Bisnes Internet Lagi,Bosannya..

9

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet, info, produk | Posted on 19-05-2009

Kali ni topik yang agak santai aku rasa, sebab aku tak specifickan tajuk post aku sebab saje je aku bagi general.Kalau ikutkan ada post lain yang akan aku post nanti..tapi..nanti2 la..hehehe..Kat sini aku nak cerita sedikit tentang pendapat aku tentang dunia bisnes internet dan juga apa yang korang ‘baru nak kenal’ dunia bisnes internet ni perlu tahu dan sedar sebelum korang melangkah ke dunia bisnes internet.

Antara perkara yang korang perlu alert dengan bisnes internet adalah seperti berikut:

1.Kalau korang masih sehari dua atau mungkin seminggu dua join bisnes internet ni.Jangan plak korang harap akan dapat hasil dari internet ni pada bulan berikutnya atau minggu berikutnya dan kemudian give up then tinggalkan camtu je, itu banyak dh aku tgk, tapi..aku pun penah ada perasaan ini sebenarnya.Tapi disebabkan banyak aku baca ebook dan tanpa henti aku dapat info yang makin best kat forum..perjuangan harus diteruskan…banyak yang baru nak kenal ni akan ada ayat bese camni..

“Saya baru dalam bisnes internet ni,nak setup website/blog pun tak tahu.Apa ya yang boleh dapat banyak duit diinternet ni dengan cara mudah dan FREE?Hope boleh dapat tunjuk ajar dari sifu semua.Emelkan saya ye atau kol kat bla,bla,bla,bla….”

Apa first yang korang fikirkan?Rasa korang ada ke orang baik hati sangat nak kasi info kat dia sedangkan dia sndiri pun tak kenal apa itu bisnes internet..Kenal,baca,alami dan selidik sendiri dan baru lah anda sedar anda dimana sebenarnya..

2.Blog atau website perlu ada kalau korang serius nak buat bisnes internet. Sebabnya? 99% client anda akan tgk berdasarkan web atau blog yang anda anda dan ingin tahu tentang diri anda terlebih dahulu sebelum mereka keluarkan duit mereka.Aku sendiri tak ragu nak keluar duit bila aku dah tau dia macam mana orangnya dan juga cara dia melayan client apabila membeli produknya.Ada sesetengah orang lebih suka dengan platform FREE atau yang berbayar.FREE atau berbayar bukan persoalannya..tetapi sejauh mana blog itu mampu menjana pendapatan adalah lebih bererti.

Mungkin ada yang taktau selalunya yang baru la.Milionaire2 yang menjana wang dari internet ni biasanya mempunyai lebih dari 1 website..selalunya ratus2 la..atau riban2..ada yang buat flipping,ada yang sales dari produk mereka dan banyak lagi la..online seminar ke ape ke..semua tu dah biasa dah bagi mereka.Cuba bayangkan anda cuma ada satu website yang selalunya cuma ada 10-20 visitor sehari?

3.Payment Processor yang paling popular iaitu paypal mestilah ada dan juga korang mestilah tahu akan rules yang paypal berikan dan juga keistimewaan yang ada diberikan kepada anda pada setiap jenis akaun yang anda buka. Terdapat banyak payment processor yang boleh anda gunakan selain paypal seperti 2co,Moneybooker,Worldpay dan banyak lagi jika anda tidak ingin menggunakan akaun kad kredit anda untuk mengelak fraud di internet.

Berikut merupakan antara keistimewaan yang korang dapat kalau korang ada paypal:

i.boleh shopping kat Ebay sepuas hati selagi ada duit

ii.boleh jual funds korang kat M’sian yang nak beli funds dengan kadar tukaran wang asing

iii.boleh dapat komisen affiliate luar negara dengan mudah

iv.Akaun personal,takde fees dikenakan kalau ada orang masuk duit.100% dapat kat korang beb.Akaun Premier,caj setiap kali duit masuk dan korang boleh buat Ebay dengan akaun Premier dan Business plak lebih sesuai kalau korang dah ada established business.

v.boleh bukak banyak akaun dengan gunakan VCC sahaja (Virtual Credit Card). Camne nak apply dan buat?Jom ushar sini.

