Posted by reezluv | Posted in grafik, info | Posted on 20-08-2010
Walaupun hari raya lambat lagi tapi tentu ramai yang mencari kad raya digital untuk dikirimkan kepada sanak saudara,sahabat handai, atau sesiapa sahaja yang diinginkan.Di sini pihak reezluv.com berbesar hati untuk memberikan secara percuma Kad Raya Digital untuk anda.

Kad Raya ini didatangkan dalam format PNG dan juga diberikan sekali PSD filenya kepada yang mendownload.Jangan risau.takde caj tersembunyi. Klik je pada gambar untuk mendapatkan file tersebut. Kad raya percuma ini mungkin ada edisi yang lain nanti.
Diharapkan supaya tidak membuang laman url web saya itu sebagai watermark bagi design tersebut.Harap maklum
Posted by reezluv | Posted in Freebies, grafik | Posted on 29-06-2010
Seperti tajuk entrinya..begitulah halnya..korang boleh download free minisite template ini officially di Reezluv.com sahaja dan juga ada offer di WC..cuma rasanya belum approve masa aku tulis post ni untuk korang..So tak tau la mana dulu beb..haha..

Cara nak download macam mana?
Caranya senang bangat der….korang lawat je link yang bakal diberikan kat bawah ni ye..so dengan selamatnya korang bolehlah download tanpa rasa ragu atau rimasnya..hehe..Apa ada dalam link tu lagi ye?
1.Kesemua PSD file bagi template ini
2.Boleh gunakan sebebas-bebasnya untuk produk korang.
Apa yang tak boleh?
1.Tak boleh remove link kat dalam tu
2.Tak boleh jual semula ikut harga korang
3.Tak boleh letak link direct selain link ini untuk download
Sebelum tu..ada offer untuk korang… Read the rest of this entry »
Posted by reezluv | Posted in berita hot, grafik | Posted on 28-06-2010
Mesti semua teruja rasa nak download kan? Rilek dulu beb..hehe..template minisite percuma ni baru je aku siapkan tadi dan dalam proses upload segala filenya ke salah sebuah site untuk korang boleh menikmati hasilnya.Template ini memang boleh digunakan sama ada untuk korang punya sales page atau digunakan sebagai landing page untuk produk korang tu atau tempat korang nak kumpul email subscriber…
Kalau korang nak tengok mana rupa template tersebut, meh aku kasi screenshot kat sini ok..

Nanti dah siap upload dan telah diapprove.Aku akan kasi link downloadnya..Kalau tak approve pun aku akan kasi punya..jangan la risau ye..korang kena subscribe feed blog aku untuk ketahui maklumat tentang download ini atau senang cite, bookmark je..
Oh ye..sebelum terlupa..mulai hari ni, aku akan dengan murah hati akan menderma template-template minisite yang ada dalam pelbagai design untuk korang gunakan sesuka hati..tapi ada la restrictionnya nanti ok? So, follow the rules..kalau korang nak sebarkan linknya nanti pun boleh..tapi jangan sesuka hati nak ambil ye tanpa link kan dari link yang asal ye…nanti aku akan bagitau rulesnya..:D
Sila komen ye kalau ada yang berkenan…
p/s:Kalau korang nak dalam 5 warna berbeza, sila contact aku ye..RM30 untuk kesemua design tu termasuk psd file..:D
Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet, grafik | Posted on 18-06-2010
Wuih..panjang la baru best kan? Entri ni takde kena mengena dengan apa-apa yang panjang dalam bentul fizikal mahupun mental ataupun spiritual..hehe..cuma apa yang aku ingin ketengahkan kat sini adalah cara dan bagaimana korang meletakkan ayat untuk mempromosi sesuatu produk atau servis.

Korang mungkin salah seorang Internet Marketer atau seorang freelancer yang ingin advertise service korang..tak kira la korang terlibat dengan apa juga kerja-kerja freelance..sama ada bidang grafik design,web design,penulisan artikel dan banyak lagi la..apa yang penting adalah penyampaian..kalau mesej tersebut tak sampai kepada pihak yang berkaitan, maka gagallah..
Kenapa aku wujudkan entri ini, sebabnya adalah sesetengah produk owner tidak berapa tahu akan kepentingan susunan ayat dan juga apakah ayat yang sesuai diletakkan untuk produk mereka. Contohnya aku akan berikan satu jenis produk yang berbentuk digital seperti dibawah.
Nama Produk : Produk Melangsingkan Badan
Tajuk Besar : Rahsia Suri Rumah Menguruskan Badan Dengan Cara Paling Pantas!
Tajuk Kecil :Cara Paling Berkesan Melangsingkan Badan Dalam Masa 30 Hari!
Kalau korang dapat lihat pada pernyataan kat atas tu, cuba korang analisa apakah antara kelemahannya dalam penyampaian maklumat. Seringkali aku tengok tajuk yang begitu panjang dan ditambah pula dengan tajuk kecilnya..fuh..berpeluh membacanya..
Kenapa tak boleh panjang bang? Read the rest of this entry »