Ok, setelah korang habiskan pada lesson kedua sebelum ini, sekarang adalah masa untuk korang update blog korang tu. Ada banyak cara sebenarnya yang boleh dipraktikkan oleh korang untuk update blog niche ni. Jika korang amat pandai berbahasa Inggeris tanpa ada kesalahan grammar, amat digalakkan untuk korang sediakan artikel sendiri tanpa perlu upah orang lain..
Ok..apakah antara langkah paling efisyen nak update blog niche ni ye?
Kat sini aku tunjukkan beberapa cara yang aku rasa mudah untuk korang aplikasikan dan kalau korang student, dan biasa buat assignment dalam Bahasa Inggeris, rasanya mungkin tiada masalah. Kalau korang yang amat tak terer Bahasa Inggeris pun takpe rasanya..tapi kena la ada basic gak, sebab CMS WordPress ni pun bukan 100% Malay kan?
Kita mulakan dengan langkah pertama..
1.Mulakan dengan menghasilkan beberapa kategori tentang niche tersebut. Bagaimana nak pilih kategori yang sesuai untuk sesuatu niche tu ye? Cara simple ni rasanya takde sape dedahkan lagi, cukup mudah dan simple..
-cuba korang lawat dua artikel directory ni iaitu articlebase.com dan goarticles.com yang mana korang boleh tengok niche yang ada di situ ok?
-untuk contoh ni, korang cuba tengok pada sidebar sebelah kiri, lihat pada niche Finance dan cuba klik drop down tu dan korang dapat lihat antara kategori-kategori yang ada.
-Pada dashboard WordPress, pilih Categories dan Add New.Masukkan kategori-kategori yang ada di artikel direktori tu
Selesai memasukkan kategori artikel korang? Jom ke langkah kedua….
2.Cara yang pertama aku nak ajar ni ada kena mengena gak ar cara nak buat karangan masa korang sekolah dulu la kan..caranya simple je..
-pilih satu kategori dan cuba korang copy kategori tersebut, dan paste pada kotak search di articlebase.com atau goarticles.com tu.
-kemudian korang akan dapat banyak artikel kan? Baca sepintas lalu apa yang korang faham serba sedikit tentang kategori tersebut contohnya dalam kategori Finance – Mortgage..
-dah baca sepintas lalu, korang cuba buat satu peta minda dengan soalan-soalan berikut..What,Why,How..satu soalan tu korang buat la dalam satu perenggan 3 baris. Diikuti dengan pengenalan, masukkan soalan tersebut, dan korang akhiri dengan penutupnya..dah complete satu artikel.
-Contohnya bagi keyword Mortgage -What-Why-How, korang boleh search antara jawapan tu kat Google sendiri..jgn korang copy paste le plak,info yang ada tu..korang cuba fahamkan serba sedikit dan korang cuba summarize atau tulis based on artikel tersebut tentang apa yang korang faham merujuk dari soalan yang korang telah buat tu.
Cara kedua update blogpost niche blog..
-Cara yang kedua ini rasanya agak malas dan tricky sikit, serta memerlukan korang perhati betul-betul..cara ni dah direvealkan melalui entri ini iaitu Bagaimana Membina Blog Bahasa Inggeris Dengan Cara Paling Mudah.
-So takyah cite panjang-panjang..segera ke entri tu je untuk jenguk..:D
Cara ketiga memerlukan sedikit modal….
-Kalau sebut pasal modal ni, ada ke yang sanggup? atau pernah ke aku buat? Untuk pengetahuan korang, kesemua yang aku listkan ni berdasarkan pengalaman yang aku pernah buat. So yang aku tak pernah buat, aku tak terangkan ye..tak best cerita benda yang aku tak tahu..:D
-Article boleh dibeli melalui Ghostwriter yang ada bersepah-sepah kat forum-forum internet. Dua forum paling femes dengan freelancer ghostwriter ni ada di Warrior dan juga di Digitalpoint.
