Biarpun Hujan Melanda, Akan Ku Redah Jua…

4

Posted by reezluv | Posted in blogger | Posted on 31-05-2010

Cerita ini bukan ada kena mengena ngan memane drama bersiri yang ada kat tv tu..kalau korang nak tau la..ini adalah kisah yang amat menyayat hati (konon le…) Takde kena mengena ngan yang hidup atau pun mati eh…Ok..kalau korang rajin masuk FB dan tengok status aku, aku takkan online dari 29 Mei sehinggalah hari ini.. tapi aku rasa cam nak tulis je satu post..hehe..

Ok, cam biasa, aku outstation ke JB pada tarikh tersebut dan baru je jam 6.00 petang tadi aku sampai dari JB ke Terminal Medan Gopeng..adapun matlamat aku ke sana bukan satu je, tapi ada satu agenda penting yang aku ingin tanya sendiri kepada rakan blogger aku aka Sifu Blogger yang tak asing lagi iaitu Rohaizad.com yang mana beliau masa tu baru je selesai seminar asas blogging yang diadakan kat Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru, rasa cam nak singgah..tapi apa kan daya..aku ada program lain plak kat Kg Melayu masa tu..hehe

Alhamdulillah..walaupun dugaan melanda masa aku nak jumpa Ijad kat sana.memula cadangnya nak jumpa kat Angsana..sekali traffic jem da…nak masuk ke Angsana pun kemain jem..sekali aku tipun dan kata, jumpa kat Danga Bay aje sudah..masa tu pun Ijad ada hal ngan Fuhyoo FM masa tu..aku pun tunggu la Ijad sambil menanti ujan reda..

Memang banyak dugaannya aku nak jumpa ngan Ijad ni..hehe..sekali dia kata, die tersangkut kat traffic jem…fuh..masa die sampai tu die kata…”Ko tau,tersangkut punya la lama…aku rasa aku gi Melaka, dah sampai dah….”..masa tu aku rasa cam nak gelak guling-guling jek..haha..masa tu pun aku sempat gak ar menghabiskan dua gelas air kat JB Station Kopitiam tu…aku tak makan, walaupun ada menu Ayam Penyet kat situ..(sebab malam tu aku ada dinner steamboat ). Read the rest of this entry »

Kasi Panas Di Malam Hari

15

Posted by reezluv | Posted in blogger | Posted on 13-05-2010

Ini merupakan post hanya nak membakar peserta-peserta Smartblogging di samping menggalakkan lagi ramai yang pergi dan tak melepaskan peluang untuk menikmati bestnya blogging secara ‘smart’ ni..hehe..

Apa pun kalau sempat nanti,29hb aku akan turun singgah jenguk kat Seminar Asas Blogging kot..itu pun segan gak nak datang..:P

Sweet Blogging April, Sweet ke?

24

Posted by reezluv | Posted in blogger | Posted on 04-05-2010

Post ini bukan berbau gatal sebenarnya tapi lebih kepada pembakar semangat bagi mereka yang sedang down atau putus asa dalam berblogging ini. Jangan risau..itu memang normal..kalau kalian rasa suka je selalu..tak normal la tu korang..bukan apa..kekadang idup kita ni kan kena ada turun dan naik? Tak gitu?Dah lama rasanya aku tak cite bab-bab blogging ni dan saje je sebenarnya kali ini aku nak tengok income aku pada bulan lepas iaitu April..berapa lah agaknya ye? Total adalah hasil blogging...blogging je tau…apa yang diajar oleh bro Rohaizad masa seminar hari tu aku pegi..thanks jugak pada beliau sebab sudi link kan post aku dan juga review tentang aku..haha..

Income camni leh ke dapat wat fulltime? Oh mungkin tidak..aku ada matlamat yang lain yang jauh lagi tinggi dari screenshot yang bakal aku letakkan ini. Ye lah, sapa nak kasi..sambil-sambil layan Facebook dan update blog secara malas..dapat plak duit kan?hehe..Jom tengok sikit berapa aku dapat bulan ini..aku tak rajin sangat..so banyak ini je yang mampu setakat ini…sudah ditukar dengan tukaran wang semasa adalah seperti berikut..kan ke best kalau currency USD naik sampai 3.8 macam dulu ye tak? Gaji aku la kiranya masa malas blogging..hehe

Soalan yang aku jangka akan keluar dari mulut korang kompom..Bro, macam mana buat tu? leh ajar tak? Boleh aje..pegi je Seminar Smartblogging tu, kompom dapat macam aku, atau lebih lagi jadi macam Boss kita sorang ni..hehe..aku rasa kekawan semasa seminar haritu jauh lagi dasat dari aku rasanya income bloggingnya..semuanya senyap menyimpan beriban-riban USD ye? :mrgreen:  Read the rest of this entry »

Nak Jadi Blogger Kena Tahu Html Betul Ke?

