Buat Duit Dengan Stock Photo

1

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet | Posted on 26-05-2010

Nak buat duit ada banyak cara..salah satunya adalah dengan stock photo.Ramai sebenarnya photographer yang masih tak tahu akan cara buat duit dengan photo ni selain dari depa buat job orang kawen tu..Bayangkanlah setiap minggu je, depa tak leh kemana..sebab ada event situ, event sini dan kalau time cuti sekolah tu plak..memang tak cukup tangan la..confirm la tak ada kat umah kan? hehe..walaupun aku salah sorang photographer, tapi aku bukan wedding photographer pun..ramai yang suggest aku amek jadi Wedding Photographer..banyak sebab yang aku takleh nak commit untuk jadi wedding photographer…

So tau ke korang yang nak buat duit dengan stock photo ini amat senang? Korang tak payah nak keluar duit riban-riban nak beli lense itu, lense ini sangat, atau keluarkan duit minyak korang tu, berpeluh tengah panas, gerak subuh-subuh dan ikut kemana penganti pegi (kalau korang wedding photographer..) tak ke penat? Pastu plak korang nak siapkan sticky album, edit gambar,contact client,deal client, jumpa client, kalau die sibuk, tangguh lagi dan begitulah seterusnya..itulah antara sebab aku maleh nak buat offline job…penat dan agak tak berbaloi kalau buat sorang-sorang..korang kena la ada team untuk membantu..payah gak kan nak cari team kalau takde..

Kat sini aku tunjukkan kat korang antara site yang korang leh buat duit dengan stock photo..

10 best stock photo agencies to sell images

Kat situ merupakan antara stock photo ejen yang amat bagus sekali reputasinya..erm..tapi..ada ke orang nak beli? Sapa yang nak beli?

Persoalan ini akan terjawab kalau korang terlibat sama dalam graphic design…ada sesetengah photographer memang zero bab graphic design dan amat expert bab photography..memang satu advantage jika beliau mahir kedua-duanya..Kenapa orang lain nak beli photo?

Untuk pengetahuan korang, website-website tersebut akan membayar korang jika ada gambar yang korang upload itu didownload oleh orang yang membelinya.Harganya akan ditentukan oleh pihak Stock Photo itu dan ianya kekal sepanjang masa..korang tak yah risau yang photo korang akan expired..hehe..

Siapa membeli?

Biasanya advertising agency sama ada printing atau internet advertising akan membeli gambar-gambar tersebut. Contoh jelas kalau korang lihat di Billboard di tepi highway tu..korang ingat gambar tu semua mereka tangkap sendiri ke? Kebanyakannya dibeli dari stock photo dan amat mudah dan menjimatkan dari upah photographer yang belum tentu baik hasilnya.

Selain itu, pereka web juga terlibat dalam membeli photo ini. Mereka membeli photo untuk dimasukkan ke dalam portfolio mereka atau design untuk client mereka khasnya.

Photo apa ye yang paling femes?

Di Malaysia aku tengok, agak kurang photo yang berbentuk muslimah dan business niche..kalau ada mungkin aku lebih suka membeli stock photo dari orang Malaysia..belum ada lagi aku lihat Malaysian yang develop stock photo untuk Malaysia..aku harap ianya akan terjadi suatu hari nanti.

Jadi, bagi mereka yang dah ada DSLR tu jangan la sia-siakan senjata yang korang ada tu untuk buat duit secara automatik..korang hanya ikut syarat yang ditetapkan dan mungkin korang perlu tetapkan kategori photo yang korang akan submit seperti, technology,mobile,business man,money,cars, dan lain lain supaya lebih menarik…

Tips: sape yang ada 50mm lense…lagi senang….:P

Second Payment From Linkworth

3

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet, blogger | Posted on 12-05-2010

Alhamdulillah…syukur ke hadrat Ilahi sebab baru je kejap tadi Linkworth membayar komisennya.Baru kali kedua aku merasa komisen dari Linkworth ini hasil dari satu blog aku yang menjadi sungguh tu..nampaknya..memang aku ada jodoh lama la kot ngan blog tu..hehe..

Walaupun tak bape banyak, tapi jadi la kan..untuk satu blog aku je..skang ni aku dah ada dalam 11-14 blog tak silap aku dalam pembikinan PR..bila dah ada PR nanti,rasanya senyum sikit kot…hehee..Untuk job bagi blog aku tu, paling kurang aku akan dapat adalah amaun tu lah..setakat ini tak pernah dapat lebih lagi..baru je jap tadi dah setel deal blog PR0…dapat la $15 lagi..so $15 + $28 dapat la dalam $43.00 sahaja pada hari ini dengan 2 blog..itu ada satu blog takde PR yang sangkut..hehe..

Yang penting ianya berterusan dan tak payah nak tunggu apa ke..ada blog aku baru seminggu dah dapat $20 tak silap aku aritu..so nak tau kat mana aku belajar?Ha…kat sini le..

Berita Baik Bagi Blogger!

5

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet, blogger | Posted on 04-05-2010

Apa berita baik tu ye?Oklah..kali ini aku just nak concentrate kat blog niche sahaja. Tips ini bukannya untuk blog personal, sebab apa yang bakal aku kongsikan pada kali ini ada kena mengena dengan cara korang update blog korang tu.

So apa dia berita tu?

