Siapa Saya? Bahagian III

5

Posted by reezluv | Posted in info, santai | Posted on 11-03-2010

Kali ni dah masuk episod 3 dah..rasanya ini lah yang penghabisan..aku akan ceritakan sampai habis kat entry yang ni..tapi taktau la kot aku penat sangat kang..aku sambung ar lagi..hehehhe..

Ok,lepas je aku dapat duit dan survive dengan kerja-kerja freelance dan juga mencari pelbagai jenis job diinternet sehingga semurah USD20 dan semahal USD200, memacam yang aku dapat tempuhi dan kenali..rupanya ramai jenis manusia kat dunia ni…paling aku tak dapat lupakan salah satu client dari UK ni..suruh adjustkan logonya je..kasi nampak web 2.0, masa tu memang aku ngah gile web 2.0 pun..so aku adjust ar kaler ngan kasi shining sikit…so deal adalah USD20 untuk logo tersebut..kendian ada sedikit adjustment lagi yang perlu dibuat iaitu kaler kasi tukar, dan ada sedikit perubahan tentang kedudukan iconnya..Aku buat dan aku pun submit  balik dan dia amat puas hati dengan hasil kerja aku…esoknya aku tengok, dia masukkan lagi USD20..aku tanya la dia, kenapa? Katanya dia dah susahkan aku..so dia hadiahkan USD20 tu kat aku sebagai bayaran revision…aku ucapkan terima kasih dan itu rasanya kenangan paling manis walau tak banyak..

Pada masa tu jugak aku ada keluarkan satu ebook yang ringkas..tentang Panduan Daftar Paypal yang mana skang ni dah beribu orang yang download ebook tu..aku wat simple jek…tak sangka plak dah beribu orang yang downloadnya….masa tu aku pakai satu domain yang panjang iaitu Reezluvdesign.com namanya. Dulu serius memang aku pening gile nak pilih nama domain..setelah pening kepala, aku decide nak wat niche graphic design…so aku pun buat la tutorial design photoshop di blog aku..pada mulanya aku buat screenshot..sebab leceh sangat prosesnya..aku tukarkan kepada bentuk video..senang sikit..upload kat Youtube..then letak je..setel..kalau korang tengok kat page tutorial tu, tu la antara tutorial yang aku pernah berikan dahulu..memang tak banyak..sebab domain aku tu tak lama…al kisahnya aku eksiden, dan kalau korang nak tau, dulu aku ulang-alik ke cc je sampaikan aku penah dapat satu job dari sorang IM terkenal ni, kena nasihat dari dia..nak buat online business ni kena la ada internet access kat rumah, kalau tak susah la..memang banyak revision dia tu membuatkan aku selalu ulang alik ke cc..tapi aku tak kisah sangat..sabar aje la aku masa tu..ok, berbalik kisah aku eksiden tu, kaki aku retak dan aku kena duk umah selama 3 bulan..so aku decide untuk extend sem aku kat kolej tu satu sem…3 bulan la aku duk umah dan berulang alik hospital… Read the rest of this entry »

Siapa Saya? Bahagian II

4

Posted by reezluv | Posted in info, santai | Posted on 10-03-2010

Ok, kalau sebelum ni aku ceritakan siapa aku, so skang ni aku akan citekan plak sambungan dari episod satu tu…Sambungan tu ada kena mengena dengan akaun paypal kan. Sebenarnya aku bukan bukak akaun paypal sebaik sahaja aku dapat info dari malaysiapal dan juga moneyclicking tu, tapi aku just memantau dan baca blog-blog yang best serta penuh info.

Pada masa tu lah aku terjumpa dengan forum Wangcyber iaitu forum komuniti usahawan internet yang mana pada tahun 2006 aku dah register sebagai ahli dan berforum.Pada masa tu tak ramai yang ada di Wangcyber…yang mana semuanya dah jadi antara top pioneer usahawan internet di Malaysia ini.Dari situ aku mula kenal dengan dunia perniagaan internet. Pelbagai ebook dan macam-macam panduan aku download. Serentak dengan itu, aku pun join juga satu forum lagi iaitu Digitalpoint atau dikenali sebagai DP sahaja. Kat sana aku hanya melepak kat thread yang aku minat iaitu Graphic & Multimedia sahaja kerana kat situ la aku leh sembang lebih sikit..hehe..

