Bagaimana Cara Nak Buat Ebook?

4

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet | Posted on 18-11-2009

Bisnes ebook memang cukup dikenali oleh para usahawan internet sekalian. Ebook ini merupakan salah satu produk informasi yang mana kebanyakan dari ebook yang diterbitkan adalah berunsur maklumat. Ebook sebenarnya lebih kurang macam buku biasa je, cuma ianya lebih mudah didapati dan juga lebih mudah untuk dipasarkan ke seluruh dunia tanpa memerlukan kos yang tinggi.Mari kita sama-sama lihat kenapa orang suka baca ebook dan juga menulis ebook?

1.Kos yang murah untuk menerbitkan ebook

-untuk menulis ebook, anda tak perlu mengupah penulis profesional untuk menulis ebook pertama anda, cukup untuk anda menulis dahulu apa sahaja jenis ebook untuk tujuan jualan ataupun tujuan perkongsian maklumat dan ianya diberikan secara percuma. Kos yang terlibat mungkin hanya mengupah designer minisite atau untuk mengurangkan kos itu lagi, anda boleh design sendiri atau gunakan sahaja mana-mana template free diinternet.

2.Mudah Untuk Dikongsikan

-Ebook bersifat digital dan ianya mudah ditransfer ke satu komputer ke satu komputer yang lain. Anda boleh share kan file anda itu dengan hanya satu klik sahaja dan penerima akan dapat membacanya dengan lebih mudah

3.Ebook tidak perlu dicetak

-ebook tidak perlu dicetak sebenarnya. Tetapi bagi anda yang ingin membacanya dengan lebih selesa, adalah lebih baik anda mencetaknya supaya lebih mudah untuk dibaca dan dibawa kemana mana selain membacanya di skrin saja. Bayangkan kalau ebook berkenaan setebal 300 muka surat..larat ke nak baca sampai abis depan skrin? Tak gitu?

Jadi, bagaimana pula nak buat ebook? Apa topik yang hendak ditulis? Apa format ebook?Mari aku akan bongkarkan sedikit demi sedikit tentang bagaimana nak buat ebook. Buat ebook memerlukan beberapa perkara berikut:

1.Software penulisan ebook

2.Idea untuk menulis ebook

3. Survey tentang keperluan ebook

Software penulisan ebook

-ada banyak software diinternet yang korang boleh dapatkan secara percuma diinternet untuk menghasilkan ebook, tetapi apa pula format bagi ebook ye? Format yang paling popular bagi ebook adalah dalam bentuk *.pdf (Portable Document Format) yang mana korang kena download applicationnya diinternet. Terdapat juga format ebook dalam bentuk html binder yang mana amat jarang sekali ebook jenis ini dipasarkan.

-Dua software yang aku amat rekemen untuk membaca file pdf adalah Adobe Reader dan juga Foxit Reader. Bagi aku Foxit Reader lebih ringan untuk digunakan.

-Software penulisan ebook percuma yang amat popular adalah Primopdf dan juga eWriter Pro

Idea Penulisan Ebook

-Cara untuk mendapatkan idea bagi menulis ebook ada banyak kerana jika anda mempunyai sesuatu pengetahuan yang amat jarang sekali orang tahu dan anda amat pakar tentang sesuatu perkara, so anda sudah ada idea di situ bukan?

YouTube Preview Image

Survey Tentang Keperluan Ebook

-Jika anda masih tidak ada idea dan masih risau tentang ebook anda tidak laku dipasaran, lakukan survey di forum-forum perniagaan internet atau di Ebay, Lelong dan sebagainya dan cari apakah antara masalah yang masih tidak dapat diselesaikan oleh para forumer dan anda ada penyelesaiannya dan anda akan bongkarkan menerusi ebook anda itu. Mungkin salah satu cara adalah melakukan poll di forum atau di web anda sendiri untuk mengetahui respon terhadap ebook anda itu.

Jadi, ebook dah siap..bagaimana pula nak pasarkan ebook?

Caranya anda boleh ikut sebegini

1.Dapatkan hosting dan domain yang tidak mempunyai spesifikasi yang amat besar. Cukup jika dalam 100mb sahaja.

2.Download atau upah mana-mana designer minisite

3.Buat sales letter atau mungkin anda boleh rujuk minisite lain bagaimana mereka menghasilkan sales letter yang berkesan.

