Pada Kelas Blogging 5 yang lepas sudah diterangkan secara ringkas mengenai submission blog korang ke directory-directory yang high PR untuk mendapatkan backlink. Caranya sama ada korang outsource kan keje tu kepada orang lain, ataupun korang buat semuanya sendirian berhad.
Kali ini kita akan belajar bagaimana pula caranya untuk mendapatkan traffic ke blog niche anda itu?
Terdapat beberapa cara yang popular digunakan oleh mereka yang amat pakar dalam menghasilkan traffic yang tinggi dengan blog niche ini. Aku sendiri belum lagi dapat menguasainya kerana teknik yang digunakan amat leceh. Cuma apa yang perlu korang buat adalah mendapatkan top ranking dalam search engine supaya keyword-keyword yang ada pada blog korang tu berada dalam ranking pertama dalam search engine.
Cara pertama yang korang boleh buat untuk mendapatkan traffic ke blog niche ini adalah menggunakan Facebook Page. Korang hasilkan satu,dua,tiga atau mungkin 10 Facebook Page dengan menggunakan ID korang yang lain. Cara untuk menghasilkan Facebook Page yang hot adalah, cuba korang search trends di Google Trends untuk melihat trend masa kini atau menggunakan Google Insights yang mana antara keyword yang digunakan amat hot sekali di search.
Sebagai contoh, korang menggunakan artis popular sebagai Page korang, tapi lebih baik Page itu ada kena mengena dengan niche blog korang ye, supaya senang korang menyelinap masuk URL korang tu ke wall-wall group yg lain yang ada kena mengena dengan niche korang tu. Perbuatan meninggalkan URL selepas komen di wall-wall group popular amat tidak disenangi sebenarnya, tapi ada yang tak kisah, seperti meninggalkan URL di wall untuk PING blog korang contohnya..cuba cari group atau page yang telah melebihi 100K Like untuk mendapatkan traffic percuma.
Cara berikutnya agak mencabar, kerana cara ini melibatkan penggunakan bahasa Inggeris ke tahap maksimum. Ini adalah kerana caranya sememangnya boleh viral kan blog korang itu. Caranya adalah menggunakan article marketing sebagai tools viral traffic blog korang tu. Antara web article directory yang paling popular adalah seperti Ezinearticles.com yang mana agak sukar nak lepas untuk approve daripada admin, kerana article yang dipublish akan dinilai dahulu oleh staff EZA untuk proses tapisan. Di akhir atau di dalam artikel tersebut, korang boleh meninggalkan URL dan pastikan korang link pada keyword untuk niche korang tu ye.
Menggunakan HubPages juga merupakan salah satu cara terbaik masa kini untuk menaikkan lagi ranking blog anda. Pada zaman micro blogging ini, penggunakan HubPages amat meluas sekali digunakan. Seperti EZA juga, HubPages membolehkan korang meletakkan link-link di dalam artikel yang korang telah hasilkan. Tetapi HubPages ini ternyata lebih ketat peraturannya. Susah nak lepas dengar cerita….(sape yang dah lepas tu sila bagitau)…Job untuk submit ke HubPages ni aku just outsource kan je kepada orang yang ada buat service ini. Dia dah sediakan artikel yang berkualiti..aku just bayar, dan bagi keyword..:D (jadi le..pelaburan untuk blog)..
Kesan daripada kesemua cara tersebut tidak akan berlaku secara mendadak, tetapi ia akan bertukar menjadi viral dengan sendirinya tanpa korang sedari. Jangan terkejut dalam masa 3 minggu, sebulan atau 3 bulan selepas itu, ada advertiser yang datang melamar…:D
Ada banyak lagi sebenarnya teknik untuk menjana traffic ke blog niche ni..mesti korang rasa pelik kan? Caranya amat jauh berbeza dengan blog personal korang sekarang ini..:D


Satu perkongsian maklumat yang baik
Sebelum ni buat duit dengan blog hanya bergantung pada pengalaman, try and error jer.. tetapi hasil utk dpt mmg lama.. ni lepas baca kesemua entry kelas blogging, baru lebih faham.. nampaknya semangat pun dah naik balik.. hehe.. lepas ni boleh lah beli domain lagi..
beli je, tak rugi..yang penting lau dapat long tail keyword…masyuk…
nampaknya mcm tu lah..
kene tambah satu lg niche blog..
jgn lah satu..buat la lg 3 atau empat dan seterusnya 50++
wahh terbaik la…info penting ni
ini ilmu baru yang aku dapat hari nih…
method ni dah lama..ada banyak lagi cara yang baru..:D
bagus jugak posting ini… kaedah facebook fan pages memang saya kurang la, tapi dengan hubpages saya memang setuju sebab ianya memang terjadi.. ianya tak macam artikel marketing (ezinearticle ) sebab tidak ada limit perkataan… tulis 200 perkataan pun dah ok.. atas niche “Dating” saya mendapat 50 visitor per day ke blog saya dengan 200 patah perkataan sahaja (satu posting sahaja)…pastu kat sidebar ada RSS button(klikkannya 2 kali) dan skrol ke bawah dan edit RSS tersebut (RSS blog “www.blogsaya.blogspot.com/rss.xml”), cuma tambah rss.xml kat belakang blog dan settle…
sorry saya cuma nak kongsikan pengalaman saya…
cheers
hehe.ini basic je..tak details sangat pun..thanks atas perkongsian…
p/s:terasa macam nak buat niche dating plak pasni..:D