Pakej Fotografi Perkahwinan

Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata

Di sini pihak reezluv.com ingin memohon jasa baik blogger-blogger sekalian di Malaysia ini yang mempunyai follower atau yang mendapat traffic tinggi dari blog mereka agar join charity event yang dibuat oleh SehelaiBaju.com yang mana mereka dengan inisiatif sendiri telah bergerak untuk menghantar sendiri baju-baju untuk persiapan Hari Raya pada tahun ini kepada anak-anak yatim.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=QgSBc1T43A0[/youtube]

Mesti korang rasa anak-anak yatim ni semua dah dapat banyak bantuan bukan? Oh tidak sebenarnya. Nun jauh di pedalaman masih ramai lagi yang tidak dapat sampai bantuan untuk mereka, oleh sebab itu mohon jasa baik semua, pembaca blog, blogger itu sendiri untuk buat satu blogpost khas untuk SehelaiBaju.com ini supaya niat baik dan murni mereka ini dapat dilaksanakan dan misi mereka untuk menghantar 10,000 pasang baju raya pada tahun ini akan tercapai.

Sememangnya korang sendiri boleh juga memberikan walau sehelai baju untuk mereka dan membuatkan air mata mereka terhenti di hari raya ini dengan memberikan hadiah yang begitu bermakna buat mereka. Kalau korang dah start beli baju raya, apa lah salahnya korang dengan rela hati memberikan walau sehelai baju untuk mereka yang mungkin akan mengenangkan korang di pagi hari raya nanti.

Cuba korang sendiri bayangkan yang baju yang diberikan oleh korang tu dicium oleh anak-anak ini yang begitu gembira mendapat hadiah yang begitu bermakna untuk hari raya…..Hentikanlah tangisan mereka ini dengan share blogpost ini atau korang sendiri boleh hasilkan blogpost dengan link kan ke Sehelaibaju.com untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.

Jom kita tengok apakah sebenarnya SehelaiBaju.com ini..baca seterusnya

Comments

  1. By mirul

    Reply

    • By reezluv

      Reply

  2. By neo

    Reply

    • By reezluv

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge