Pakej Fotografi Perkahwinan Ipoh

Kelas Blogging 2:Setup Niche Blog

Untuk lesson kali ini aku akan cuba guide korang untuk setup niche blog yang mana aku dah terangkan kat korang macam mana nak pilih niche dan juga keyword untuk domain name korang nanti.

Aku takkan terangkan macam mana nak setup untuk blogspot, korang sendiri lagi expert rasanya kan sebab setup blogspot ni tak susah sangat dan simple je..Cuma aku akan terangkan macam mana nak setup untuk WordPress dan plugin-plugin apa yang best untuk dimasukkan bagi blog niche korang tu.

Sebelum apa-apa sila pastikan korang dah Add Domain korang tu dalam cpanel website..caranya adalah seperti berikut.

1.Login Cpanel

-biasanya kalau korang beli hosting, korang akan dapat URL untuk login cpanel korang. Biasanya akan jadi macam ni,http://domainkorang.com/cpanel atau ada URL lain yang diberikan oleh pihak hosting.

2.Klik pada AddOn Domains untuk masukkan domain korang tu.

3.Sebelum tu pastikan juga korang dah redirect domain korang tu ke DNS hosting korang. Masukkan sahaja DNS hosting korang pada Domain Registrar kalau korang beli domain asing dari hosting. Kalau korang beli dalam bentuk pakej dengan hosting tersebut, sila rujuk pihak hosting untuk dapatkan DNS hosting korang tu.

4.Perkara ini biasa akan dilakukan jika korang beli domain dari registrar seperti Namecheap,Godaddy,Name.com atau mana-mana registrar yang ada di internet ni.

5.Ok, setelah selesai korang masukkan DNS, barulah korang boleh pegi ke step 2

6.Isikan domain korang tu tanpa http:// pada kotak domain tu..contoh dalam ni aku pakai domain Motodoto.com isikan password bagi database korang tu.

7.Setelah setel, korang klik Add Domain


8.Seterusnya korang pegi balik ke muka depan Cpanel dan cari ikon Fantastico, klik ikon tersebut.

9.Cara ni merupakan cara terpantas korang nak setup blog wordpress. Ada cara lain sebenarnya, tapi ini cara paling simple dan mudah untuk korang.

10.Masukkan detail seperti di atas. Kosongkan bahagian directory tu, sebab korang kena install kat dalam main directory.Masukkan alamat email korang yang betul, sebab nanti kalau korang terlupa password, korang boleh dapatkan balik dari alamat email tu.

11.Setelah setel semuanya, klik Install WordPress

12.Biasanya kalau dah setel, korang boleh login ke blog korang tu dengan URL gini..http://domainkorang.com/wp-admin

13.Masukkan username dan password yang korang telah tetapkan sebelum ini pada cpanel tadi tu.

14.Perkara pertama yang korang kena buat adalah dengan setting Permalinks untuk memantapkan lagi blog korang dari segi SEO.

15.Klik pada Settings-Permalinks


16.Masukkan setting seperti rajah di atas /%category%/%postname%/ dan klik Save Changes.

Langkah seterusnya adalah untuk masukkan plugin yang best-best untuk blog korang tu ok?

17.Korang kena aktifkan dulu plugin Akismet tu..kalau korang belum Sign Up, sila sign up dulu untuk dapatkan API key bagi Akismet tersebut.Dah dapatkan API key, korang klik Activate

18.Kemudian aku nak korang install plugin-plugin ni ye sebagai permulaan. Kalau lepas ni korang nak install lain, itu terpulang la kat korang ye.

Google XML Sitemaps

Viper’s Video Quicktags

WP-SpamFree

All in One Webmaster

Fast Secure Contact Form

Growmap Anti Spambot Plugin

WP Auto Tagger

19.Activate kan kesemua plugin tersebut.

20.Untuk langkah seterusnya, korang wajib buat dua page berikut, iaitu page Contact dan page About. Page contact amat penting untuk advertiser menghubungi korang melalui contact form supaya jika ada yang berminat nak mengiklan di blog korang, korang mudah untuk dihubungi. Pastikan korang pegi ke bahagian settings bagi Fast Secure Contact Form tersebut.

21.Klik pada Pages-Add New.

22.Buat dua page baru iaitu Contact dan About.Jika dah ada, masukkan dalam Bahasa Inggeris sedikit detail mengenai background korang tentang apa yang korang nak kongsikan diblog..takpayah nak letak gambar pun takpe..apa yang penting korang buat sedikit introduction kepada reader blog korang dan jangan lupa juga masukkan banyak keyword-keyword korang tu ye..:D

23.Untuk setting Contact Form, korang boleh ikut guide kat bawah ni.

24.Kalau korang perasan, pada setting contact form tu tadi ada command (seperti rajah)..copy command tu dan paste kan sahaja di page contact tu.

25.Klik Publish dan view page korang tu dan korang akan dapati page seperti ini. Kalau korang pandai main CSS..decorate je form ni untuk kesukaan korang..tapi takyah la fancy sangat, sebab niche blog korang ni kan agak serius..bukan dalam niche graphic design pun..:D

Akhir sekali korang wajib atau suka hati korang pilih theme untuk blog korang tu yang best-best.Korang boleh pilih kat internet mana-mana theme yang best untuk korang pilih sama ada free mahupun yang berbayar..itu terpulang..asalkan korang rasa ianya cantik dan menarik serta sedap mata memandang.

Jom tengok antara theme-theme free yang korang boleh download best-best.

http://www.yourdigitalspace.com/2011/01/100-awesome-free-wordpress-themes-for-2011/

http://www.pingable.org/20-of-the-best-free-magazine-wordpress-themes/

http://themeblogger.com/99-best-free-professional-wordpress-themes-for-2011/

atau korang boleh dapatkan theme yang agak best dan menawan ini kat sini

Cara install wordpress theme yang korang download amat simple..

1.Setelah download file theme tersebut dalam bentuk *.zip

2.Klik Appearance-Themes dan klik pada Install Themes

3.Upload file zip tersebut dan Activate kan theme itu.

View blog korang untuk melihat hasilnya..

Rasanya dah cukup kan aku cerita dari A-Z pasal nak setup WordPress ni..tak lah susah mana kan? Cuma rasanya cara nak handle blog ini yang lebih penting..ok, untuk next lesson, kita pegi ke Cara-Cara Nak Masukkan Post dan Bagaimana korang boleh tulis dalam Bahasa Inggeris dengan cara yang simple dan berkesan..:D

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dapatkan FREE Updates:
*Please click on the confirmation link sent in your Spam folder of Email*
Recent Related Posts

57 thoughts on “Kelas Blogging 2:Setup Niche Blog

  1. fuyooo :D lengkap bro, leyh ajar subdomain gune dekat blogspot x? aku dah try, tp tak mau :)

    kl gengster [syamsul yusuf disaman pekida] *nak baca lebih lanjut, bace review ni :) [review] kl gengster dapat sambutan|disaman pekida

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>