Sebut je pasal blogging, mesti ramai yang dah tau kan? Tak terkecuali budak-budak skang ni. Kalau dulu, masa umur 6-7 tahun, mana tau pasal blogging mender ni kan? Suatu perkembangan yang positif dalam dunia blog iaitu blog sudah dikenali ramai..tak macam masa aku tengok TV rancangan di TV1 dulu, pengacara tu interview budak-budak Universiti masa tu…tanya soalan..“Apa itu blog?” Mostly yang jawab…”Blog tu macam Myspace,Friendster..ha..lebih kurang macam tu lah”..
Tapi sekarang ni?
Sebut je blog, ramai dah terbayang macam mana rupanya..siapa menjadi idolanya, siapa yang menjadi kebanggaan mereka dan siapa yang hebat dimata mereka. Mungkin ramai yang tak tengok betul-betul dalam dunia blogging ni. Terdapat banyak perkara tersembunyi atau underground yang korang tak nampak..(apa aku melalut ni?…) Maksud aku adalah bagaimana network blogging tu adalah penting bagi korang untuk membina jaringan perhubungan yang baik dan berkesan untuk blog korang.
Untuk membina network ni ada yang kata senang dan ada yang kata susah. Sebenarnya kita dah mudah dengan adanya Facebook. Blogger dapat dihubungkan melalui satu rangkaian sosial yang rasanya paling popular di Malaysia ini walau ada banyak rangkaian sosial lain yang telah diatasi Facebook.
Facebook je dah membuatkan ramai blogger mewujudkan group-group tertentu untuk meluaskan rangkaian atau rantaian blogging mereka dan seterusnya menambahkan lagi peluang blog mereka dikenali blogger yang lain. Selalunya blog, dibaca oleh blogger bukan? Tak ramai yang bukan blogger membaca blog..setiap seorang mesti ada blog kan? At least ada rangkaian microblogging mereka sendiri..
Networking juga penting dalam bisnes dan apa juga yang kita ceburi. Networking, yang paling baik adalah yang hidup atau network yang sentiasa ada untuk kita dan kita juga ada untuk mereka. Blog takkan hidup kalau takde reader, dan blogger takkan wujud kalau blogger tak menghasilkan blog untuk pembacanya.
Malam semalam aku ada membaca sebuah blog Malaysian yang mendapat income hasil bloggingnya yang aku rasakan amat jeles sekali. Sebabnya beliau berblogging dalam Bahasa Inggeris dan mendapat banyak income dari program buat duit dengan blognya hanya dengan menggunakan blog peribadi. Aku dapati, takde plak iklan Nuffnang,Advertlets dalam blog beliau..sekali aku tengok ada satu post tu pasal Advertlets tak bayar checknya...aku rasa pasal tu kot? Rasanya korang sendiri ada yang kena macam tu kot? Actually aku sendiri tak pernah pun dapat check dari Nuffnang, ChurpChurp, Advertlets atau mana-mana program pengiklanan di Malaysia ni..
Mungkin lepas target aku tercapai, aku akan terbuka hati semula nak masukkan iklan-iklan ini semula, sekarang ini adalah tempoh berpantang bagi aku.
Lepas ni mungkin aku akan lebih membaca blog beliau kerana info di dalamnya jauh lebih ke depan dari blogger-blogger yang lain yang aku rasa banyak bercakap pasal isu-isu yang aku rasa banyak dah kat berita..cuma depa hanya menghangatkan lagi di blog-blog mereka tu..Mungkin agak sedikit keras apa aku cakap ni kan? Apa pun, aku dah menjumpai satu cara best untuk blogwalking dengan cara yang amat berbeza..dah berkesan teknik aku tu, aku akan kongsikan kat korang dalam bentuk report FREE untuk korang baca secara FREE..ya..free, kalau berkesan la teknik ni, mesti korang sendiri tak terfikir kot cara ini. Sebabnya aku baru jumpa teknik ni tengah malam semalam (patutnya Qiamulail la ye tengh-tengah malam? )
Ada yang mengatakan,blogger itu hebat sebab followernya berpuluh ribu,dia banyak tolong blogger lain,dia banyak naikkan blogger baru, dia juga banyak bagi tips-tips kat blogger-blogger baru dan niatnya baik untuk tolong blogger-blogger lain yang baru nak merangkak dalam dunia blog ini. Aku amat menyokong usaha sedemikian, cuma kalau boleh fahamkan dahulu blogger-blogger baru ini dengan istilah-istilah, etika-etika berblogging yang asas, supaya nanti mereka tidak akan tersesat mencari jalan dan seterusnya salah memilih network sehinggakan leka dalam arus blogging mereka sendiri.
Aku tak kisah sangat kalau mereka amat taksub mengejar traffic masa berblogging, mungkin patut biarkan mereka dengan dunia mereka. Aku tak salahkan mereka. Tapi biarlah caranya betul dan dapat organic traffic mungkin lebih manis kan? Tapi ada ke blogger-blogger baru ni faham apa maksud Traffic organic? Tak faham, rajin-rajinkan la masuk blog Denaihati ni. Beliau aku rasa telah berjaya membina rangkaiannya sendiri dan memberikan maklumat berguna untuk blogger-blogger baru.Mungkin blogger-blogger baru bosan masuk blog ni sebabnya tak faham sangat apa yang dicakapkan..Tapi sedarlah..itu yang mereka akan cari setelah lebih 6 bulan berblogging nanti..
So korang dah faham kan apa maksud networking dalam berblogging ni..Setelah aku masuk dalam network blogging Malaysia ni baru aku tau, rupanya cara untuk tackle blogger-blogger ni adalah masuk ke dalam network mereka ini..korang pun boleh buat punya..
Jom langgan blog ini dan baca dari email korang je..best kan?
p/s: belum mampu nak create network sendiri lagi..ilmu tak cukup nak membimbing mereka ni..:P


penulisan yang jujur dan memberi kesan..
thanks.. saya pun belum matang lagi dlm dunia blog, tak sampai 3 bulan pun lagi..
“rupanya cara untuk tackle blogger-blogger ni adalah masuk ke dalam network mereka ini”. Ok, thanks. Dah dapat jawapan.
hehehe…sama je untuk apa pun..:D