Aku Malas Tulis Blog Lah!

0

Posted by reezluv | Posted in blogger | Posted on 26-09-2009

malas blogging

malas blogging

Malas tu memang tak dapat nak dibuang la oleh sesape pun..tanya la sesape pun..mesti ada perangai malas ni. Tak kira la malas nak buat keje ke atau paling utama dalam perkara ni..malas nak tulih blog! Aku malas ar nak tulis blog arini..ha..itu la antara bebelan blogger-blogger yang baru atau yang dah lama dalam dunia blogging ni.

Ada yang kata baik aku tulih benda-benda yang kontroversi, mesti ramai yang duk melawat blog aku..memang ramai..tapi jangan sampai korang kena lempang ngan mak bapak korang pasal korang kena heret ke court kalau korang kena dakwa kat mahkamah nanti pasal menyebar fitnah. Tambah-tambah yang blog politik tu..fuh.bahaya beb..Sebenarnya post aku ni ada gak la kaitan ngan post catz yang berbunyi Tips Menghalau Pembaca Blog yang bagi aku ada la gak tips tersembunyi kat dalam tu bagi sesape yang nampak tu, nasib la kan..yang tak nampak tu.pakai spek le kasi nampak..hahaha..

Sama ada nak menarik atau menghalau pembaca blog atau website banyak caranya sama ada yang positif atau cara yang negatif…mesti korang pernah tengok jenis blog atau website yang macam yang catz cakapkan ni bukan?Sebenarnya tak boleh nak salahkan penulis blog tu jugak..sebab kalau traffic banyak dari blog dia..memang ramai la yang nak duk mengiklan, ye tak? Isu ini juga ditimbulkan oleh bro Rohaizad.com yang mana dalam tajuk post dia Buat duit dari blog – blog Melayu dan blog Inggeris (niche blog).

Memang la tak dinafikan blog jenis kontroversi artis ni memang ramai yang suka membacanya..memang dah terbukti la yang rakyat Malaysia ni terutamanya Malay..suka sangat la cerita-cerita hangat dan sensasi tentang dunia artis ni..cuma bagi aku, tak bape best la cite pasal hal-hal orang walau kekadang aku pun cam rasa nak tulis je..rasanya ada gak aku tulih kot..tapi tak la sebanyak mereka yang dah dapat hit yang tinggi..contoh senang pasal Yasmin Ahmad aritu, memang aku tak nafikan yang keyword tentang Yasmin Ahmad 2 minggu pertama tu memang mencanak traffic pasal beliau. Itu bagi blog market Malaysia, kalau market luar seperti US atau Europe macam mana plak?

Sebut pasal tips menghalau atau menarik pembaca blog kat sini aku kongsikan beberapa tips yang menarik,menolak atau menghalau pembaca blog korang tu dan tak semua tips yang aku berikan ni boleh diaplikasikan..tengok jenis blog la kan.

5 Tips Menarik Pembaca Blog

1.Tawarkan hadiah atau contest percuma untuk pembaca blog ni supaya datang selalu ke blog korang.Tapi tak guna juga kalau yang datang tu semata-mata just nak hadiah saja, lepas dapat je adiah, blog korang ditinggalkan camtu je.

2.Blog design korang amat cantik dan kemas susun aturnya.Kalau korang ada blog yang lawa designnya, secara tak langsung ada gak yang minat nak jenguk blog korang selalu.

3.Gaya penulisan korang amat best dan tak mengantuk kalau baca.Ini sebenarnya paling penting kalau korang nak tau. Tolong dan please la jangan la copy paste apa yang blogger lain tulis kat blog mereka dan tulih kat blog korang tu sebab hasilnya amat tak best. Kalau cara korang menulis tu santai dan tak terlalu ’skema’, aku rasa amat mudah nak baca.Tak payah la nak susun tatabahasa dan korang siap rujuk kamus dewan lagi menulisnya..lama-lama visitor korang bosan jadinya..tak caya try ar..

