Pakej Fotografi Perkahwinan

Blog Atau Suratkhabar?

Menjadi seorang blogger ni ada pelbagai perkara yang perlu dihadapi.Isu paling susah nak ditangani adalah isu identiti dan juga apa yang blogger tu nak fokuskan. Sampai sekarang sebenarnya aku ada masalah dengan ini.Hati ni nak menulis tentang grafik juga disamping berkongsi pengalaman aku dalam berblogging..aiyo..susah gak nak fokus ni..ada je domain aku khas untuk grafik tu..tapi disebabkan banyak sangat blog aku tu, malas plak rasa nak handle, dan dibiarkan plak lama terbiar dengan hanya 3,4 post je ada..blog Bahasa Inggeris plak tu..adoyai..

Ok, berbalik kepada isu kat atas tu,

Blog atau suratkhabar?

Kenyataan menarik ni aku ternampak dari Broframestone dimana aku ternampak status dia di Facebook yang mana ada isu mengenai blog atau suratkhabar? Masa tu aku rasa nak tulis, tapi sebab ada keje nak buat, client plak bersusun-susun, so aku tangguh, aku tulis hari ni la nampaknya.

Setelah lebih kurang 3 bulan lebih aku berada dalam dunia blogging Malaysia, aku dapat lihat banyak blog yang ditulis oleh blogger Malaysia ni banyak berkisar tentang isu-isu yang biasanya kurang menarik untuk dibaca. Aku pernah jumpa 2,3 blog tulis perkara yang lebih kurang sama, yang mana info tu aku rasa sekadar pengetahuan am je untuk blog reader, memang bagus..tapi kalau dah macam ensiklopedia, tak guna gak kan? :D

Adakah Blog Korang Macam Suratkhabar?

Soalan tu korang sendiri kena jawab, sebabnya korang boleh tengok keseluruhan entri korang tu.Cuba tengok satu persatu..adakah macam portal berita atau suratkhabar? Segala berita terkini yang panas kat suratkhabar, kes bunuh,kes rogol, dan banyak lagi, perlu ke korang letak kat entri blog dan laporkan? Bagi la unik sikit. Mungkin boleh korang cuma kupaskan isu itu kat blog korang je, tak perlu rasanya copy paste keseluruhan berita tersebut (walau aku pernah gak buat..) :P untuk dijadikan blogpost kan? Contoh isu panas yang aku rasa ramai buat, macam isu Prepaid Kena Cukai yang rasanya amat best untuk dikupas bukan?

Walaupun blog korang tu blog personal, takde alasan yang korang kena buat pasal berita je kan? Cuba cari sebenarnya apa yang korang minat. Macam Blogserius sendiri, aku sendiri respek ngan dia sebabnya memang fokusnya adalah pada perkara yang dianggap dia adalah serius..kelakar pun ada sebab memang niche blognya memfokuskan perkara yang aku rasa kelakar serius..:P

Menjadi blogger syok sendiri pun boleh gak, tapi agak rugi la kan. Entah bila aku leh fokus pada niche blog-blog aku tu sebabnya macam dah lama sangat tergendala tu..rasanya sampai ujung taun ni je kot aku rajin update blog ni, dan lepas tu aku akan fokuskan blog-blog yang lain tu plak..nak merasa buat artikel marketing tak buat-buat lagi..adoi..

p/s: Sape ada tempat baiiikk punya nak outsourcekan artikel-artikel aku nanti? Takkan Fiverr je kot? :P

Comments

  1. Reply

    • By reezluv

      Reply

      • By reezluv

  2. By titan

    Reply

    • By reezluv

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge