Kalau korang baca akhbar Kosmo! pada hari ini tentu korang ada terbaca satu artikel tentang kejayaan anak muda kita yang akan meningkat maju dalam dunia perniagaan berasaskan internet. Siapa? Tentulah team Flarebiz yang telah berjaya membuka mata ramai anak-anak muda kita yang mulai leka dengan kehidupan seharian mereka.
Ok, aku tak nak cite depa ni sapa cuma aku nak puji bro Adly ni je..hehe..(termasuk depa semua la..)
Kalau korang nak tahu, aku kenal beliau ni sejak tahun 2006 sebenarnya..beliau ni masa ni memang zero langsung bab bisnes internet ni dan starting nak menceburkan diri dalam bisnes internet adalah dalam bisnes service iaitu sama macam yang aku buat sekarang..masa tu beliau mencari dan mencari lagi ilmu yang anda sampailah beliau belajar dari sifu-sifu yang terkenal kat situ dan berjaya boost kan income beliau sehingga mencapai RM10,000 yang pertama..serius..aku sendiri pun tak pernah tercapai angka tersebut.
Masa tu aku ingat lagi, beliau masih bersekolah…ramai gak yang tak bape konfiden ngan beliau, tapi beliau teruskan juga sehinggalah sekarang..tengoklah sapa beliau sekarang dan apa yang dibuatnya..banyak perkara yang kita sendiri tak pernah terfikir sebenarnya apa kemampuan kita..cuba kita lihat anak-anak muda sebaya beliau sekarang dan apa yang mereka buat?
Semasa aku lepak kat Kopitiam minggu lepas, rasanya tak payah sebut la Kopitiam mana kan…aku ada nampak sekumpulan anak muda yang berjumpa dan meneruskan konsep business mereka yang selalunya amat sinonim dengan ‘Head Hunters’, berpakaian smart, dan meeting di Kopitiam sambil berusaha untuk merekrut ahli baru dan begitulah rutin harian mereka barangkali.
Di kedai mamak yang lain pula, penuh anak-anak muda yang membuka laptop,membuka Facebook dan tak ketinggalan Myspace untuk melihat ramainya orang komen gambar mereka dan teruja melihatnya..tapi takde pun yang terfikir untuk melakukan sesuatu seperti remaja lain iaitu seperti Adly dan juga mereka yang berada dalam Team Flarebiz ini.
Aku amat menyokong apa yang mereka lakukan, lama kelamaan bisnes internet ini takkan lagi dipandang serong..senang je nak tahu tanggapan masyarakat tentang bisnes internet…cuba tanya 10 orang yang korang jumpa di mana-mana dan tanya mereka apa itu bisnes internet? Kebanyakannya akan berkata…pelaburan internet,MLM dan sebagainya……
Jadi, jom sama-sama kita betulkan semula minda masyarakat dengan membetulka konsep iaitu bisnes internet bukan apa yang dianggapkan itu……..
Popularity: 1% [?]
Related posts:

Oh, terima kasih di atas entri yang sungguh nostalgia ini. He he he!
Ini semua tidak akan dicapai tanpa sokongan rakan-rakan maya yang cukup kuat dan sentiasa positif. Kami berdiri di atas dasar team work dan semoga kita semua dapat mencapai kejayaan demi kejayaan Insyallah. Amin.
Bro Reezluv pun apa kurangnya, semakin hebat dari hari ke hari.
yes..thanks to you too..hehe.memang teamwork penting kalau nak membina sebuah empayar.Tanpa sokongan penuh, tak bermakna..:D
kejayaan mereka menjadi sumber inspirasi yang lain.
Nak jadi hebat, kena lihat contoh2 orang yg hebat..
mmg best giler on9 biz neh,.. dan yang paling terbest sekali ialah tuk pasaran malaysia ni walau makin pesat berkembang tapi still masih byk ruang tuk kita bertapak dan berjaya.. so just do it!
idea dan usaha yg bernas dari anak muda.. aku pun skarang tengah cuba2 berjinak dgn bidang..harap dapat dipermudahkan..
Saya setuju bro. Memang kena dedahkan lagi kepada masyarakat tentang bisnes internet ni. Ramai yang masih keliru dengan program2 buat duit.