mengingati produk korang. Kenapa pula iklan itu ada sampai berbulan-bulan lamanya? Otak manusia ni suka perkara yang berulang-ulang..so lama kelamaan kita akan mudah ingat produk tersebut dan ketika di pasar raya contohnya..Oh, baru kita teringat, ada iklan tentang produk tersebut…lalu kita rasa..Wah..produk ni mesti best, sebab ada keluar iklan….

YouTube Preview Image

Sebut tentang tu aku teringat plak ada kawan aku tanya tentang kamera DSLR mana yang bagus..aku kata..semua sama je..tapi dia tetap bertegas..Ca**n bagus lagi la..kemudian aku tanya..sebab apa? Ala..jenama tu kan selalu keluar iklan..Ni**n takde pun?Aku gelak je…hehe..

YouTube Preview Image

Tips paling berkesan adalah ayat tersebut haruslah tidak lebih dari 7 patah perkataan dan mestilah berulang-ulang..diulangi..ianya mesti tidak lebih dari 7 patah perkataan dan mestilah berulang-ulang…

Ini sebenarnya amat penting..contoh korang nak design banner ads..takkan la nak tulis berjela kat banner tu..lama-lama, kecik je tulisan tu nampak sebab korang tulis panjang sangat…pada-pada lah..

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Best Sangat Ke Contact Form Di Blog?
  2. 10 Stop Motion Video Terbaik Untuk Tontonan
  3. Koleksi Iklan Kelakar Kondom
  4. Cara Dapatkan Traffic Mudah Dengan Youtube
  5. Berapa Kos Perniagaan Internet?

Comments (2)

wah ada kawan kita judgement base on iklan.. pengaruh iklan tu… semuanya BAHARU…

ada meh?hehee