Pakej Fotografi Perkahwinan Ipoh

Kenapa Bayaran Photographer Mahal?

Rasanya tak banyak aritkel aku tentang dunia fotografi yang aku kongsikan kat korang kan? Maklumlah, sibuk sangat aku menguruskan macam-macam hal sejak kerja ni tambahan pula banyak sangat plak projek yang aku nak buat mulai Julai ni. Projek Ebay aku sebenarnya tak tamat lagi, cuma aku rehat sekejap dan nak buat post mortem dan penilaian dari apa yang aku buat selama ni..

Image credit to:
http://guide-photography.blogspot.com/

Korang tahu tak kenapa sebenarnya Pakej Fotografi Perkahwinan melibatkan kos yang agak tinggi bagi sesetengah pihak dan ada yang tak ambil kisah sangat pasal harganya sebab memang dalam range harga yang mampu. Apa pun sebenarnya ada banyak sebab yang membuatkan kos bagi sesuatu Pakej Fotografi tu adalah tinggi.

1.Masa
-Tahukah korang yang kerja dalam bentuk servis ni dikira berdasarkan ‘work per hour’ iaitu bayaran dalam per jam..kiranya korang membayar photographer tersebut secara jam. Kosnya bergantung kepada photographer itu sendiri yang menetapkannya. Tiada harga standard ditetapkan..tetapi pelanggan juga harus ingat..kadang-kadang photographer terpaksa membatalkan percutian bersama keluarga, masa bersama anak-anak dikorbankan untuk menjadi seorang photographer..

2.Kamera dan Peralatan
-Nilai dan peralatan seseorang photographer tu juga perlu diambil kira. Cuba fikirkan kalau tetiba kalau flash mereka ‘blow’ atau tetiba je salah satu kamera mereka dicuri? Mereka tiada insurans yang melindungi peralatan mereka dari kejadian seperti itu.

3.Editing
-Kos yang ini sebenarnya paling tinggi yang mempengaruhi keseluruhan harga pakej fotografi perkahwinan. Ini disebabkan masa yang dihabiskan untuk editing tu sebenarnya bukannya sekejap..bayangkan kalau ada lebih dari 1000 gambar yang perlu diedit, dan juga disusun serta perlu difikirkan cara atau bagaimana ianya akan diolah menjadi lebih cantik. Kalau seseorang itu tiada ilmu…boleh kah photographer tersebut dapat menyiapkannya dalam tempoh yang singkat atau tepat pada masanya?

4.Kos Album + Printing
-Ini juga perlu diambil kira oleh photographer..mungkin semua orang tahu kos bagi gambar 4R cuma 35 sen-40 sen sahaja sekeping..tapi adakah semua sedar yang pelanggan biasanya nak kan gambar dalam bentuk album seperti buku? Ianya lebih cantik untuk diabadikan oleh pasangan pengantin bukan? So kos itu juga perlu diambil kira oleh seseorang photographer.

5.Keuntungan
-Buat bisnes..mesti lah nak untung kan? So sesiapa yang rasanya tak nak ambil untung..rasanya elok tak payah la buat bisnes..buat je la kerja amal..kan? Cuba fikirkan kembali..kos korang ambil gambar tu dari start akad nikah sampai lah ke shoot outdoor…masa tu rasanya lebih 8 jam kan? So berbaloi ke ambil untung RM30 sahaja bagi keseluruhan event?

Itulah sebabnya kenapa harga bagi sesuatu pakej fotografi perkahwinan boleh mencecah sehingga RM10,000 bagi sesuatu event..Kekadang hairan dengan mereka yang menetapkan harga yang terlalu murah sehingga RM300 bagi sesuatu pakej lengkap…bagaimana la rasanya mereka mengambil kira keuntungan dan kos-kos lain tu ye?

Bagi mereka yang nak berkahwin tu, apa kata kalau cuba tengok-tengok Pakej Fotografi Perkahwinan yang best di Fotocinta ni….

Download Formula Pengiraan Bagi Jurugambar Perkahwinan Ini..FREE je….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dapatkan FREE Updates:
*Please click on the confirmation link sent in your Spam folder of Email*
Recent Related Posts

14 thoughts on “Kenapa Bayaran Photographer Mahal?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>