Siapa Saya? Bahagian II

2

Posted by reezluv | Posted in info, santai | Posted on 10-03-2010

Ok, kalau sebelum ni aku ceritakan siapa aku, so skang ni aku akan citekan plak sambungan dari episod satu tu…Sambungan tu ada kena mengena dengan akaun paypal kan. Sebenarnya aku bukan bukak akaun paypal sebaik sahaja aku dapat info dari malaysiapal dan juga moneyclicking tu, tapi aku just memantau dan baca blog-blog yang best serta penuh info.

Pada masa tu lah aku terjumpa dengan forum Wangcyber iaitu forum komuniti usahawan internet yang mana pada tahun 2006 aku dah register sebagai ahli dan berforum.Pada masa tu tak ramai yang ada di Wangcyber…yang mana semuanya dah jadi antara top pioneer usahawan internet di Malaysia ini.Dari situ aku mula kenal dengan dunia perniagaan internet. Pelbagai ebook dan macam-macam panduan aku download. Serentak dengan itu, aku pun join juga satu forum lagi iaitu Digitalpoint atau dikenali sebagai DP sahaja. Kat sana aku hanya melepak kat thread yang aku minat iaitu Graphic & Multimedia sahaja kerana kat situ la aku leh sembang lebih sikit..hehe..

So setahun lepas tu, aku dapat duit dengan titik peluh aku sendiri iaitu aku memenangi satu pertandingan reka logo di forum Wangcyber..fuh..masa tu lah duit grafik/online pertama aku pada masa tu. Aku usaha lagi dan simpan sikit duit..last sekali aku cadang nak buat akaun paypal…

Setelah membaca pelbagai ebook, dan juga sempat gak masa tu menyembang-nyembang ngan Catz kat Wangcyber masa tu..kalau korang nak tau, Catz ni la banyak guide aku..bape kali aku kena basuh ngan die sebab aku ni cam biasa ar..malas dan agak lampi..kekke..yang die tu dah tahap pro dewa-dewa dah..hahaha..walaupun die sentiasa low profile..tapi sebenarnya die amatlah otai..jangan silap..die ni pompuan tau…pompuan ganaih aku panggil..(catz,jangan marah na….hehe..)

Kejadian aku nak create akaun paypal ni satu lagi cerita..masa tu heboh dengan Debit Kad Ambank yang mana boleh dibeli di 7E je masa tu dan masa tu memang tengah hot juga pasal Public Bank Debit kad..disebabkan nak cepat, aku pun pegi la Ambank dekat umah aku tu nak register amek debit kad tu..die tanya, nak guna debit kad ni untuk apa? Shopping ke?Aku cakap takde la..nak verify akaun Paypal….die agak tercengang..apa tu?So aku pun macam pegawai bank, terangkan la serba sedikit apa yang aku tau masa tu..confirm die tak paham…hahahahdisebabkan masa tu aku agak takde duit..sengkek la katakan..feesnya pun murah dan cepat katanya..so aku pun try la amek..sekali masalah melanda..jenuh la aku tunggu pin dari Ambank tak dapat2..aku antar email pun tak berbalas..nak kol? dah la sengkek..nak kol plak..adoi..haha..so aku let it go je le..kasi burn..

Seterusnya aku teruskan lagi langkah cari duit dan juga peluang kat Wangcyber tu..Alhamdulillah, dapat juga beberapa job di WC tu yang boleh menampung sikit bajet aku nak amek debit kad lagi satu iaitu PB debit kad atau Public Bank nama penuhnya..waktu rehat kat kolej aku gunakan sepenuhnya untuk aku datang kat kaunter tu dan tanya nak buat debit kad..then dia kasi borang dan mintak aku IC nak fotostat katanya..sekali die nak scan IC aku takleh detect..bape kali amoi tu padam ngan pemadam..die kata memang camtu..IC kita ni memang low quality cipnya…katanya, ada yang baru buat, terus pegi bank..sama juga, takleh detect..kenapa ye IC Malaysia tak buat kualitinya sama macam kredit kad atau ATM kad tu ek? Sampai skang aku tak paham…

So solutionnya aku kena kasi salinan surat beranak…aiseh..so esoknya aku datang la bawak salinan tersebut dan aku diberikan kad debit yang rupa ni ha..

