Posted by reezluv | Posted in blogger | Posted on 11-03-2010
Alhamdulillah tadi aku check email akaun paypal aku dan tetibe aku tengok ada satu email pelik aku dapat…aha…rupanya payout yang aku nanti kan tu dah tiba..hehe..senyum aku..aku sebenarnya hampir lupa tentang payment dari Linkworth tu..sebab depa bayar sebulan sekali kot..ni la first time aku dapat payment dari program buat duit dari blogging ni..selain direct advertiser datang ke blog aku..


Terkejut gak sebenarnya..tetibe je kasi payment..rasa macam nak beli domain lagi…tapi aku rasa hold dulu kot sebab nak kasi banyak..baru best nak withdraw..ok lah..malas nak cite panjang-panjang sebab aku nak tulis pasal Siapa Saya Episod III plak..
Posted by reezluv | Posted in blogger, web | Posted on 05-03-2010

Bagi yang suka berblogging mesti nak tahu macam mana la nak dapatkan pelbagai info yang amat best untuk memantapkan lagi usaha blogging mereka dan juga memantapkan blog mereka untuk mendapatkan earning dari program-program yang boleh menjana pendapatan dari blog mereka selain adsense..
Setakat ni, income dari blog aku bukanlah dari adsense tapi sebenarnya dari direct advertising yang mana advertiser akan contact aku untuk advertise di blog aku, semestinya adalah blog niche dan bukan blog personal aku..tapi kalau korang nak tahu..baru 2 minggu lepas, blog ini pun ada gak yang sudi untuk mengiklan walaupun aku tak advertise dan juga blog nya berbahasa selain English adanya..
Ok malas aku nak cakap banyak lagi, meh aku hidangkan kat korang antara video-video untuk wordpress blog korang. Ada pelbagai tutorial yang menarik untuk korang saksikan dan gunakan untuk blog wordpress korang..ingat..blog wordpress sahaja tau. Read the rest of this entry »
Posted by reezluv | Posted in berita hot, blogger | Posted on 01-03-2010
Berita baik diucapkan kepada pembaca setia blog reezluv.com yang mana sekali lagi pada hari ini aku akan mengadakan satu lagi pertandingan, iaitu pertandingan teka jumlah komen di blog Reezluv.com.

Kalau korang tengok screenshot di bawah merupakan sedikit gambaran komen yang telah ada di blog ini yang mana akan diketahui kelak pada penghujung bulan Mac ini.Ok..apa syaratnya pula ye?
Antara syarat untuk menyertai pertandingan ini adalah seperti berikut:
1.Peserta diminta membuat satu review tentang blog reezluv.com yang mana satu blog post dengan link kepada post ini atau ke domain reezluv.com.
2.Peserta boleh menghantar jumlah tekaan sebanyak 3 kali sahaja iaitu sebanyak 3 cubaan.
3.Submission tekaan adalah pada atau sebelum 30 Mac 11.59 malam. Pemenang akan diumumkan pada hari berikutnya.
4.Untuk menghantar tekaan, sila gunakan contact form yang diberikan. Hanya peserta yang mempunyai syarat-syarat seperti di atas akan disenaraikan.
5.Jumlah komen adalah sehingga 30hb Mac 2010 iaitu pada pukul 11:59 malam
Hadiah adalah seperti berikut :
Tempat pertama – RM50 beserta peluang menjadi affiliate agen BuatDuitGrafik + mendapat RahsiaDuitGrafik secara percuma!
Tempat kedua-RM30 + peluang menjadi affiliate agen
Tempat ketiga -RM20
Segala keputusan adalah muktamad.
Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet, blogger | Posted on 24-02-2010
Jika sebelum ni aku ada menulis tentang blog tidak sesuai untuk menjana income sampingan, kali ni aku nak buat satu post untuk para blogger sekalian, yang mana aku akan kongsikan kat korang apakah antara perkara penting pada blog yang perlu ada untuk korang menjana income dengan blog ni.

Pada asasnya aku akan anggap korang sudah pun memiliki blog, terutamanya blog yang self hosted. Apa plak blog self hosted tu? Bermaksud blog sama ada dot com atau dot net atau apa sahaja la.Sebab kesemua perkara yang akan aku sebutkan ini tiada gunanya untuk blog blogspot.
Kalau korang minat sangat nak dapatkan income blogging seperti yang aku dapat selama ni dan kalau korang pembaca setia blog aku, cuba ikut tips-tips yang aku berikan kat bawah ni dan bandingkan dengan blog-blog yang telah anda bina selama ni..adakah sama atau tidak. Read the rest of this entry »