-berapa rate supaya korang tak kena tipu ye? Sebenarnya korang boleh deal sendiri ngan writer tersebut..korang boleh wujudkan satu thread khas seperti WTB (Want To Buy) untuk hire memane article writer yang ada. Aku selalu dapat rate 15 artikel 300 patah perkataan -USD15 iaitu bersamaan 1 artikel = USD1 sahaja..dengan 15 artikel tu, korang boleh jimat beberapa minggu atau mungkin sebulan artikel dengan cara korang perlu schedule kan entri korang tu. Nanti aku akan ajarkan.
-apa yang penting jika korang nak hire, jangan ikut sangat apa yang depa ni tentukan..korang yang nak bayar..so kena sombong sikit dan mungkin boleh nego ngan writer tu kalau korang beli 20 artikel secara bulk dan mungkin boleh dapat lagi murah mungkin? Tapi murah bukanlah segalanya..korang kena hati-hati dengan ramai penipu..
-sebabnya diinternet ada software yang boleh spin artikel, dan artikel tu dijual dengan harga sedemikian, dan dapat keuntungan atas angin gitu je..tekan-tekan je..senang kan?Walaupun article spinner ni banyak dipasaran, mereka tak kisah nak membelinya sebab modal dah ada..so beli dan generate income secara auto sahaja.
-untuk memastikan artikel korang tu unik, lihat reputasi writer tersebut di forum, dan nilai sendiri artikel itu dengan check secara random di Copyscape.com. Copyscape setakat ini adalah tools paling powerful untuk check sama ada artikel yang korang beli tu ada di website lain. Jika ada, sudah tentu mereka menggunakan software untuk generate. Jangan bayar dahulu, sebab nanti korang yang akan rugi sebab tak dapat artikel yang unik untuk blog korang tu.
Setelah siap artikel, pastikan juga korang schedule kan entri korang tu.Caranya adalah dengan setkan dalam seminggu mesti ada 3 entri yang berlainan kategori. Terpulang kepada korang nak set kategori mana dahulu asalkan random dalam seminggu tu..kalau buat lebih pun lagi cantik, kalau rajin la kan.
Kalau dapat sebulan tu, memang korang boleh rilek je, sebulan takyah nak update blog, just tumpukan kepada SEO dan bagaimana nak promote blog korang tu untuk mendapatkan PR atau menaikkan traffic.
Untuk lesson seterusnya, aku akan tunjukkan apa antara perkara basic dan beberapa perkara yang agak advance yang perlu dilakukan kepada blog niche korang tu supaya mendapat PR yang tinggi dan mendapat visitor dari search engine sendiri tanpa spam di mana-mana..


segala tip yg d beri tu amat bernilai..sebelum ni kiter try hentam je peduli ape aku he he..setidak2nya ada sense..ngn nilai keje tngn sndiri..bkn ego tp nk try so ble taw jadik ke x jadik ha ha..thanks to bro reez kongsi info utu sama2 faham sama2 maju..
….very usefull tips…
tima kasih..semoga dapat diamalkan dengan sebaiknya..:D
cmmn kita blh dpt duit.? hw will we get the money?
apabila blog tu dah matang dan berada dalam search engine,mempunyai PR yang stabil seperti PR2-PR3 atau lebih, biasanya advertiser akan contact sendiri dari blog.Atau masuk je program make money from blog yang ada banyak sekarang ni seperti Linkworth. Duit akan dibayar, biasanya melalui paypal
paypal is what? melalui akaun ke?
and apa cara yg senang untuk bg org follow blog kita?
Paypal adalah payment processor yg membolehkan sesiapa sahaja di dunia ini yang mempunyai akaun paypal,membayar dalam bentuk matawang asing dengan mudah.Paypal adalah company Ebay.
bahasa inggeris tak reti…sebab tu
tak berani tulis sendiri.lebih berani
upah orang lain.
yes..outsource kan je sudah..:D
mahal tak kalau upah orang? harga market berape?
tengok la..nego ar dengan writer..:D
maaf cikgu. saya baru nak masuk kelas. ETS tinggal sayaaaaaaa
nasib eyra sempat masuk dengan semput-semput sbb berlari-lari msuk ke klas ni..haha..lain kali alert skit..haha
maap ler. salah kan tren tnggal saya
salahkan diri sendiri sebab bangun lambat. hehe