Lepas tu dengan sepantas kilat aku cakap aku nak apply online akaun yang mana aku leh access statment aku secara online..tujuannya sebab aku nak dptkan expuse number tu dengan cepat. Read the rest of this entry »

Siapa Saya? Bahagian 1

2

Posted by reezluv | Posted in info, santai | Posted on 09-03-2010

Arini aku terasa nak bercerita sedikit kat entry kali ni yang agak personal. Bagi sesape yang tak kenal aku ni sape, aku akan revealkan kat sini dan mana rentetan peristiwa aku terjebak ke dunia online business ni dan kenapa aku pilih bidang ni yang bagi sesetengah orang tu amat blur dan tak tahu sangat apa dia dan juga yang takde ilmu tentang bidang yang aku ceburi ni. So jom sama-sama baca cerita bahagian satu ini dengan tenang..hehe..

Read the rest of this entry »

Tips Memilih Kamera, Apa Yang Anda Harus Tahu?

2

Posted by reezluv | Posted in info | Posted on 27-01-2010

Pemilihan kamera merupakan salah satu perkara yang memeningkan kebanyakan yang baru nak mula dalam bidang fotografi ini. Tak kira la korang baru nak mula sebagai hobi atau nak jadikan terus sebagai kerjaya. Tapi korang harus juga ingat iaitu pemahaman mengenai teknologi kamera juga perlu di samping pemahaman dalam bidang fotografi ini juga penting jika korang nak lakukannya sebagai kerjaya.Entry kali ini adalah berikutan daripada post yang dibuat oleh sebuah blog fotografi yang amat bermanfaat bagi korang yang nak tahu lebih lagi tentang dunia fotoragfi ni iaitu Fototeacher

Mai kita lihat apa dia yang sampai membuatkan aku rasa nak menulis post tentang fotografi plak kali ni (tebiat ke apa orang tua ni ye?ehe..)

Saya ada terpandang iklan yang mana seorang pemilik kamera DSLR ingin menjual kamera yang baru dibeli sebulan yang lalu. Katanya dia ingin menukar ke model yang lebih canggih kerana kamera yang dibeli tidak memuaskan. Ada dua persoalan yang bermain dalam kepala saya ketika membaca iklan tersebut:

Kenapa sebelum beli tak periksa betul-betul keperluan dan ciri-ciri kamera tersebut?
Apa kurangnya kamera DSLR yang telah dimiliki?

Berikutan daripada post yang dibuat oleh Fototeacher ini aku nak berikan sedikit sebanyak tips yang tak seberapa ni untuk korang fahamkan sebelum korang nak beli apa-apa jenis kamera digital pun, terutamanya DSLR. Ya.itu bagi yang dah beli..tapi camne plak yang tak pernah langsung membeli? Jom kita tengok Read the rest of this entry »

Bagaimana Nak Buat Blog?

2

Posted by reezluv | Posted in blogger, info | Posted on 22-12-2009

Blog sebenarnya makin digilai oleh rakyat Malaysia. Kalau dulu takde sape pun tau ape ke bendanya blog tu. Tapi sekarang ni ramai sungguh yang kenal dan tahu apa dia blog tu. Website dengan blog sebenarnya dua benda yang berbeza. Kalau korang rasa blog tu tempat untuk meluahkan perasaan korang atau seperti diari..korang betul kalau korang berada 10 tahun dahulu. Tapi sekarang orang buat blog bukan sekadar untuk meluahkan perasaan. Ada yang menggunakannya sebagai platform perniagaan atau peribadi dan sebagainya.

Kalau korang tengok contoh design-design blog yang aku tunjukkan kat bawah ni mesti korang rasa seperti website bukan? Padahal, kesemuanya adalah digelar blog. Zaman dah berubah, dunia dah maju. Platform paling popular yang korang boleh dapat buat blog secara percuma adalah blogspot. Banyak lagi platform seperti Wordpress.org, Wordpress.com, Typad dan sebagainya. Dari segi untuk jangka masa panjang, paling digalakkan adalah mempunyai blog yang self hosted serta mempunyai nama domain yang tersendiri.

Kenapa menggunakan nama domain tersendiri dan menggunakan self hosted? Bukankah kosnya mahal? Read the rest of this entry »

Domain Name Baru Lagi!