Sebenarnya aku just nak kongsikan satu produk yang amat sesuai bagi blogger yang ingin mendapatkan artikel yang unik. Mesti pening dan malas pun ada kan nak update blog. Tambah-tambah yang dah ada lebih 10 blog tu..kan? :D

Caranya adalah seperti berikut… Read the rest of this entry »

Cara Setup Bisnes Online Di Rumah Part 3

2

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet | Posted on 03-05-2010

Nampaknya ada orang tak sabar nak baca entry seterusnya dan membuatkan aku tulis post seterusnya ini dengan lebih cermat. Insyallah akan dihabiskan pada entry kali ini ye..sabar-sabar..Panduan ini lebih kepada newbie yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan online sendiri dari rumah ya. Tapi kalau yang dah advance tu, harap dapat komen dan berikan beberapa tips di sini ya.

Ok..kita teruskan pula dengan strategi pemasaran. Setelah blog anda siap dan ingin memasarkan produk anda secara online? Bagaimana? SPAM merata-rata wall orang di FB ke? Atau postkan di Yahoo Group dan mana-mana iklan free? Ya..memang itu satu pendekatan..tapi ianya agak kurang berhemah dan tidak berapa menepati sasaran pelanggan anda. Harus diingat, jika produk anda lebih kepada produk kaum wanita, rasanya tidak kena anda promote di ruangan pakaian lelaki..bukankah begitu? Jadi, saya akan berikan beberapa tips untuk mempromosi produk anda secara online dan yang penting..ianya percuma sahaja.

Kalau anda dapat lihat gambar dibawah ini ada menunjukkan satu pages khas dibuat oleh beliau dan kita mungkin tak tahu berapa lah agaknya sales yang beliau dapat ye? Hanya dengan menggunakan Facebook beliau dan juga blog beliau sendiri. Dia hanya perlu check PM jika ada tempahan atau yang berminat, mungkin akan sms beliau..tapi pendekatan sms itu mungkin agak mengganggu kerana jika anda mendapat lebih 100 panggilan telefon sehari..itu sudah cukup buat anda runsing bukan?

Itu merupakan cara yang paling popular, menggunakan Facebook, kerana ianya amat popular sekarang ini. Jangan lupa untuk tag kan kawan-kawan anda yang rapat dan meletakkan deskripsi di bawah gambar tersebut dan tidak lupa, watermark kan gambar anda itu.Kalau tak reti, gunakan sahaja service percuma online ini di PicMarkr.

Tips:Masukkan url blog anda jika boleh.

Seterusnya buat satu group khas untuk bisnes anda sebagai contoh. Group Penggemar Popiah Malaysia. Invite rakan anda yang paling rapat dan pastikan anda menyuruh mereka invite rakan-rakan mereka juga..jangan terlalu formal tajuknya kerana jika terlalu formal,rakan-rakan anda akan ragu-ragu untuk join group tersebut. Ini yang menarik! Pastikan ianya ada kena mengena juga dengan bisnes anda. Takkan nak promote bisnes tudung, tapi buat group Peminat Kain Pelekat..tak ke salah? :D

Buatkan juga akaun Twitter untuk bisnes anda supaya mudah anda update dan mendapat ramai follower nanti.

Seterusnya pula adalah cara untuk handle order anda dengan lebih teratur supaya anda tidak kelam kabut dan berasa tertekan dan dapat merancang stok anda dengan lebih teratur.

Seharusnya anda sebagai penjual online, haruslah mempunyai borang tempahan yang khusus supaya anda mudah untuk menerima tempahan dan nampak lebih professional. Jika anda menerima email sahaja, pelanggan tidak tahu apakah detail yang sepatutnya diisi untuk melengkapkan tempahan.Jadi mereka akan bertanya..dan anda akan menjawab..jika sorang dua takpe kan? Cuba kalau ada sampai 200 orang sehari bertanya tentang cara nak order?Walaupun anda sudah berikan email?

Panduan Bina Form amatlah berguna bagi anda yang ingin membina form sendiri,Produk ini sebenarnya amat berbaloi untuk anda beli dan tidak rugi rasanya pelaburan itu demi masa depan perniagaan anda.Apakah kelebihan order form?

1.Boleh mengetahui detail pembeli

2.Tempahan lebih teratur dengan masa bayaran dan bukti bayaran

3.Boleh disimpan di satu database khas jika anda merekod senarai pembeli anda

4.Kesemua maklumat dapat diberikan dengan sekaligus

5.Lebih professional dan nampak lebih serius.

Cara kedua adalah menggunakan perkhidmatan percuma dari Emailmeform yang mana anda boleh menghasilkan form sendiri semudah 1,2,3.Senang kan?

Tetapi, jika sebelum ini saya ada menerangkan kepada anda tentang satu rahsia di mana anda selamat untuk meletakkan email anda itu,..ini rahsianya sebenarnya..Gunakan MailOnPix.com untuk menjadikan email and sebagai image. Jika anda rasakan proses untuk membuat order form terlalu leceh, copy sahaja code diberikan di sidebar anda, dan anda akan selamat dari spambot yang harvest email address anda itu.

Tips:Jangan sesekali meletakkan email anda diinternet walau dimana sahaja kerana risikonya adalah email anda akan diharvest oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk spam ke email anda dengan lebih mudah.

Jadi, sekian sahaja entri untuk Cara Bina Online Bisnes Dari Rumah kali ini..berikut merupakan produk dan juga sumber rujukan lain yang saya rekemen untuk anda beli serta rujuk untuk memajukan bisnes anda di masa akan datang.

Panduan Produk Fizikal

Panduan Pos Barang Ke Luar Negara Guna Pos Malaysia

Rahsia Ebay


Related Posts with Thumbnails