Cara Membeli Barang Murah Di Internet

2

Posted by reezluv | Posted in blogger, info | Posted on 24-11-2009

Asal sebut je barang murah mesti koran tertarik bukan? Entry kali ni aku nak kasi kat korang sedikit tips untuk membeli diinternet dengan harga diskaun. Boleh ke? Ramai yang ragu-ragu lagi sebenarnya nak membeli diinternet ni. Tambah-tambah lagi menggunakan kredit kad, tak selamat la, apa la..tapi skang ni dah ada debit kad dan juga Paypal..apa nak susah?

Sebenarnya tak susah nak dapatkan diskaun untuk membeli diinternet. Sebagai contoh kalau korang nak membeli domain name diinternet dengan harga yang berpatutan atau murah. Aku dah banyak kali membeli domain name dari Namecheap dan aku suka sangat beli kat luar sebabnya murah dan senang nak dapat diskaun..walau sikit diskaunnya..tapi kalau convert duit Malaysia dah berapa ye?

Contohnya cuba kalau korang nak beli domain name, harga di Malaysia adalah dalam RM35 mengikut di laman web Onebytes iaitu hosting aku skang ni. Tapi cuba korang liht plak kat Namecheap.com atau Godaddy.com dan bandingkan harga yang korang boleh dapat kalau korang ada akaun paypal..tak ke untung kalau ada akaun paypal kan?

kat Namecheap korang boleh beli satu domain name dengan harga USD9.69 sahaja untuk setahun dan proses untuk membelinya amatlah pantas kalau korang ada paypal. Takyah nak risau Maybank2u tutup pasal kononnya nak update service la apa la..patut bank online bukak 24hours..bleh plak kejap-kejap tutup ye tak? :P Dah tu plak harga USD9.69 tu korang leh dapat murah lagi dengan kupon diskaun yang ada banyak diinternet ni.

Apa nama laman web yang meletakkan kupon ni? Kena bayar ke? Jawapannya adalah free je..cuma korang kena pegi kat website tu dan salin la code coupon tu dan submit la kat ruangan code coupon apabila nak bayar di shopping cart nanti. Kalau korang pernah membeli diinternet tentu tau apa dia shopping cart tu..hehe..

Website yang aku cakapkan ni adalah Retailmenot.com iaitu sebuah laman yang amat best untuk mencari lebih 40,000 kupon diskaun yang korang boleh dapat disini..memacam ada..asal korang nak membeli je apa-apa secara online..try la cari kat sini..tapi cari la yang paling latest..nanti expired plak kan?

Blog Widget by LinkWithin
Share and Enjoy:
  • Digg
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Ping.fm
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Yahoo! Buzz
  • del.icio.us

Related posts:

  1. Cara & Tips Hebat Membeli Produk Digital
  2. Barang Apa Nak Jual Di Ebay?
  3. Tips Membeli Di Ebay
  4. Bisnes Internet, Ramai Yang Keliru?
  5. Bisnes Internet Lagi,Bosannya..

Comments (2)

Harap satu hari nnt ade lak website kt m’sia ni yg mcm Retailmenot.com.

tp letak kupon utk produk2 IM org kita. :-)

ye la..hope so..tapi memerlukan kata sepakat dari banyak pihak..

Copy Protected by WP-CopyProtect Thanks to Chetan.

Dont want to go to the cinema? Watch Movies Online.