Pakej Fotografi Perkahwinan Ipoh

Jom Melawat Perak 2012

Sempena menyahut kempen kerajaan Negeri Perak untuk Tahun Melawat Perak 2012, admin BloggerPerak telah menganjurkan satu segmen untuk mempromosi mana-mana tempat menarik di negeri Perak. Pada sesiapa yang ingin melawat Perak, jom kita tengok antara tempat menarik untuk dilawati..

Tempat Peranginan


-tempat peranginan yang paling popular di negeri Perak ini sudah semestinya pulaunya yang bertaraf dunia iaitu Pulau Pangkor iaitu di daerah Manjung. Pulau Pangkor merupakan salah satu pulau yang tercantik di dunia selain Pulau Redang, Pulau Perhentian atau Pulau Kapas.
-Pantainya yang putih bersih serta kawasan pantai yang membiru rasanya amat sesuai bagi mereka yang inginkan suasana damai di lautan.

 Riadah Seisi Keluarga


-Bukit Merah Laketown, Lost World of Tambun, Felda Resident Hot Springs tentu menjadi pilihan menarik bagi mereka yang ingin membawa anak-anak menikmati pengalaman taman tema air yang sudah tentu mengujakan semua. Tidak dilupakan juga Zoo Taiping & Night Safari yang berada di bandar Taiping menjadi salah satu lokasi pilihan seisi keluarga.
- Sudah tentu anda semua boleh beriadah seisi keluarga dengan harga yang amat berpatutan dan sudah tentu tidak menghampakan.

Tempat Menjamu Selera
-Menu ‘Nasi Ganja’ yang menjadi bualan ramai di sini tentu salah satu tarikan yang amat menarik di negeri Perak. Ianya merupakan salah satu menu popular Nasi Kandar yang tiada di negeri lain.
-Selain itu juga terdapat pelbagai variasi makanan seperti Ais Kacang Taman Kanak-Kanak, Ikan Bakar Tasek Raban,kerang rebus, kerang bakar dan banyak lagi makanan yang mampu membuatkan selera anda terliur.

Rasanya cukup setakat itu sahaja beberapa info yang korang boleh ketahui mengenai Perak. Itu adalah antara tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di negeri Perak.

Jom Kome Weh!

p/s: Reezluv tidak dibayar untuk mempromosi negeri Perak. Segalanya hanya kerana semangat cintakan negeri sendiri…Visit Perak 2012…:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dapatkan FREE Updates:
*Please click on the confirmation link sent in your Spam folder of Email*
Recent Related Posts

16 thoughts on “Jom Melawat Perak 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>