Pakej Fotografi Perkahwinan

5 Perkara Pelik Korang Boleh Buat Dengan Blog

Korang ada blog? So kenapa ye korang ada blog? Adakah sebab korang nak ikut jejak langkah blogger-blogger retis yang ada tu untuk dapat income sampingan diinternet? Mungkin aku agak straight forward..hahaha..tapi itu merupakan salah satu tujuan aku berblog, iaitu mendapat pendapatan sampingan dari blog-blog aku..

BUAT DUIT DENGAN BLOG

Sebenarnya blog ini pun ada gak pendapatannya, hasil dari affiliate je..tak banyak pun..sebabnya aku dapat pun hasil dari blogpost…iaitu link affiliatenya aku letak kat dalam blogpost tu je, dan bukan kat sidebar atau kat header ke memane..

Apa korang boleh buat dengan blog ye? 5 Perkara Pelik Korang Boleh Buat Dengan Blog ni masih lagi rahsia..tapi aku saje bongkarkan kat korang..sshh…jgn kasi heboh tau.. :P

1.Buat Duit Dengan Blog

-dengar je macam ada mesin je untuk buat duit ni kan? Istilah orang Melayu buat duit..kalau bahasa omputihnya adalah ‘Make Money from Blogging’. Kalau dulu, orang buat blog pasal nak buat macam diari online..luah isi hati bagai..entri jiwang-jiwang macam si dia ni atau memacam lagi yang seangkatan dengannya. Tapi zaman skang dah berubah..orang boleh create branding sendiri hanya dengan berblogging je..Contohnya adalah SmashingMagazine.com yang kini sudah amat sinonim dengan blog tentang web design,multimedia dan juga banyak info tentang grafik atau web design..Tak pelik ke korang rasa? :P

2.Menaikkan orang dengan Blog

-Korang mungkin nobody di dunia biasa..tapi amat dikenali di dunia blogging..kalau sekali je korang post entri kat Twitter bagai, korang akan disambut meriah oleh rakan-rakan blogger yang lain. Kalau dulu, takde sape pun kenal korang kat blog..tapi lama kelamaan, dengan strategi blogging korang tu dan gaya penulisan..korang sudah dikenali di mata blog reader.

3.Menjatuhkan orang dengan blog

-Menjatuhkan orang tu bukan bermaksud korang letak kaki masa dia jalan dan dia jatuh..Korang dengan gigih buat satu blog (selalunya percuma) dan masukkan pelbagai entri-entri hasutan, kutukan dan banyak lagi sehinggakan korang menjadi amat femes sebabnya ayat korang tu amatlah pedas untuk ditelan (sampai kena minum air oren kat kedai Mak Limah)..

4.Bergaduh dengan Blog

-Aku agak pelik dengan blogger yang ada kat Malaysia ni, bukan sebab apa..kekadang perkara kecik je membuatkan mereka mencaci, memaki di blog comment …dikutuknya blogger tersebut atas sebab yang kecil..bagi aku taklah salah selagi ianya tidak menyentuh etika seorang blogger yang sebenar.

5.Belajar Dengan Blog

-Tahukah korang yang mana ada di antara korang ni amat malas nak buat kerja sekolah atau assignment kat kelas, tapi ada yang rajin buat entri dari setelkan keje? (macam aku la..hahaha..) Kalau korang dah berblogging lebih dari 3 bulan atau mungkin dah setahun dua, korang mungkin dah belajar banyak perkara kan? Tipu la kalau aku tanya korang tak belajar apa-apa dari blogging. Kalau korang serius, korang dah belajar tentang SEO, korang dah belajar tentang gaya penulisan, cara menghormati orang lain, cara respek orang lain, dan banyak lagi yang korang dapat ilmu itu tanpa korang sedari..Melawat blog orang pun boleh belajar..ada yang menumpukan niche makanan, seperti OhMalaysia yang menang baru-baru ini bagi DigiWWWow Awards..

Pelik kan? Memacam boleh buat dengang blog ni sebenarnya..:D

Jom tengok keputusan Digi WWWow Awards 2011

Comments

  1. By ifwat

    Reply

  2. By puanbee

    Reply

  3. By izis

    Reply

    • By reezluv

      Reply

  4. By Hans

    Reply

    • By reezluv

      Reply

  5. By Pisyek

    Reply

    • By reezluv

      Reply

  6. Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge