Pakej Fotografi Perkahwinan

Apabila Blogger Dah Terpaksa..?

Sejak berblogging pada tahun 2006 yang lalu, aku tak pernah nampak blogger-blogger Malaysia yang seakan-akan desperate nak dapatkan income dari blog. Itu mungkin disebabkan pada masa itu tiadanya company seperti Nuffnang, Says, Advertlets dan sebagainya kan? Jenis blog pada masa tu pun aku tgk semua nya pasal luahan hati la..link download la..memacam la…

Tapi sejak adanya company-company buat duit ini. Makin menjadi-jadi nampaknya perilaku blogger yang bagi aku agak kurang sopan demi promote blog mereka walau di mana sahaja. Mungkin bagi mereka mungkin akan berpendapat sebegini “Ala..tak suka tu delete je la..apa susah..” Yup..memang tak susah..tapi agak menyusahkan kalau aku masuk blog hanya untuk delete komen-komen korang yang spam sana sini tu..kalau rasanya tak paham apa itu SPAM, sila jangan jadi blogger..(agak keras plak)…grrrr…

 Ada juga aku dapat pelbagai soalan dari blogger yang agak kecewa dengan income blog mereka yang tak naik naik..contohnya..”Kenapa ye income NN ni tak naik naik?” dan memacam lagi la isu tentang Nuffnang la..isu tentang bayaran tak dibuat la..dan memacam isu lagi la.Itu belum masuk lagi isu copy paste entri orang lain..kekadang aku tengok balik agak kelakar pun ada.

SPAM lagi..bijak kan?

Macam entri-entri aku yang lepas..bukan mati pun kalau blog korang takde ads dari Nuffnang,Advertlets pun..korang boleh je cari Advertiser..contoh paling senang korang tengok sendiri BroFramestone merupakan salah satu contoh blogger yang tegar mencari Advertiser..dan sekarang ini..Advertiser yang mencari die..kan

Aku bukan marah..(ada la sikit) cuma aku agak tak best bila tengok blogger yang malas cenggini..walau die rajin spam orang kan…buat le sesuatu tu dengan etika wahai blogger sekalian..jangan la buat sesuatu tu sebab terpaksa..maka ini la jadinya..cuba buat sesuatu tu untuk long term..so nanti blog korang akan kekal lama..dan Insyallah…income akan menyusul kemudiannya..

p/s: Ada orang gak nak mengiklan kat blog ini walau sekian lama…tapi bannernya belum siap..zzzz :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

  1. Reply

  2. By Kodet

    Reply

  3. By titan

    Reply

  4. By sham

    Reply

  5. Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge