Posted by reezluv | Posted in blogger | Posted on 30-07-2009
Adakah korang pernah buntu untuk dapatkan idea tentang blog post yang korang nak tulis pada hari tersebut? Kalau tanya pada aku memang pernah la, tipu la kalau ada je idea memanjang. Memang tak dinafikan ada banyak cara korang boleh buat jika blog korang tu adalah blog peribadi atau yang mempunyai 2,3 niche dalam satu blog.
Cara yang aku nak berikan sebentar lagi ni, taklah susah sangat sebenarnya.Ada disekeliling kita, cuma kita sendiri tak sedar. Gajah depan mata kekadang kita bukan nampak kan?
Cara Dapatkan Idea Blog Post Anda adalah seperti berikut:
1.Aktifkan diri di dalam forum niche anda itu, cuba cari topik apakah yang paling kerap dan paling popular dicari? Dari situ terdapat permintaan, so mulakan blog post anda, sama ada mencari penyelesaian atau anda ceritakan apa yang anda tahu dan dapatkan penyelesaiannya juga di forum-forum atau web lain sebagai rujukan.
2.Jika blog anda mengenai informasi teknologi, skopnya amat luas. Cuba review dan dapatkan info yang paling hangat tentang teknologi terbaru, sedikit komen dari anda dan juga apakah kebaikan dan keburukannya.
3.Kumpulkan source. Bermakna anda kumpulkan url atau link yang mana merujuk kepada sesuatu sumber penting seperti ebook, laman web, graphic, freebies dan sebagainya dan berikan sesuatu kepada visitor blog anda.
4.Komen dan review mengenai berita terkini yang hangat sekarang sama ada local news atau international.Tentu jika blog anda ditulis dalam Bahasa Melayu, lebih sesuai ditulis berita hot dalam bahasa Melayu dan begitu juga sebaliknya.
5.Interview, atau menulis tajuk headline berunsur kontroversi tentang seseorang. Ini agak bahaya…tapi pastikan korang menulis yang baik-baik sahaja tentang seseorang atau produk seseorang.Contohnya kalau korang rasa Produk Lisahilmi tu bagus, cuba create sesuatu yang rasanya amat mengundang kontroversi..tetapi di dalamnya korang selitkan info yang bagus-bagus sahaja.
Rasanya cukup setakat itu info yang aku rasa berguna untuk mereka yang blogging dalam niche-niche yang tertentu atau mungkin sekadar sebagai blog peribadi sahaja..apa pun sebenarnya, terpulang la nak tulis pasal apa..janji menarik, ye tak? ![]()
Info terkini:Pada 3-7 Ogos 2009 aku mungkin tidak akan online sepanjang tarikh berkenaan kerana menghadiri kursus di Cameron Highland. 8hb tu plak aku balik kampung, ada kenduri plak.So, kiranya Isnin la baru aku update blog ni kalau internet connection di sana tiada lah kan..![]()
p/s:Lagi 2 hari pertandingan komen terbanyak nak tamat dah..rasanya sape yang menang eh?
Related posts:
- Tutorial Cara Hasilkan Blog Mudah!
- Aku Malas Tulis Blog Lah!
- Perkara Penting Bagi Blog Untuk Menjana Income
- Tiada Idea Untuk Menulis Blog?
- Cara Dapatkan Traffic Mudah Dengan Youtube








































rasanya semua org pernah atau akn mengalami buntu utk tulis apa diblog.
Pemberian produk percuma atau sumber/link utk sesuatu produk berguna amat menarik. Iyerla sapa xnak brg free tp pastikn ia bukan produk sampah agar anda dpt menjaga nama baik anda di samping berkongsi maklumat.
semua orang pun buntu ,especially par time blogger, kalau tengah sibuk tu alamat.. susah betullah nak dapat idea, kalau dapat idea pun, nak tulis susah
thanks bro reez, satu lagi entry yang berilmiah dan membantu khususnya pada blogger yang blognya tidak mempunyai hala tujuan atau fokus…apa pun, entri ini banyak memberi panduan ke pada para blogger…
nak ikut ke cameron jugak * mampus aku kena tendang dgn usz ni*
well reez, i think yg penting penulisan tu jgn la smpi *mnyerang* individu, institusi mahupun pemerintah.
sbb org2 skarang lebih percayakan sumber2 tulisan dari blogger dari media television dan akhbar.
huhu.yeap bukan senang nak menulis blog ni.aku pun selalu amik idea dari blog orang je dan lagi satu aku join contest