Anak Derhaka Di Aidilfitri Sapa Dia?

1

Posted by reezluv | Posted in berita hot, info | Posted on 17-09-2009

Sape mamat tu atau adakah minah? Ha..apa cite skang weh?..Kalau korang ada baca Metro pada 16hb September edisi utara mesti korang ada baca tajuk headline macam kat bawah ni…

anak derhaka

anak derhaka

Pada sesape yang tak baca tu memang aku rasa kalau korang nak tau serba sedikit tentang cite tu kat sini pun takpe..tapi tolonglah jangan ada yang jadi camni…tambah-tambah yang baru kawen tu..bile dah bahagia ngan pasangan masing-masing…mak bapak korang lupa..lupa daratan betul la..

Tak sedar ke korang Ibu atau Mak la yang menggendong ke hulu ke hilir, naik tangga turun tangga, ke sini ke sana bawak korang tanpa  kira masa dan susah payah dia mengandungkan selama 9 bulan 10 hari tu..plak tu bila nak bersalin nak kena bertarung antara idup ngan mati je..tah idup ke idak pasal nak melahirkan manusia cam setan kat atas tu le..memang aku marah gila kat mamat ni..kalau aku kenal la dan dia plak kawan aku..aku tak mengaku dia ni kawan aku beb..

Photobucket

Kisah ni bukan pasal apa..dia tinggalkan ibunya kat rumah orang-orang tua..then datang semata-mata nak bagitau yang dia tak dapat nak ambil mak dia untuk beraya pasal…takde orang nak jaga!!..Kalau la aku ada masa tu aku rasa dah lama dah sedas penerajang dah aku kasi kat die..(eleh, cakap lebih lak mamat ni…)…Nanti kalau bini dia tu bersalin nanti baru la dia tau kot perit jerih mak dia masa mengandung dulu..punya la rapi menjaga…sampai sanggup bertarung nyawa untuk menjaga kandungan yang berat tu…cerewet usah cite la kan baby ni..dengan berak kencing ikut sukanya…

Kenapa orang skang ni semuanya nak senang dan tak nak pikir semua tu..kalau pasal malu….ala…buang la malu ko tu pasal mak sendiri..cakap la nak amek cuti nak jaga mak atau ayah..tak kisah la gaji kena potong ke apa ke..asalkan dapat rasanya jaga mak atau ayah sendiri..

Cuba korang tengok antara checklist kat bawah ni untuk tengok diri korang balik sempena bulan yang mulia ni..jangan menyesal kalau next aidilfitri korang tak dapat beraya dengan ayah dan mak korang lagi dah..

1.Seorang ibu sanggup berjaga malam semata-mata nak menjaga anaknya takut kehabisan susu tetapi korang kekadang tu nak buat kat ibu korang air walau segelas pun bukan main susah lagi.

2.Ibu korang sanggup luangkan masa sepanjang hari menjaga korang dari pagi sampai la malam supaya korang nyenyak tidur dibuai mimpi…tapi korang kekadang tu tak pernah ada masa nak jaga ibu korang walau sejam.

3.Ibu korang takut kalau lambat berikan susu kat korang, supaya anaknya tak menangis lagi. Tapi sanggup korang biarkan ibu korang menitiskan air mata disebabkan anak dia anggap ibu dia sudah tua menyusahkan saja.

4.Ibu korang tak kisah menjaga korang waktu korang demam panas, habis klinik dan ubat diberikan supaya korang sembuh seadanya…tapi korang adakalanya tak pernah kisah pun kalau mak korang sakit kepala…tambahkan sakit kepala dia ada…

5.Ibu korang rela memberikan sepenuh kasih sayang membesarkan korang dari kecil sehingga korang mampu menjadi insan yang berguna..tapi apakan daya kalau korang sendiri tak mampu memberikan kasih sayang korang walau sedikit kat mak korang..dan pelbagai alasan sahaja yang korang berikan…

6.Seorang ibu berasa sedih jika melihat anaknya bermuram…tapi korang sanggup biarkan mak korang menangis keseorangan mengenangkan korang yang tiada bertanya khabar berita, apatah lagi balik untuk menjenguk ibu di kampung.

7.Seorang ibu rela mempertaruhkan nyawanya demi untuk melahirkan anaknya yang dikasihi…tapi korang tak sanggup berkorban walau setitis keringat untuk ibu korang yang inginkan belai kasih korang sahaja.

8.Seorang ibu tak rasa rugi menghabiskan masanya dengan bermain dengan korang sewaktu korang baru nak bertatih…tapi bila korang dah kenal dunia..korang tak pernah ada masa walau seminit untuk bertanya khabar ibu korang sehat ke tak.

Rasanya cukup la 8 sebab untuk korang menilai semula diri korang tu sebaiknya dah dekat nak raya ni..kalau mak dan ayah korang dah takde…doakanlah semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

Jom kita hayati sejenak lirik lagu Sudirman ini:

Ayah dan ibu

Itulah permulaan kami

Dapatlah melihat bulan dan

Matahari

Ahai…

Yang dikurniakan dari Ilahi

Ahai…

Ayah dan ibu lah

Mesti dihormati

Ayah dan ibu

Wali dan juga keramat

Pada mereka kita beri hormat

Ahai…

Bagilah tunjuk ajar dan

Nasihat

Supaya hidup

Supaya hidup kita akan selamat

YouTube Preview Image

Blog Widget by LinkWithin
Share and Enjoy:
  • Digg
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Ping.fm
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Yahoo! Buzz
  • del.icio.us

Related posts:

  1. Sapa Kata Dengan Grafik Tak Boleh Buat Duit?

Comments (1)

haa… kita mmg tak kejam kat ibu mcm mamat derhaka ni…tapi kadang2..simple things pun dah buat ibu kecik hati..cth: bio dia sorang2 sakit..dgn alasan mak dah makan ubat tadi…n sometimes..kita boleh belanja kawan2 makan…tapi 'lupa' nak belanja mak makan..alasan mak tak mintak belanja pun…

Copy Protected by WP-CopyProtect Thanks to Chetan.

Dont want to go to the cinema? Watch Movies Online.