Pakej Fotografi Perkahwinan Ipoh

Bulan Julai Akan Kembali Ke Dunia Blogging

Sudah sekian lama rasanya aku meninggalkan update content blog ni walau ada beberapa post aku sebelum ini yang aku telah publishkan. Itu pun tak banyak sangat berbanding sebelum ini yang hampir setiap hari aku akan update.

Untuk pengetahuan korang, pada penghujung tahun 2011 yang lalu, aku telah memulakan testing program iaitu aku nak menganalisis bisnes model yang mana adalah sesuai bagi aku untuk aku tumpukan sepenuhnya dan yang mana aku harus kurangkan. Entri mengenai analisis selama lebih kurang 4 bulan akan diterbitkan tak lama lagi..Insyaallah. Apakah bisnes model yang aku buat? Sila baca entri sebelum ini untuk dapatkan jawapannya..tak susah mana pun..sebab entri sebelum ni tak banyak mana :D

Ok, back to the topic, sebenarnya aku nak buat bisnes model yang dalam bulan Julai ni awal tahun ini. Tetapi disebabkan aku nak concentrate sepenuhnya. Maka aku tangguhkan dulu hajat aku. Sebelum ni aku pernah juga mencuba. Tapi tak serius sangat la..hanya cuba-cuba gitu je kata orang..:D

Mulai Julai 2012 ini aku akan tumpukan pembinaan blog dalam Bahasa Inggeris yang mana blog tersebut bukan untuk aku bangunkan dengan tempoh yang lama..aku akan pastikan blog tersebut akan dapat flip dengan menggunakan teknik yang aku dapat dari IMFlippa yang aku dah dapatkan lama dulu..Tengok macam senang kan? Bina dan jual..dah macam jual rumah kan? Apa pun aku tak nak bangunkan dengan kadar kos yang tinggi. Aku cuba untuk minimumkan kos dengan beberapa cara yang aku dah fikirkan.

Segala update mengenai aktiviti aku yang aku lakukan tu aku akan cuba kongsikan dengan korang selagi ianya tak SULIT bagi aku la kan. Sebab ada faktor tertentu yang membuatkan aku terpaksa rahsiakan..heheh..aku cuba untuk kongsikan apa yang aku dapat hasil dari teknik yang bakal aku praktikkan nanti.

p/s: Dulu start Ebay…BID barang fizikal..skang ni semuanya digital…:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dapatkan FREE Updates:
*Please click on the confirmation link sent in your Spam folder of Email*
Recent Related Posts

5 thoughts on “Bulan Julai Akan Kembali Ke Dunia Blogging

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>