Cara Membeli Produk Digital

Membeli melalui internet merupakan salah satu perbuatan yang seringkali disalah tafsir oleh ramai dikalangan rakyat Malaysia kerana takut ditipu dan sebagainya. Tetapi tahukah anda yang mana bilangan pembeli yang membeli melalui internet di Malaysia sudah meningkat? Tambahan pula dengan adanya Facebook yang dijadikan ruang jualan dan tidak lupa juga pelbagai produk di Ebay yang menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang jarang sekali kita dapat di kedai.

Itu jika produk fizikal, bagaimana pula jika anda membeli produk digital seperti ebook,software, lagu dan sebagainya?Bagaimana cara yang paling selamat hendak membeli dan bagaimana caranya?Di sini saya akan memberikan 2 cara yang biasa digunakan oleh usahawan internet di Malaysia yang mana anda perlulah mengikut step-step yang tertentu semasa membeli produk digital khasnya.

Cara 1

1.Jika anda sudah mengenalpasti di mana url webnya, taipkan dan login. Pastikan anda sudah membaca keseluruhan saleletter web itu dan baca sekali imbas untuk ketahui secara kasar..kemudian pergi di mana-mana search engine dan taip “Produk Digital Anda Review” .Adalah penting bagi anda untuk meletakkan perkataan review itu untuk melihat apakah review yang telah dibuat oleh pembeli sebelum ini mengenai produk tersebut.

2.Jika anda sudah betul-betul berminat dan nekad untuk membeli, pergi ke button order yang disediakan dan anda akan dibawa ke page untuk maklumat pembayaran.Biasanya terdapat banyak cara bayaran,Bank in,Paypal atau Credit Card. Ianya bergantung kepada penjual produk berkenaan untuk menetapkan jenis pembayaran yang disediakan. Untuk pembayaran melalui Paypal, biasanya link download untuk produk digital anda akan diberikan secara automatik selepas anda selesai membuat bayaran.

3.Setelah anda membuat pembayaran, copy detail bayaran tersebut dan langkah seterusnya adalah isikan borang yang telah disediakan oleh penjual berkenaan untuk pengesahan pembayaran. Anda hendaklah menunggu email yang dihantar ke alamat email yang anda isi di borang berkenaan untuk penjual memberikan link download berkenaan.

Cara 2

Cara pembelian yang kedua ini sebenarnya amat mudah dan biasanya penjual jenis ini menggunakan method percuma sahaja dan tak nak peningkan kepala untuk membuat borang tempahan.

1.Anda pilih produk digital tersebut.

2.Buat bayaran ke akaun penjual berkenaan.

3.Terus emailkan atau sms penjual berkenaan. Biasanya penjual jenis ini akan meletakkan no telefon dan juga alamat email mereka di page berkenaan.

Cara yang kedua ini adalah tidak selamat kerana no telefon anda adalah peribadi,nanti akan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu,begitu juga dengan alamat email…

Popularity: 1% [?]

Related posts:

  1. Cara & Tips Hebat Membeli Produk Digital
  2. Produk Berkualiti vs Produk Sampah
  3. Tips Membeli Di Ebay
  4. Cara Setup Bisnes Online Di Rumah Part 1
  5. Cara Setup Bisnes Online Di Rumah Part 3

Dapatkan FREE Updates:
*Please click on the confirmation link sent in your Spam folder of Email*
Recent Related Posts

One thought on “Cara Membeli Produk Digital

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>