6

Posted by reezluv | Posted in blogger | Posted on 22-04-2010

Ada yang kata untuk jadi seorang blogger anda hanyalah kena ada pengetahuan untuk menulis sesuatu dengan baik ataupun tidak menyalahi mana-mana tatabahasa. Betul ke? Pada pendapat aku, tidak semestinya. Tengok juga kepada siapa dan blog itu ditujukan kepada siapa. Siapakah antara targeted readernya.

Sebagai contoh blog yang dibuat oleh ramai ahli politik, target reader mereka adalah mereka yang terlibat dalam politik dan juga dikalangan rakyat amat gemar berblog dan membaca blog. Takkan la target reader mereka adalah makcik penoreh getah tu kan?

html

Ok berbalik kepada persoalan yang aku ajukan pada tajuk post kali ini. Aku hanya tujukan kepada mereka yang berblog niche sahaja..diulangi, blog niche sahaja. Kepada mereka yang dah pernah baca post Rohaizad iaitu tentang income bloggingnya itu, mesti rasa teruja nak pegi seminar smartblogging tu kan? Kepada mereka yang ingin berblog seperti ini, pengetahuan basic HTML adalah amat penting bagi menjana wang menerusi blog niche tersebut. Kesemuanya adalah hasil dari penjualan ruangan advertising walaupun blog anda takde traffic pun…

Apa plak HTML tu ye? Mesti yang baru kenal blog berasakan nak belajar HTML ni punya la payah. Tapi aku cukup heran bila ada yang sanggup nak edit layout Myspace/ Friendster sampai 3,4 jam dan bangga bila ada orang puji layout mereka dan banyak komen gambar…adakah itu berbaloi membuang masa? Atau korang layan game Facebook setiap kali buka internet dan tak mau ambil kisah nak belajar basic html?

HTML atau (Hypertext Markup Language) merupakan bahasa pengaturcaraan web yang paling asas dalam pembinaan laman web yang seterusnya di kenali dalam bentuk file html seperti (index.html,contact.html) dan sebagainya. Laman web seperti W3schools menawarkan pengajaran secara percuma sahaja dan anda hanya perlu baca satu persatu dan fahami. Atau kalau korang ada duit lebih, pegi la menuntut ilmu dengan sifoo-sifoo yang menawarkan pembelajaran pembinaan laman web dan jangan kisah sangat dengan harga, biasanya rate nya takde la sampai beribu ringgit..Ilmu yang korang dapat tu amat lah berbaloi jika nak dibandingkan dengan apa yang korang bakal dapat nanti.

Antara kod html yang perlu korang tahu dan paling penting adalah seperti kod untuk link kan sesuatu perkataan. ianya amat penting kerana advertiser amat cerewet dalam pemilihan ruangan untuk mereka letakkan link mereka di blog niche anda. Jadi anda perlu bijak meneliti dimanakah sepatutnya anda meletakkan kod tersebut.Antara contoh kod tersebut adalah seperti dibawah.

<a href=”http://linkdomainanda.com”>Anchor text Link anda</a>

hasilnya adalah : Anchor text Link anda

Anda dah nampak kan? So sape kata tak penting. tak caya, tanya la mana-mana blogger yang dah lama buat blog, adakah mereka tahu kod tersebut..sudah semestinya kan?

Kepada peserta Seminar Smartblogging pada hujung bulan ni, tahniah diucapkan kerana anda telah berjaya memilih satu income source yang amat best sekali dan yang penting, ianya tak akan putus..hehe

p/s: baru tadi aku dapat satu job dari advertiser bernilai USD45 semuanya termasuk satu blogpost…placement link tu yang membuatkan aku keliru (thanks tu Rohaizad atas tunjuk ajar) Tunjuk ajarku SIFU!

Related Posts with Thumbnails