4.Uploadkan file anda itu dan jika boleh masukkan sekali password bagi file pdf anda itu.

5.Hebahkanlah di forum-forum, di blog anda mahupun di lama social network yang anda gemar..TAPI JANGAN SPAM..jangan untuk promote, anda sanggup melakukan perkara tersebut..

Kalau korang rasa artikel ni best, komenlah dan jika ada yang nak ditambah lagi..silakan tambah ye..jangan lupa untuk subscribe reader blog ini dan juga bookmark untuk bacaan di hari yang lain.

p/s: Dengar cite sekolah kat Terengganu nak mulakan guna ebook dalam pembelajaran di sekolah..

Blog Widget by LinkWithin
Share and Enjoy:
  • Digg
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Ping.fm
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Yahoo! Buzz
  • del.icio.us

Related posts:

  1. Bagaimana Nak Buat Cover Ebook Yang Menawan?
  2. Bagaimana Nak Buat Blog?
  3. Bagaimana Buat Blog Suatu Misteri?
  4. Cara & Tips Hebat Membeli Produk Digital
  5. Cara Keluarkan Duit Dari Paypal

Comments (4)

thank untuk info ini….

Penerangan dan info yang menarik, free ebook sangat membantu dalam mengumpul mailing list.

Maaf,setelah dibaca tak adapun diberitahu bagaimana nak menghasilkan ebook.Apa yang dibicarakan di sini cuma sekadar memberitahu mengenai apa dia ebook secara dasar sahaja.

Kalau boleh minta diperincikan lagi contohnya bagaimana nak menghasilkan ebook dari mencari idea ,menggabungkannya,perancangan penulisan,saiz font yang sesuai,cara nak masukkan gambar atau gambarajah dalam ebook,jenis-jenis ebook dan sebagainya.

Sekian.
p.sKadang-kadang tajuk filem menarik dan gah tapi bila dah tonton tak sepadan dengan tajuk

maaf juga saudara.Tujuan post saya ini adalah untuk menerangkan secara ringkas bagaimana sesuatu ebook itu terhasil.Saya telah terangkan apakah kebaikan ebook berbanding buku biasa.Juga diterangkan mengenai software untuk menghasilkan ebook dan juga saya sertakan sekali link untuk software tersebut secara percuma.

Selain itu saya juga menerangkan secara ringkas tentang bagaimana hendak mendapatkan idea untuk penghasilan ebook.Saya tidak gemar untuk meletakkan post seperti ebook dalam satu entry kerana akan membuatkan para pembacanya berasa bosan lalu meninggalkan blog ini.Jika saya ingin menerangkan dengan lebih terperinci, lebih baik rasanya saya menerbitkans sebuah ebook percuma tentang bagaimana nak buat ebook.Produk itu pun sudah dikeluarkan oleh beberapa orang IM tempatan tentang penghasilan ebook dari permulaan sehingga ke part pemasaran.

post ini sebenarnya hanyalah guide untuk mereka yang baru mula mengenali ebook dan ingin menghasilkan suatu ebook yang ringkas..jika ada 10 software untuk menghasilkan ebook, rasanya tak perlu saya menerangkan bagaimana hendak memasukkan imej,memilih jenis font atau gambarajah.ini disebabkan setiap software menggunakan cara yang berlainan.Jadi saya perlu memasukkan content yang terlalu panjang sehingga menyebabkan reader berasa tidak selesa untuk scroll pada antara muka blog saya seterusnya mencari info yang lain yang lebih ringkas..

Konsep blog saya adalah penerangan yang ringkas dan padat.Cuma info yang asas sahaja diterangkan.Jika tuan merasakan saya tidak memberitahu bagaimana menghasilkan ebook, cuba kaji semula..saya telah memberikan link ke download page software berkenaan dan seterusnya bagaimana mencari idea.Mungkin tuan masih kabur dengan konsep blogging?Post yang terlalu panjang bakal membuatkan reader berasa bosan dan kurang selesa untuk membaca di skrin terlalu lama.

Jika saya sebagai pelawat blog sekalipun, saya akan elakkan untuk membaca post yang terlalu panjang, kerana info ringkas lebih sesuai.

Copy Protected by WP-CopyProtect Thanks to Chetan.

Dont want to go to the cinema? Watch Movies Online.