Pakej Fotografi Perkahwinan Ipoh

Cakap Siang Pandang-Pandang…So..Sial..

Sudah tentu korang semua familliar dengan laman sosial yang makin popular sekarang ni iaitu Facebook. Memang tak disangkal lagi kewujudannya memang amat digemari oleh ramai orang, tak kira la tua ke muda ke atau bebudak sekalipun. Adapun laman sosial ini haruslah digunakan dengan sebaiknya dan tidak seharusnya berlaku pelbagai perkara yang mampu membuatkan orang yang melihatnya terguris atau tersinggung.

Baru je kejap tadi aku tengok Aduan Rakyat yang menyatakan bahawa ada pelajar, atau orang awam yang dengan terang-terangan mengutuk salah satu badan beruniform ni Malaysia ini dan kutukan itu disokong oleh beberapa pihak. Tidak kurang juga unsur-unsur fitnah dan juga maki hamun yang tanpa disedari dikongsikan bersama rakan-rakan di Facebook.

Cuba anda lihat sendiri gambar yang telah diletakkan sendiri…penulis beranggapan ianya adalah suatu gurauan..tetapi adakah dia sedar betapa tergurisnya perasaan orang yang membacanya? Apakah yang akan terjadi sekiranya salah seorang pembesar negeri berkenaan terbaca tohmahan dan gurauan tersebut di laman sosial tersebut?Inilah yang dikatakan kerana mulut kemungkinan badan akan binasa..rasanya sukar rasanya penulis tu nak tidur nyenyak disebabkan kenyataan beliau yang mendapat respon yang begitu hangat sampaikan ada yang membuat page khas untuk vote beliau agar dibanned dari laman sosial berkenaan.Semuanya kerana “Biskut”….

Kadang-kadang kita sebagai manusia sememangnya tidak dapat lari dari membuat kesalahan, tetapi sudah semestinya lah kita harus berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan berbaur tohmahan yang rasanya sukar diterima oleh segelintir pihak. Apa guna kita diberikan akal fikiran yang waras oleh Tuhan tetapi tidak menggunakannya dengan sebaiknya.

Oleh itu, mari kita renung kembali perlakuan kita di laman-laman ini yang mana biasanya bakal mengundang pelbagai perkara yang tidak diingini apabila ianya disalah ertikan..

Related posts:

  1. 10 Jenis Blog Reezluv Tak Suka
  2. Tiada Idea Untuk Menulis Blog?
  3. Kenali Potensi Blog Part 1
  4. Reezluv Sudah Bosan Berblogging
  5. Sweet Blogging April, Sweet ke?

Dapatkan FREE Updates:
*Please click on the confirmation link sent in your Spam folder of Email*
Recent Related Posts

9 thoughts on “Cakap Siang Pandang-Pandang…So..Sial..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>