Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet, grafik | Posted on 10-06-2009
Kepada para usahawan internet mungkin cover ebook merupakan sesuatu yang biasa bagi mereka dengar dan selalu sangat mereka tempah atau mereka sendiri yang design. Tetapi bagi mereka yang berada dalam bidang graphic design sendiri ada yang tidak mengetahui akan kewujudan cover ebook ini.Mereka lebih senang untuk mereka sesuatu from scratch seperti design Billboard, business card, iklan majalah, dah sebagainya. Ada juga yang tak pernah dengar akan perkataan ‘cover ebook’?
Ok. Bagi mereka yang terlibat dalam rekaan cover ebook dan sudah tentunya pasaran mereka hanya terhad kepada usahawan internet sahaja kerana terdapat ratusan malah ribuan usahawan internet di luar sana memerlukan khidmat mereka dengan portfolio-portfolio mereka yang gempak2. Aku juga merupakan salah seorang dari mereka dan aku belum nak start serius lagi sebab site untuk service tu pun aku tak buat lagi. Mungkin orang kata aku ni main-main dan malas.Ya..memang aku agak malas nak duk depan komputer sampai lebih 6-7jam sehari tanpa memikirkan dunia luar(apa la aku merepek ni..)
Cukup dengan bebelan aku ni, skang meh kita teroka bagaimana la rupa cover ebook dan apakah yang membezakan dengan cover ebook yang berkualiti dan cover ebook yang agak kureng…
1.Harga Design
-inilah yang menjadi antara masalah dikalangan designer. Ada yang ‘oversell’ design mereka lalu meletakkan harga yang murah untuk sesuatu design.Ops! aku bukan kata murah tu tak bagus..tetapi seseorang designer sebenarnya perlu menetapkan standard of quality based on price. Kalau produk tu murah dan design gempak, mungkin akan membuatkan ada di antara designer berasa “this area of design only a cheap sale and you cannot make money with it“. Apa pun itu adalah persaingan. Ada yang tidak kisah dengan harga sehingga memberi harga serendah RM10 atau PERCUMA sahaja untuk design ecover ini.
2.Pemilihan Warna
-Pemilihan warna pada cover ebook amatlah penting demi menentukan kualiti sesuatu design. Ada yang tidak peka dengan situasi ini lantas “main taram” je design tanpa ketahui akan makna warna dalam sesuatu design. Mungkin bagi mereka ianya tidak penting, janji masuk duit dan client puas hati ye tak? Nampaknya anda bukanlah seorang graphic designer, tapi hanya mengambil kesempatan akan sesuatu yang anda tahu lebih kurang je hasil dari tutorial yang anda buat diinternet. Warna berfungsi memainkan mood dalam sesuatu rekaan. Pengguna haruslah selesa dengan keadaan layout dan sedap mata memandang dan juga kena dengan tema yang diinginkan. Kenapa perlu menggunakan warna yang garang, tetapi tajuknya tidak menggambarkan ianya suatu produk yang “hard”?
3.Susunan Teks/Layout
-ini merupakan part yang paling mencabar bagi semua graphic designer.Jika anda seorang designer yang sejati anda akan tahu dalam sesuatu design itu terdapat sesuatu yang membuatkan viewer selesa dengan keadaan design tersebut dari segin warna, rekaletak serta susunan teksnya.Ada yang hanya buat teks yang besar-besar atau just ‘Emboss’ kan teks tersebut supaya ianya terserlah atau buat ‘Outer Glow’ tahap maksima supaya jelas kelihatan.Susunan rekaletak amat penting kerana dalam dunia graphic design terdapat aliran bacaan yang perlu dititikberatkan. Sama ke kiri atau ke kanan itu merupakan satu cabaran yang perlu di ambil kira.Aspek positif dan negatif juga amat penting dalam sesuatu layout ecover.
4.Jenis Font
-Cabaran lain bagi seorang cover designer adalah penentuan jenis font. Sudah tentulah seorang itu mempunyai pelbagai jenis font yang mungkin telah melebihi ribuan jenis dan pelbagai nama bukan?Pergi sajalah ke Urbantfonts dan juga Dafont.com untuk download pelbagai free font yang anda boleh dapat.Download la sampai habis hari untuk dapatkan jenis font anda. Seorang yang peka dengan dunia graphic design hanya akan mendapatkan font yang tertentu sahaja. Sama ada serif atau sans serif.Dalam dunia rekaan ecover dua jenis font ini amat selalu digunakan. Adakah hanya menggunakan Arial sahaja dalam sesuatu design? Atau anda masih belum kenal nama font?Jika anda masih belum kenal, rasanya anda masih belum dianggap cover designer yang baik, sebab?Jika anda mahir, sudah tentulah sudah ada dalam kepala anda antara list font yang anda akan pilih apabila client memberi description kepada anda dan sudah terbayang apakah antara layout atau warna yang bakal anda berikan.
