Selamat Hari Lahir Bro!

11

Posted by reezluv | Posted in berita hot, blogger, santai | Posted on 08-04-2010

Selamat Hari Lahir Bro, Selamat Hari jadi reez dan memacam lagi wish yang aku dapat kat hari ini sempena hari ulang tahun kelahiran aku yang ke 26..haha..bagi sesape yang tahu umor aku tu bape..skang dah tau…Pada subuh 4.05 pagi semalam maka genaplah umur aku 26 yang mana angka tu agak tak best bagi sesetengah orang dan mula takut dan ingin kahwin segera.

birthday_candles

Tapi walau apa pun, aku masih lagi bujang dan insyaallah akan menamatkan zaman kebujangan tu tahun hadapan..so kalau korang nak datang tu, silakanlah..tapi pengangkutan sendiri la ye?hehehe..

Pagi tadi aku dapat hadiah surprise dari buah hati aku..sapa lagi..(kalau tak kenal try ushar fb aku)..tak kisah la korang nak kata aku jiwang ke apa..aku peduli apa ye tak? Walau kami jauh di mata, merentas lebih 4 buah negeri nun dia jauh di selatan, namun aku tetap sayangkan dia..chewaah..

YouTube Preview Image

Memang first time dalam hidup aku, aku dapat hadiah yang begitu surprise..walau bukan sebijik BMW ataupun sebijik rumah kondo, tapi cukup wat aku tersenyum sesorang kat opis dari pagi sampai la balik rumah..masa atas moto pun duk sengih sorang-sorang..haha..gila ke apa..hehehe..aku tau hadiah tu mahal..tempah online lagi tu..aku pun tak pernah buat sebenarnya sebab aku takut tak sampai..hahaa..padahal dah banyak transaction online aku buat…Malaysia je aku tak bape konfiden..hihi..

Walaupun ada beberapa orang yang aku expect akan wish aku, ye lah, antara orang yang selalu aku contact dan agak rapat juga dengan aku selain si dia..nampaknya memang dia tak wish..alah..birthday je..bukan apa pun..tapi kalau korang nak tahu, perkara paling aku amat takkan lupa adalah birthday atau hari kelahiran seseorang..kerana di situlah bermulanya segalanya..kalau korang rasa tak penting..abaikan je..Memang seronok aku wish orang dan kekadang menyanyi untuk orang tu happy birthday dengan rela hati walau aku rasa malu bangat..tapi aku seronok, sebab aku amat menghargainya..

So bermula lagi satu episod baru dalam kehidupan aku dan bertambah la nombor dibelakang tu menjadi 26…

Bintang Paling Popular 2009 Milik Siti Nurhaliza

1

Posted by reezluv | Posted in Hiburan, berita hot | Posted on 05-04-2010

Baru saja kejap tadi semua dah tengok sendiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 di TV3 yang mana telah diadakan di Arena All Stars, Genting Highland. Katanya tadi adalah penampilannya yang terakhir dan tak tau la apa pula yang Siti akan lakukan lepas ini. Mungkin jadi bos agaknya kot..hehe.

Apa pun tahniah kepada pemenang semua yang membawa pulang hadiah dari Habib Jewel bernilai RM20,000 yang mana kesemua pemenang dapat memasing..Fara Fauzana dapat dua lagi tu..

Walaupun kecoh masa David Teo ngan Ogy Ahmad Daud masa kat pentas, tapi pengacara dapat handle situation, begitu juga dengan kes Nabil, katanya “Saya tak nak cakap banyak, nanti kena saman!”…so sendiri paham la korang ye..Tapi aku tengok kesemua persembahan banyak yang terlalu hard music..tapi memang paling best sekali adalah persembahan Jaclyn Victor, Black dan juga Wings yang lagunya sentiasa evergreen orang kata..

Reezluv Kini Kembali

6

Posted by reezluv | Posted in berita hot, blogger | Posted on 31-03-2010

Petang tadi aku dah selamat sampai dengan jayanya di rumah aku kat Ipoh ni. Penatnya usah cite la..rasa cam nak tido je seharian..tapi bila aku ngadap laptop dan tengok balik dan edit gambar-gambar masa aku kat sana tu..tak rasa ngantuk plak peginya..aiseh..so kenapa aku lama menghilang ni? Untuk pengetahuan korang, aku gi Kursus Induksi bagi Ambilan 1 tahun 2010 yang bertempat di Purnama Beach Resort, Pulau Pangkor..macam biasa la..nama pun kursus..memang seharian dengar ceramah je la.


Tajuk ceramahnya memang semuanya ada kena mengena ngan kerja yang aku buat..apa pun, aku rasa best gile kursus induksi ni..tapi memacam hal yang jadi kat sana tu..baru hari kedua, salah sorang bilik mmber aku kena pecah masuk…kebetulan masa tu resort tu ngah renovation..memang kami semua saspek adalah orang luar dan bukannya orang dalam. Pasal aku tengok tahap keselamatan memang zero..apa yang bestnya resort tu adalah makanannya yang sedap dan secara tak langsung kadar jisim dan juga berat manusia-manusia yang menginap disitu meningkat dengan drastiknya. Tak kira la lelaki atau perempuan..haha..memang makannya sedap sekali..pergh..memacam menu dan dari segenap negeri aku dah makan..dari Johor, sampai la ke Perlis punya makanan..haha..

Kemungkinan lagi seminggu dua aku akan berkursus lagi dan kali ni tak lama..mungkin sehari dua je. Kalau korang nak tengok gambar-gambar yang diupload, kena la pegi kat Facebook aku dan tengok la gambar-gambar yang sempat aku snap kat sana. Dari gambar candid sampai la ke gambar sunset dan memacam lagi. Pengalaman kat sana memang best. Pantainya memang putih bersih, tapi lagi hebat aku rasa kat Pangkor Laut..abg drebar teksi tu kata, hotel kat sana paling murah adalah RM1500 satu malam..hahaha..apa cite. Read the rest of this entry »

Reezluv.com Kini Ditutup?

8

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet, berita hot, blogger | Posted on 15-03-2010

Gempar! Gitulah antara perkhabaran yang bakal melanda pembaca blog Reezluv.com.Ya, blog ini akan ditutup.Kenapa tutup? Rasanya itu soalan pertama yang akan keluar bukan? Ada sebabnya aku menutup blog ni dan kisahnya korang leh dapat di sini…….. Read the rest of this entry »

Related Posts with Thumbnails