4.Tajuk Post korang yang amat Da Bomb!Cara ni amat best dilakukan dan banyak dilakukan oleh kebanyakan blogger termasuk la aku sendiri. Sebabnya? Nak menarik pembaca la..apa lagi..Cuba kalau korang post seperti ni. Nabila Huda Minta Cerai Selepas 3 Minggu Nikah!…tak ke haru post tu. Tak pun post yang ada kena mengena ngan kehidupan seharian korang macam ‘Simpan Duit kat Maybank Tak Selamat!”.

5.Korang kongsikan sesuatu yang unik di blog korang. Cara ini memang ramai yang tak bape nak gunakan. Susah sebenarnya nak cari keunikan.Kalau korang ada skill lain dari yang lain seperti korang boleh buat ‘craft’ buatan tangan ‘kraftangan’ yang korang buat sendiri dan korang tunjukkan caranya kat blog korang tu..aku jamin 100% yang korang akan ada visitor blog yang mencanak dan aku amat mencadangkan korang buat la blog self hosted sendiri, sebab kalau la ada orang gatal-gatal flag blog blogspot korang tu..kalau tetibe plak blog korang tu didelete tanpa notis…maka..say gudbye le kat semua blog post korang yang best-best tu semua.

Ada banyak lagi tips-tips nak menarik pembaca blog korang sebenarnya, tapi ini je la yang aku boleh berikan..nak lagi? Gi cari sendiri..ingat senang ke?hahaha…memang senang pun kan?

5 Tips Menghalau Pembaca Blog Korang

1.Update la blog korang sebulan sekali dan tulih la entry korang tu dalam 3, 4 baris ayat je. Kalau blog korang jenis video blog, memang aku rasa akan ada post jenis camni..tapi itu video blog. Tapi kalau blog korang blog biasa camni..ubahla…lainla kalau korang rasa taknak orang baca blog korang..korang je yang nak baca..ye tak?

2.Letak theme blog korang se’default’ mungkin. Gunakan aje theme default blog korang. Mesti ramai yang bosan gila nak baca blog korang. Tambahan pula background blog korang warnanya amat le tak user friendly..

3.Jangan segan jangan malu letak radio streaming kat blog korang atau letak lagu-lagu macam kat profile Myspace korang tau Friendster korang.Jangan lupa setkan autoplay semoga setiap kali orang refresh blog korang, lagu yang sama akan diputarkan.Apa susah ye tak? Tekanla button stop kalau nak stop..tapi ada ke orang mencari butang stop kalau rasa terganggu? Kalau aku la..button pangkah kat sebelah atas tu yang aku pilih..kalau korang camne? Cara ni tak leh pakai kalau blog korang adalah memang blog untuk orang dengar lagu…

4.Portal Iklan Free kat blog korang.Buat blog baru sebulan dan gi advertise kat memane forum atau Yahoo Group dan cakap la kat situ yang sesape je boleh mengiklan kat blog korang tu tanpa bayaran.Sambil-sambil tu korang tulih la blog korang dan tulih la pasal apa pun yang korang suka..letak le kat header,sidebar, dalam blogpost tu juga jangan lupa letak banyak-banyak dan berderet-deret..mesti ramai yang suka tak suka sangat.

5.Tulis satu entry kat blog korang yang mengatakan korang akan delete blog ni buat selamanya dan dah malas nak tulis blog lagi dah.Confrim ramai la yang kena halau dek blog post korang tu..dengan senang hatinya depa akan delete alamat blog korang dari senarai bookmarking depa..haha..

Cukup la setakat ini je kot tips-tips yang best aku kongsikan kat korang.Jangan lupa BOOKMARK blog ini atau just tekan Ctrl+D untuk bookmark.

Blog Widget by LinkWithin
Share and Enjoy:
  • Digg
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Ping.fm
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Yahoo! Buzz
  • del.icio.us

Related posts:

  1. 5 Cara Dapatkan Idea Tulis Blog
  2. Perkara Penting Bagi Blog Untuk Menjana Income
  3. Blog Tidak Sesuai Untuk Menjana Income Sampingan?
  4. Bagaimana Buat Blog Suatu Misteri?
  5. Bagaimana Nak Buat Blog?

Comments are closed.

Copy Protected by WP-CopyProtect Thanks to Chetan.

Dont want to go to the cinema? Watch Movies Online.