Pada post 12 Julai yang lalu aku ada sebut tentang kisah adsense ku yang dah sekian lama, baru la bergerak dengan lajunya..kan? Masa tu earning memang dah cukup USD100 untuk cash out kan. Tapi saje je aku nak test tengok sebulan adakah boleh maintain? Tarikh hari ni adalah 19 Ogos 2010 yang mana dah lebih sebulan rasanya..lihat pula adsense earning aku kat bawah ni, walaupun tak kencang..tapi..jadi la kan..:D
Takde teknik rahsia apa pun yang aku buat. Semuanya memang datang dari search engine sendiri. Nak kata aku ni terer pilih keyword pun taklah, mungkin rezeki kot
Nampaknya lepas ni aku kena betul-betul buat research sebelum pilih domain yang berkualiti untuk dapat income sampingan macam ni. Untuk pengetahuan korang gak, earning ni baru je lagi, kiranya baru masuk sebulan la.
Hasil ni pun dari satu blog je yang membuatkan ianya menjadi. Hari-hari setiap kali aku check mesti ada klik, Itu yang membuatkan aku seronok tengok.hehe..Memang faktor traffic menjadi faktor utama. Kalau traffic tinggi, memang confirm akan dapat earning dari adsense tu secara tak langsung. Kecuali lah untuk blog berbahasa Melayu, memang kalau adsense..sape letak tu memang alamatnya lambat la…
So ini mungkin rezeki raya kot..:D Duit ni aku tak gunakan untuk beli barang..ada perkara lain yang aku kena buat untuk dapatkan sekurang-kurangnya USd300 sebulan pulak..Insyaallah..kalau dapat maintain USD300 + USD100 sebulan, sudah bersamaan USd400. USD400 tu lak setelah diconvert dengan tukaran mata wang yang terkini adalah RM1253 sahaja. Jadi la kan income untuk sebulan paling minima? Amacam? Seronok kan niche blog? Itu belum lagi kira dari advertising di blog-blog niche aku yang lain
Fikirlah sendiri, niche blog lagi penting ke?
Related posts:

memang betol niche blog bole buat duit, penah apply adsense tapi tak approved…:(
Banyak juga sebenarnya tu, kalau buat beli baju dah boleh dapat 10 pasang!
uhhhh nikmatnya boleh la buat beli baju raya nanti hehehehe. congratz bro!
kongsi tips sikit bro
buat blog niche..that’s all
blog bahasa english ke?
leh kongsi pro n kontra guna adsense ni. teringin nak bubuh kat blog. tp still belajar.
thank