4.Kena keluarkan duit untuk dapat duit.Korang MESTI diulangi.MESTI keluarkan duit untuk dapatkan sesen sekali pun diinternet.Aku ingat lagi first sekali aku dapat payment ke paypal dan juga melalui akaun bank aku, memang kos ada..setup blog,duit minyak pegi cc dan sebagainya. Semua itu berbaloi sekarang dengan ilmu yang aku dapat.Produk2 yang aku beli dan praktikkan.Memang kebanyakkannya amat berkesan untuk korang nak kecikkan lagi learning curve korang tu. Melabur la sikit untuk korang dapatkan ilmu yang berharga tu dengan beli produk2 IM kita yang banyak dipasaran.

Kalau nak tgk antara contoh produk yang aku rekemenkan untuk korang.Atau boleh rujuk antara url menarik di bawah

http://reezluv.com/senarai-dropshipper-rahsia-dilancarkan

http://reezluv.com/senarai-affiliate-malaysia-anda-boleh-sertai-percuma

Blog Widget by LinkWithin
Share and Enjoy:
  • Digg
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Ping.fm
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Yahoo! Buzz
  • del.icio.us

Related posts:

  1. Bisnes Internet, Ramai Yang Keliru?
  2. Keje,Cuti dan Bisnes..
  3. Berapa Kos Perniagaan Internet?
  4. Anda Silap Tentang Perniagaan Internet Jika….
  5. Mark Monciardini Mengganas Lagi!

Comments (9)

Blog,paypal,modal memang perlu ader untuk anda bergelar IM kalo tak sebenarnya boleh jugak tapi kalo nak menjual ebook contonya lebih mudah jika anda dikenali.Lihat sajer contoh macam Smartzul pakar produk rujukan skali jual pasti tak cukup tgn nak handle selain itu kejujuran juga penting contoh macam JAnawang Adsense walaupun kurang publisiti tapi customer sendri yang promotkan barang dier walaupon tak ader affiliate untuk produk dier. Jadi IM jadilah IM yang Jujur atau Buat Business ynag jujur kalo nak selamatlahh

satu lagi post yang bagus.. kena wat senarai baru ni kat REEZLUV GOES WILD…and wilder….. hehe

kalau nak buat biness tak semestinya ada blog, tapi, kalau da blog, lagi org respek, bila org tgk kita manage blog kite smart, diorg pun tertarik. lebih2 kalau ada artikel berguna.

First of all aku dulu pun terpikir gak macam tu..macam mana nak dapat duit percuma tanpa modal….tu pada tahun 2006 la kemudian aku rasa mana mungkin bleh dpt duit mcm tu senang kalau tak kuar modal..so aku pun mula mengenalkan diri tentang ppc,tentang blog,tentang banner ads,link ads..so ape2 pun sebelum bermula jangan fikir nak modal free…tetapi fikir mcm mana nak dpt ilmu..kalau ini yang difikirkan aku rasa ramai yang akan berjaya

betol tu, yang penting, ilmu yang berkaitan dengan bidang yang kita nak ceburi, jgn main hentam masuka je, macam mana nak berjaya. n kejayaan tak selalunya datang terus, banyak cobaan dulu.

Buat aper ajer kalo berpaksikan keuntungan pasti memerlukan modal .Modal ader 2 jenis Modal nampak dengan modal tak nampak . Modal tak nampak ni macm tenaga kita walaupon org ckp buat keje mudah tapi cas mahal tapi sebenarnya modal tenaga dah kita gunakan ..is k ader kene mengene ker dgn artikel nihh…

ha.ini banyak mengingatkan aku tentang masa mula-mula kenal bisnes online ni.time masa bodoh-bodoh tu.hanya layan internet je.chatting and surfing for knowledge.then bila kau tengok pasal irfan khari terus tiba-tiba minat datang nak masuk IM ni.time tu jugak aku terjumpa forum kesayangan aku WC.kat situ aku mula start berforum pasal bisnes internet ni.

Bisnes tanpa Modal? Saya memang fikir boleh buat duit tanpa Modal. Sebenarnya dalam dunia internet ni memang boleh TETAPI kena habiskan banyak masa. Satu kelebihan Internet ialah kebanyakan informasi adalah percuma kalau pandai cari dan sanggup habiskan masa 24 jam depan Internet. Pilihlah salah satu MASA atau DUIT?

pada awal pembabitan aku dalam dunia blogging ni hanyalah untuk menjana wang adsense… tapi lama-lama aku semakin bosan dengan adsense dan kini takde langsung adsense dekat blog aku.. hohoho ada nuffnang tu pon sebab nak buat bayar bil dengan hosting je..

Copy Protected by WP-CopyProtect Thanks to Chetan.

Dont want to go to the cinema? Watch Movies Online.