So setahun lepas tu, aku dapat duit dengan titik peluh aku sendiri iaitu aku memenangi satu pertandingan reka logo di forum Wangcyber..fuh..masa tu lah duit grafik/online pertama aku pada masa tu. Aku usaha lagi dan simpan sikit duit..last sekali aku cadang nak buat akaun paypal…

Setelah membaca pelbagai ebook, dan juga sempat gak masa tu menyembang-nyembang ngan Catz kat Wangcyber masa tu..kalau korang nak tau, Catz ni la banyak guide aku..bape kali aku kena basuh ngan die sebab aku ni cam biasa ar..malas dan agak lampi..kekke..yang die tu dah tahap pro dewa-dewa dah..hahaha..walaupun die sentiasa low profile..tapi sebenarnya die amatlah otai..jangan silap..die ni pompuan tau…pompuan ganaih aku panggil..(catz,jangan marah na….hehe..)

Kejadian aku nak create akaun paypal ni satu lagi cerita..masa tu heboh dengan Debit Kad Ambank yang mana boleh dibeli di 7E je masa tu dan masa tu memang tengah hot juga pasal Public Bank Debit kad..disebabkan nak cepat, aku pun pegi la Ambank dekat umah aku tu nak register amek debit kad tu..die tanya, nak guna debit kad ni untuk apa? Shopping ke?Aku cakap takde la..nak verify akaun Paypal….die agak tercengang..apa tu?So aku pun macam pegawai bank, terangkan la serba sedikit apa yang aku tau masa tu..confirm die tak paham…hahahahdisebabkan masa tu aku agak takde duit..sengkek la katakan..feesnya pun murah dan cepat katanya..so aku pun try la amek..sekali masalah melanda..jenuh la aku tunggu pin dari Ambank tak dapat2..aku antar email pun tak berbalas..nak kol? dah la sengkek..nak kol plak..adoi..haha..so aku let it go je le..kasi burn..

Seterusnya aku teruskan lagi langkah cari duit dan juga peluang kat Wangcyber tu..Alhamdulillah, dapat juga beberapa job di WC tu yang boleh menampung sikit bajet aku nak amek debit kad lagi satu iaitu PB debit kad atau Public Bank nama penuhnya..waktu rehat kat kolej aku gunakan sepenuhnya untuk aku datang kat kaunter tu dan tanya nak buat debit kad..then dia kasi borang dan mintak aku IC nak fotostat katanya..sekali die nak scan IC aku takleh detect..bape kali amoi tu padam ngan pemadam..die kata memang camtu..IC kita ni memang low quality cipnya…katanya, ada yang baru buat, terus pegi bank..sama juga, takleh detect..kenapa ye IC Malaysia tak buat kualitinya sama macam kredit kad atau ATM kad tu ek? Sampai skang aku tak paham…

So solutionnya aku kena kasi salinan surat beranak…aiseh..so esoknya aku datang la bawak salinan tersebut dan aku diberikan kad debit yang rupa ni ha..

Lepas tu dengan sepantas kilat aku cakap aku nak apply online akaun yang mana aku leh access statment aku secara online..tujuannya sebab aku nak dptkan expuse number tu dengan cepat. Read the rest of this entry »

Siapa Saya? Bahagian 1

2

Posted by reezluv | Posted in info, santai | Posted on 09-03-2010

Arini aku terasa nak bercerita sedikit kat entry kali ni yang agak personal. Bagi sesape yang tak kenal aku ni sape, aku akan revealkan kat sini dan mana rentetan peristiwa aku terjebak ke dunia online business ni dan kenapa aku pilih bidang ni yang bagi sesetengah orang tu amat blur dan tak tahu sangat apa dia dan juga yang takde ilmu tentang bidang yang aku ceburi ni. So jom sama-sama baca cerita bahagian satu ini dengan tenang..hehe..

Read the rest of this entry »

Minat Vs Impian

1

Posted by reezluv | Posted in blogger, santai | Posted on 10-01-2010

Korang sure ada minat kan dan juga impian korang memasing kan. Tadi aku baru je jenguk kat WC ada satu thread yang terpanggil untuk aku tulis kat situ tentang minat dan juga impian aku selain apa yang aku buat skang ni. Aku bukannya IM pun dan juga bukan juga designer.Aku hanya freelance designer dan bukan certisfied designer tau dari Lim Kok Wing ke atau dari memane design arts company ke. Tapi memang impian aku ada kena mengena gak ar dengan design-design ni. Disebabkan aku tak mampu nak ke arah tu, tapi nak wat camne kan. Mungkin rezeki aku kat sini dan apa yang aku buat selama ni mungkin nak ke arah tu walaupun jauh..haha..

Ada dua impian dan minat aku yang mana satu aku dah separuh berjaya dan lagi satu belum sikit pun tercapai. Pe dia ye? Read the rest of this entry »

Blog Widget by LinkWithin
Copy Protected by WP-CopyProtect Thanks to Chetan.

Dont want to go to the cinema? Watch Movies Online.