Pakej Fotografi Perkahwinan

Case Study 1 – Blogging Part 3

Bagi korang yang follow post ni sampai sini memang tahniah la diucapkan ye. Walau rasanya tak banyak pun dikongsikan dalam blog ni kot, tapi aku cuba sedaya upaya aku dengan pengalaman yang tak berapa dalam ni la.

Pada Case study yang lepas, aku ada ceritakan pengalaman aku mengenai blogging dari masa mula-mula sampai la sekarang ni yang mana korang sendiri sedar, dah agak slow bukan? Bukan sebab apa..aku nak fokus kepada perkara yang lebih profitable..:D

Part 3 ni aku akan rumuskan dan aku nak bagi gambaran jelas mengenai beberapa perbezaan amat ketara suasana blogging di Malaysia berbanding suasana blogging yang aku pernah alami suatu ketika dulu..jom kita tengok apakah yang ada…

1.Pembinaan Blog dan Pemilihan Domain
-Isu ini pernah aku komen di status facebook Broframestone yang mana aku agak tertarik dengan isu SEO. SEO sebenarnya amat berkait rapat dengan pembinaan blog dan pemilihan nama domain. Apa yang aku dapati dari pemerhatian aku adalah seperti berikut….
-Biasanya blogger yang baru tidak ambil kisah mengenai ‘targeted reader’ atau keyword selaras dengan pemilihan nama domain mereka. Ini disebabkan mereka tidak didedahkan dengan ini semua. Mungkin juga pengaruh dari blogger-blogger top di Malaysia yang mana aku lihat, tiada pun yang memandang pemilihan nama domain dengan targeted keyword dan juga demografi yang bakal mereka tulis atau dengan bahasa mudah “niche”.
-Adalah biasa bagi mereka semasa pemilihan atau di awal pembinaan blog…yang berada di dalam pemikiran mereka ini cuma “review”. Seperti hanya terdapat niche review filem, review makanan, review tempat menarik dan banyak lagi. Cuma segelintir yang berani menghasilkan niche yang strong seperti komik online,tips diet, fotografi….
-Jalan mudah adalah buat satu blog personal dan tulislah pelbagai isu dan perkara yang ingin ditulis sehinggakan memaksa untuk menarik keyword-keyword panas sebagai penarik ke blognya.

2.Cara Promosi dan Marketing
-Pertama kali aku melakukan marketing cara “niche blog” sememangnya tidak berhasil kerana lubuk rahsia mereka tidak aku ketahui. Sehinggalah aku dapat tahu yang istilah ‘ping’ telah disalah ertikan oleh mereka ini.
-Aku cuba untuk ikut jejak langkah mereka dan sememangnya amat baik untuk menghasilkan trafik yang tinggi dengan teknik berkenaan. Tetapi aku masih lagi percaya kepada kuasa ‘backlink’ yang mana bagi aku, itu merupakan akar kepada semua link blog. Bagi blogger yang faham maksud ‘ping’ itu sememangnya mengerti apakah dia nya dan apakah keuntungan kepada blognya itu.
-Facebook dijadikan platform utama untuk promote. Ini tidak salah sebenarnya dan ramai juga Top Blogger melakukan perkara sedemikian termasuk aku sehingga ke hari ini. Tetapi Facebook amat bijak kerana kesemua link yang ada dalam tu memang tidak dikira langsung oleh SERP..bagi blogger yang tak nak ambil kisah mengenai dofollow dan nofollow ni, tiada hal bagi mereka disebabkan mereka tidak berblogging dalam niche yang fokus kepada satu sahaja.

3.Kemunculan Fanpage
-Era baru dunia marketing blog adalah melalui Fanpage. Kredibiliti dibina melalui penjenamaan dan juga reputasi likes yang ada di Facebook. Semakin banyak Likes, maka ianya dianggap dewa dewi marketing Facebook dan nilai semasa fanpage boleh mencecah sehingga ribuan ringgit bagi satu fanpage untuk dijual.

4.Pendapatan Dari Blog
-Google Adsense,Kontera,Linkworth,Azoogle,Cj.com,Markethealth,Clickbank,Payperpost dan banyak lagi mungkin kedengaran asing bagi blogger kat Malaysia. Cuma mungkin Adsense yang menjadi buah mulut.
-cara blogger di Malaysia menjana pendapatan juga berbeza sama sekali. Nuffnang, Advertlets, Churp Churp menjadi Dewa Dewi bagi blogger-blogger di sini. Tidak berseri kata mereka jika tiada iklan-iklan ini menghiasi blog mereka dan apa yang pastinya, mereka tidak akan mengaku sama sekali letak iklan itu adalah untuk menjana pendapatan dari blog.
-Aku amat salute pada Broframestone yang gigih mencari advertiser sana-sini untuk menampung hidupnya sebagai seorang blogger. Yup..memang begitulah cara blogger bekerja. Cuma beliau berjaya mencari ruang dan peluang yang ada yang jarang ada blogger lain  nampak.

5.Lokasi Blogger
-faktor lokasi juga menjadi perkara penting. Tapi bagi blogger Ariffshah.com ianya bukan isu. Yup memang benar. Tetapi adakah bagi blogger baru boleh menjadi seperti beliau jika tiada pendedahan di media?
-mungkin semua dah tau, beliau dapat review yang hot dari ramai blogger sejak beliau berjaya menembusi media arus perdana dan maintain sehingga sekarang. Beliau juga sebenarnya sedar, jika tiada teknik SEO yang beliau aplikasikan untuk blognya..mana mungkin dia menjadi one of Top Blogger sehingga sekarang.
-Untuk blogger baru yang ingin cepat menjadi bualan hangat, tinggal sahaja berdekatan Kuala Lumpur dan mungkin ada sedikit courage dengan menyapa blogger-blogger top ini dan kemungkinan besar korang akan diinvite oleh mereka ke event-event adalah tinggi. tetapi pastikan juga kualiti blog korang terjaga dan tidak digelar blog ‘copy-paste’ atau blogger sampah dan juga blog surat khabar…:D

Rasanya cukup 5 rumusan yang dapat disimpulkan setakat ini. Selepas ini, aku akan cuba kongsikan mengenai Case Study tentang perkara lain pula….:D

 p/s:Mesti ada yang senyum sinis je baca post ni…:P

Comments

  1. By titan

    Reply

  2. By azriMy

    Reply

  3. Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge