Adakah Tema Hari Kemerdekaan Malaysia 2012 Kontroversi?
KUALA LUMPUR: ‘Janji Ditepati’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos.
Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata bagi perayaan tahun ini, ia akan melibatkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai.
Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.
So memang confirm la nampaknya memang itulah tema Hari Kemerdekaan Malaysia pada tahun 2012 ini kan? Yup..sememangnya ramai yang memandang ianya amat kontroversi. Lihat saja lah isu Logo Merdeka yang mendapat pelbagai kritikan dari segenap pihak. Terutama sekali para designer. Difahamkan pada satu sidang akhbar yang dibuat baru-baru ini, menteri mengumumkan yang mana logo tersebut bukannya logo tema Hari Merdeka, tetapi ianya akan ditukar pada setiap minggu dan tema 1Malaysia tersebut menjadi logo rasmi Merdeka.(Erm..agak keliru di situ bukan?).
Semalam baru je aku tengok video klip kontroversi juga yang melibatkan Lagu Tema Hari Kemerdekaan kali ni iaitu Janji Ditepati. Aku taktau lah dimana ada tersiratnya maksud atau makna Kemerdekaan di situ yang mana kalau berpandukan tema-tema pada sebelum ini, aku belum nampak lagi. Ianya seakan-akan menjurus kepada satu parti politik sahaja dan tidak dinaungi oleh sebuah negara yang bernama Malaysia.
So apa komen korang plak ye? Adakah ianya relevan? Erm..nak komen bebanyak kang kata menentang kerajaan plak kan..so bagi je la pendapat..
