Pakej Fotografi Perkahwinan Ipoh

Percubaan Adsense Di Blog Reezluv

Kepada pembaca blog ini mesti perasan sesuatu kan? Terdapat satu ads yang lain dari yang lain. Sebelum ni sebenarnya aku tak berapa berkenan nak letak Adsense kat blog berbahasa Melayu sebabnya dulu Google terlampau pilih kasih dengan blog-blog sebegini. Memang tak dinafikan ada juga HPK-HPK yang best..tapi disebabkan smartpricing GA ni..maka kos per klik bagi satu ads taklah banyak mana berbanding blog English yang lain.

Aku tak monetize sangat pun blog adsense aku. Bukan aku buat blog Made For Adsense(MFA) pun..walau aku penah buat gak dulu..biarkan terperam. Tapi kalau takde SEO, maka tak guna juga nanti. GA amat bijak kan? Tapi sejak kebelakangan ni aku tengok banyak blog berbahasa Melayu yang meletakkan Adsense di blognya..dan income yang depa dapat..memang boleh tahan…memang terbeliak gak bijik mata tengok earning Adsense beribu-ribu USD sebulan dengan blog berbahasa Melayu..tapi tengok la jugak visitor per month tu kan? Sehari impression blognya dah berapa ye tak?

Sekarang ni aku cuba untuk lihat selama 3 bulan ni untuk percubaan, adakah aku boleh dapat cashout Adsense dengan klik dari blog ini atau impression. Setakat yang aku monetize, memang boleh katakan hampir setiap hari dalam seminggu ada kliknya. So sape nak kasi duit tu kan? Nak harapkan Nuffnang ngan Advertlets, malas aku dengan pelbagai isu yang timbul pasal payment lah..ape lah..baik aku concentrate kat Adsense..cukup nak cashout, aku pegi Western Union, pastu terus senyum je dapat duit..takde masalah tak dapat duit pun dari Adsense.

Cuma janganlah gunakan Blackhat method nak dapatkan klik tu. Macam aku tengok banyak yang gunakan Ads macam NN ngan Adv ni..macam ada salah sorang sifu Adsense aku dulu penah cakap..untuk permulaan, elok jangan letak ads…dah optimize bebetul SEO tu..dapat visitor yang best tetiap bulan atau hari, letak je..so secara auto akan generate income..masa tu laju je..

Dah lama tak menulis ni, sekali macam panjang plak kan? Mungkin efek pengantin baru kot?hahah..

p/s: Aku dah selamat mendirikan rumah tangga pada 27 Mei yang lepas…sila tengok Facebook aku kalau nak tau lebih lanjut ye..:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dapatkan FREE Updates:
*Please click on the confirmation link sent in your Spam folder of Email*
Recent Related Posts

27 thoughts on “Percubaan Adsense Di Blog Reezluv

  1. selamat pengantin baru bro :)

    tak faham ngan adsense,
    sebabnya dah pernah letak kat blog azri.my but then akaun kena block, then cuba lagi sekali dengan akaun lain.. kena block jugak..

    nak kata tak sesuai untuk blog melayu, blog melayu lain okay je tengok…

    and blog azri.my tu pun trafik SEO je banyak, lebih 60% kot

    • sebenarnya cara yang paling senang, cuba berbincang dengan Adsense Support mengenai perkara ni. Sebab mereka je tahu kenapa blog anda diblock..Kekadang orang yg apply adsense ni lupa nak baca TOS Adsense..Masa aku nak apply adsense ni dulu ingat lagi..lebih 10 ebook English aku baca…fuh..jenuh juga nak fahamkan TOS Adsense ni..

      TOS – Term Of Service

      • ooo yeke, macam mana ye nak contact diorang? google adsense sekarang dah ada kat Malaysia kan kalau tak silap

        p/s: google ramai kot email setiap hari, boleh ke dia layan email2 yang tak-berapa-penting camni ye

      • Google ada staffnya..

        aku dulu pernah je emel Adsense Support sebab nak tanya placing Adsense yang macam mana selamat..mintak je tips kat depa..nanti depa akan jawab walau soalan tu agak remeh..tapi cara nak email tu biarlah nampak formal sikit..cari emal Adsense Support…:D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>