-Terdapat ribuan font di dunia ini sama ada sesuai digunakan untuk web atau print. Jika dalam rekaan web terdapat jenis font yang amat memberikan keselesaan kepada reader yang biasanya dikenali sebagai readibility.
5.Pemilihan Gambar yang sesuai
-gambar pada rekaan sesuatu ecover adalah aspek utama impak bagi sesuatu ecover design. Kualiti gambar yang berada pada tahap 300dpi dan ke atas adalah amat digalakkan dalam rekaan. Ini kerana kebanyakan action script ecover ini memerlukan anda gunakan kualiti gambar sedemikian untuk memastikan gambar tersebut tidak akan pecah ketika anda tekan button “play”.
6.jenis Photoshop Action
-Akhir sekali merupakan jenis photoshop action yang anda beli.Sebelum tu saya nak tanya anda. Dimanakah anda membeli mencuri action script tersebut? Pastikan anda beli action script tersebut kerana jika ada apa-apa masalah berkenaan action script tersebut, anda akan mendapat support yang sepatutnya. Saya beli dari Mario Xiao iaitu di BlackbeltCovers. Beliau menyediakan ecover action yang begitu mempersonakan hati saya untuk membelinya. Saya amat bertuah pada ketika itu kerana semasa saya membeli, beliau baru sahaja melancarkan produk beliau.Lihat sahaja action script yang beliau jual, dan anda boleh gunakannya untuk bisnes grafik design anda!
Ok, rasanya cukup setakat ini sahaja tips anda yang nak tahu Bagaimana Nak Buat Cover Ebook Yang Menawan?
Kalau anda rasakan ecover action di atas begitu mahal nak beli.Luvlee yang merupakan salah seorang lagi designer ecover telah menghasilkan ecover yang begitu hebat dan mencapai tahap kualiti setanding dengan designer luar.Kalau nak beli, bolehlah dapatkan ecover action tersebut melalui banner di bawah.MURAH JE…takkan tak ada sen nak kuar kot?hehe..
Related posts:
- Tutorial : Design Ebook Cover Menawan dengan Photoshop
- Bagaimana Cara Nak Buat Ebook?
- Bagaimana Nak Jadi Blogger Yang Hensem?
- MalayaCovers In Progress
- Macam Mana Nak Buat Minisite?









































selama ni aku dapat ecover script free je.. bukan curi mahupun crack ke ape2 je la.. memang dia kasik free… dan hasil die superb jugak
ko memang same style dnegan aku, banyak gak aku cari yg free kat tenet. he
wah… ko dapat free yer? dapat free yang mrr ke? nak yang free jugak laa bleh???
Wah.. susah gak rupanya nak buat cover yang menarik ni.. nasib baik tak kuarkan ebook lagi. kalau dah ada bakat tu bro, apa lagi pulunlah..
bakat yang ternyata memang berbakat dan menguntungkan. ada bakat ada fulus mari… bleh buat duit dengan mudah dan berkesan dengan gaya yang tersendiri…
xsusah sebenarnya..tapi ramai orang belasah je..janji dapat duit..hehe
Ohh.. hahaha.. saya rasa macam susah je.. takper.. nanti bila dah buat ebook sendiri baru boleh pikir serius sikit..
memang ramai je yg belasah. janji kenyag, he
ramai jugak yg dah wat produk ni, p paling hor memang sis luvlee kita la. he
hohoho luvlee ni sis ke? selama ni aku ingatkan bro.. hohoohoho
Sis Luvlee memanglah terer bab2 grafik ni. Kadang2 tengok orang yang kreatif2 ni rasa sedikit cemburu pun ada. Sekarang ni dah mula berjinak2 sikit dalam bidang ni.
baru je beli rega rm25..rembat2
dgn sape yg rega rm 25 tu?
hohohoho kadang2 aku main belasah je.. tp kalo dpt customer yg cerewet mmg aku menyampah..hohoho
Kalau dah beli tu kena cepat2 amalkan.. semoga berjaya menjadi desginer yang hebat
mereka yang terer grafik memang untung… dapat rebut peluang dan keuntungan yang maksima. niche yang memerlukan kreativiti up to date…
sape yg kreatif n tahu menggunakan grafik di tempat yg seswai, jadi la menawan..
haha.. aku tak pandai sgt.. aku main hentam je.. nampak cun, dan org ckp lawa.. kira ok la.. LOL
itulah.. dunia seni kreatif sekarang bukan macam dulu lagi.. kat internet ni banyak betul orang yang perlukan grafik.. rugilah siapa2 yang terer grafik tapi tak memanfaatkan Internet sebaik mungkin
panduan yang menarik..khusus untuk IM yang ingin jual produk sendiri..thanks bro reez