3

Posted by reezluv | Posted in berita hot, info | Posted on 13-12-2009

Baru saja jap tadi aku beli lagi satu domain name untuk web service aku yang rasmi tak lama lagi. Aku rancang nak beli dalam tahun 2010 sebenarnya. Tapi takpe la, sebab takut abis plak orang beli..tak ke naya, ye tak?hehe..apa pun nama domain nya aku rahsiakan dulu, tunggu siap dulu product cover untuk web service aku ni..masih terbayang-bayang lagi scheme colour yang aku nak gunakan… Read the rest of this entry »

Portfolio Updated!

0

Posted by reezluv | Posted in info | Posted on 09-12-2009

Kali ni aku nak update portfolio aku yang tak seberapa ni kat korang dan korang boleh lihat sendiri lah kan apa yang telah aku design kali ni.Ok, produk kali ni pula adalah satu produk dari Myhannan.com yang mana merupakan satu web yang menghidangkan korang dengan satu produk yang ada kena mengena dengan korang yang sudah ada anak..yang takde lagi tu..usaha lagi lah ye..tapi yang dah kawen je la kan..hehe..

Myhannan.com telah menempah satu minisite design dan juga satu logo design untuk company beliau yang mana harga untuk kedua-dua service tersebut telah saya perincikan di Service.

Ok, untuk melihat minisite tersebut korang bolehlah klik pada image dibawah. Read the rest of this entry »

Cara Membeli Barang Murah Di Internet

2

Posted by reezluv | Posted in blogger, info | Posted on 24-11-2009

Asal sebut je barang murah mesti koran tertarik bukan? Entry kali ni aku nak kasi kat korang sedikit tips untuk membeli diinternet dengan harga diskaun. Boleh ke? Ramai yang ragu-ragu lagi sebenarnya nak membeli diinternet ni. Tambah-tambah lagi menggunakan kredit kad, tak selamat la, apa la..tapi skang ni dah ada debit kad dan juga Paypal..apa nak susah?

Sebenarnya tak susah nak dapatkan diskaun untuk membeli diinternet. Sebagai contoh kalau korang nak membeli domain name diinternet dengan harga yang berpatutan atau murah. Aku dah banyak kali membeli domain name dari Namecheap dan aku suka sangat beli kat luar sebabnya murah dan senang nak dapat diskaun..walau sikit diskaunnya..tapi kalau convert duit Malaysia dah berapa ye? Read the rest of this entry »

Pangkor Best Ke?

0

Posted by reezluv | Posted in blogger, info | Posted on 06-11-2009

Rasanya itu lah kot pertanyaan korang kat aku pasal aku baru lepas balik dari Pangkor kan..haha..apa pun aku pegi sana bukan bercuti..tapi jadi urus setia..so kena la buat keje. Memang bosan dan juga letih, tapi apa nak buat, dah jadi tugas, kena la buat ye tak? Kalau tak apa guna bayar gaji tiap2 bulan..tak berkat wo gaji kalau mengular je kejenya..hahha

Apa pun bagi korang yang tak pernah pegi ke Pangkor tu aku syorkan pegi la.tapi skang ni musim ujan..so agak tak best la nak pegi..hehe..aku pegi aritu, nasib baik first day aku dapat shoot sunset..malam tu baru ujan lebat dengan hebatnya..haha..dan malam keduanya pun hujan..ingat nak shoot lagi..tapi nak wat camne..ujan plak..bagi yang biasa bawak barang banyak kalau nak travel tu..aku suggest kalau korang pegi sini, kalau takde beg beroda tu, jangan le bawak..sebabnya aku takde beg beroda tu..sekali lenguh gile beb tangan nak bawak beg dari jeti nak ke tempat teksinya..huhu..

Aku naik aritu, pegi balik kos naik feri cuma RM10.00 je..pegi balik tu..tak mahal la..feri pun ada air cond ngan tv sekali..tak mengecewakan la..cuma yang tak best time orang ramai..sesak siot..dengan orang kursus lah..apa lah..huhu.

Hotel yang aku menginap tu adalah Coral Bay Resort yang mana sebelum ni aku penah tanya kat blog pasal hotel ni dan ada yang kata tak best..bagi aku, aku kasi 80 markah la dari 100 peratus..dari segi layanan, aku rasa memang best dan makanannya pun not bad..cuma air condnya la yang sejuk gile ah..dah la tak boleh nak adjust sendiri..yang lain layanannya memang baik dan kalau nak pegi untuk vacation pun ok la bagi aku. Read the rest of this entry »

Blog Widget by LinkWithin
Copy Protected by WP-CopyProtect Thanks to Chetan.

Dont want to go to the cinema? Watch Movies Online.