Baca Komik Free Secara Online Edisi Malaysia

10

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet, berita hot | Posted on 15-07-2010

Komikniaga nama diberi, kalau nak baca downloadlah di sini..eh bukan..lawatlah laman webnya untuk download.Aku tak sediakan link download kat sini ok?

Ok lah, nak cerita tentang satu lagi projek yang diusahakan oleh anak muda tempatan kita. Aku memang amat terkejut pada mulanya ada plak komik tentang perniagaan internet.Membuatkan aku rasa macam best je nak baca..free plak tu.ala-ala kartun di Smashingmagazine tu..ada je kartun yang leh wat aku senyum sesorang masa baca kat blog tu.Tapi kini satu projek yang diberi nama KomikNiaga telah menggemparkan dunia perniagaan internet di Malaysia. Mungkin bukan dengan Login Facebook Dapat RM100, tapi ianya adalah satu komik santai yang menceritakan tentang bagaimana anda dapat membina perniagaan internet dengan cara yang betul dan tidak terlibat dengan mana-mana program Head Hunters atau dengan kata lain..cari orang, untuk anda untung juga..Ya..TERBUKTI BERKESAN!!

Adakah masa korang join tu, korang terfikir tentang cara yang digunakan itu betul atau tidak? aiseh..melalut plak aku sampai ke program scam..itu nanti la aku cite kat topik lain..ini cite pasal KomikNiaga..

Ok, berbalik kepada komik yang baru sahaja aku download tadi dan aku berikan 98 markah untuk isi kandungan komik itu dan 78 markah untuk design komik tersebut. Takpe..mungkin ada kelemahan serba sedikit, tapi dari segi content, memang PERFECT!!

Apa yang ada dalam KomikNiaga ni dan sape foundernya?


Hasbul ‘Aqill merupakan pengasas kepada KomikNiaga ini. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan internet khususnya dalam bidang pemasaran emel serta pemasaran affiliate tempatan mahupun global.

Selepas mengambil tindakan drastik dengan meninggalkan universiti pada awal 2010, kini beliau memberi tumpuan sepenuhnya kepada dunia perniagaan internet dalam usaha meluaskan jaringan perniagaan beliau.

Beliau juga pernah menjadi speaker jemputan di universiti-universiti tempatan bagi mendedahkan perniagaan internet yang sebenar kepada masyarakat Malaysia.

Blog rasmi beliau, www.hasbulaqill.com

Setelah selesai membaca komik tadi,aku tertarik dengan satu artikel tentang’ Undertable’ .Memang adalah sebuah artikel yang begitu menarik dan bagi aku korang harus baca, sebelum terlibat dengan mana-mana perniagaan internet. Sebabnya ramai yang dah tersesat iaitu ramai yang melakukan pelbagai cara yang kononnya ianya halal dan sah, tetapi akibatnya anda sendiri tidak pasti..

Apa pun aku tak sabar nak baca edisi seterusnya, tambah-tambah di ruangan artikel tu..memang best Nik Wafdi tulis tu..teruskan..kepada team KomikNiaga, tahniah dan teruskan usaha anda semoga anda berjaya di persada perniagaan internet di Malaysia.

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Bina Kedai Online Secara Percuma
  2. Sah, Produk IM Malaysia Menipu!
  3. Cara Setup Bisnes Online Di Rumah Part 3
  4. Edisi Siasat-Buat Duit Dengan Domain
  5. Rakyat Malaysia Terdesak Buat Duit Ke?

Comments (10)

Memang best untuk newbie perniagaan. Hasbul dah lancarkan semalam. Sure best kerana info memang telus. Tak setuju la kalau ada pihak kata komik ni scam, tipu atau penipu… baca dulu baru tau!

satu usaha yang bagus nie..menggalakkan orang menceburi perniagaan internet melalui melalui medium komik…

Apa beza ni dengan majalah im?

ini dalam bentuk komik bro..:D

tq reezluv. sememangnya dari segi design kami agak tergopoh-gapah nak kejar masa. edisi 1 mungkin ada banyak kecacatan dari segi design. dan untuk edisi seterusnya, kami mendapat 2 lagi org pelukis tempatan untuk memberi sumbangan lukisan. mungkin sedikit sebanyak dapat menambahkan lagi illustrasi yang menarik. btw, artikel itu hasil sumbangan nif wafdi dari Majalah Ujang. mmg gempaklah artikel. ada pengajaran terselindung disebalik artikel tersebur :)

biasa la tu..nama pun first..lama-lama improve la tu nanti kan? :D..apa pun tak sabar rasanya nak download untuk edisi kedua nanti..:D

Aqil takmau lukis sendiri ke?

tq reezluv. untuk edisi seterusnya, dalam kertas cadangan, kami akan buat episod bersiri. lepas ni , akan ada episod bersiri dinama,awek matbiz, mak matbiz, dan keluarga matbiz akan dikartunkan. dan dijadikan jalan cerita. so, ada unsur inspirasi dalam hidup matbiz. pelukisnya masih rahsia dan sudah tentu beliau sangat popular :)

aku rasa kau dah gelabah x sabar neh :D

bukan apa..bila baca je artikel yang Nik Wafdi tu..aku teringat balik masa zaman aku selalu baca Majalah Ujang…hehe..memang kandungannya dan juga isi di dalamnya lebih kurang mcam Ujang..dan majalah ini pun aku dah rasa macam Majalah Ujang version Digital..:D

Aku ada nampak sesuatu nanti untuk majalah KomikNiaga ni…macam akan meletup dan mendapat review positif dari kerajaan…kot dapat review dari press lagi bagus..:D

satu cara yang baru. Nice!