PERHATIAN:Tutorial di Reezluv.com Dimulakan!

2

Posted by reezluv | Posted in tutorial | Posted on 24-06-2009

PERHATIAN:Tutorial di Reezluv.com Dimulakan!

Memang korang bertuah la kali ini sebab aku bermurah hati nak kasi kat korang free tutorial mulai hari ini dan seterusnya..tapi bukan hari-hari la aku dapat buatkan..tutorial yang aku bakal buatkan hanya tertumpu kepada interface website atau mungkin sedikit ada kena mengena dengan website. Photo touch up memang aku takkan letak tutorial tersebut di sini sebab aku pun bukannya expert bab-bab photo editing.

Cuma antara tutorial yang bakal aku buat nanti adalah seperti berikut:

1.Cara Buat Banner Website

2.Cara Buat Header Website

3.Cara Buat Ecover Design

4.Cara Buat Full Web Layout

Dan banyak lagi yang aku tak pasti lagi apa dia yang ada dalam benak fikiran aku neh.Mula-mula aku nak buat dalam bentuk video, tapi bile dipikirkan balik, mungkin aku akan buat dalam bentuk pdf rasanya, atau pun korang boleh baca setiap post sahaja..

So nantikan tutorial pertama aku selepas post ini, ngah siap-siapkan baju untuk berangkat esok pagi ke KL, dengar cite ada lawatan ke Aswara..hehe..bleh la shoot banyak..ngeh2..

Tempat Terbaik Photoshop Tutorials

7

Posted by reezluv | Posted in grafik, tutorial | Posted on 16-06-2009

Photobucket

Software Photoshop sememangnya sudah familiar bagi korang bukan?Tapi dari mana korang belajar tutorial yang menarik untuk korang training?Adakah melalui kelas-kelas graphic design yang korang belajar sekarang atau main belasah je sampai korang terer?Tahukah korang yang diinternet, banyak sungguh tutorial yang dapat korang belajar dari beginner level sampai la ke pro level. Cara korang belajar tu terpulang la kan sama ada nak yang free atau yang berbayar.

Kali ni aku kongsikan dengan korang antara laman web yang boleh korang lawat dan rasanya kebanyakan dari laman ini mungkin korang sudah biasa dengannya bukan?

1.Psdtuts

-Ok, tempat pertama bagi photoshop tutorials adalah Psdtuts. Aku jumpa blog ni dari mereka mula-mula menubuhkan web yang best ini sampai la sekarang.Tetapi bagi mereka yang masih di tahap beginner, mungkin agak sukar nak ikut tutorial yang boleh dikatakan di tahap advance yang mana mungkin agak kabur dengan beberapa teknik yang kekadang mereka skip dan juga memerlukan proses trial and error. Agak mengambil masa juga nak ikut satu-satu tutorial yang diberikan sampai lupa step-step yang korang ikut dari mula.

2.Good-Tutorials

-web Good-Tutorials merupakan blog yang mengumpulkan pelbagai link web tutorial dari tahap beginner sampai la ke tahap advance yang korang boleh pilih tahap kecekapan dan juga kategori yang korang inginkan.Contohnya sama ada korang nak pilih text effect,photo manipulation dan sebagainya.Explore dan alami sendiri, memang korang akan puas hati.

3.Pixel2life

-web Pixel2life agak lama juga aku tak jenguk sebab terlampau banyak sangat tutorial dalam bidang multimedia di dalamnya.Sama seperti Good Tutorials.Ada banyak tutorial yang korang boleh boleh explore dan terpulang pada korang nak pilih yang mana satu.

4.Tutorial9

-Web ni dulu aku nmpak tak berapa menyerlah, so memang agak kurang la aku lawat masa tu. Tapi ada juga banyak tutorial berguna yang aku dapat belajar dari web tersebut.Kalau korang tak caya, try ushar sendiri dan alami sendiri..:P

5.Abduzeedo

-merupakan salah seorang peberet aku dalam bidang graphic design.Web beliau yang menawarkan pelbagai info menarik tentang dunia graphic design dan juga tips-tips pro dalam designing memang membuatkan korang akan terliur bila tgk antara tutorial yang mamat ni tunjukkan kat korang..

Itu saja rasanya aku nak letak kat sini antara Top 5 Terbaik Laman Photoshop Tutorials dari beginner level sampai la ke advance level.Kalau korang ada lain-lain web yang lagi baik dari ini, sila kongsikan bersama, semoga kita dapat banyak manfaat daripadanya.Dulu aku pun ada buat web tutorial seperti ini.Memang banyakla traffic datang..kebanyakkannya datang dari Indonesia..hehe..kalau korang ada buat, silakan..aku lebih senang buat video dari buat screeshot satu-satu..letih wo…

Related Posts with Thumbnails