Gambar Raya 2009

0

Posted by reezluv | Posted in berita hot, santai | Posted on 26-09-2009

Aha..raya dah abis..yey! Dah boleh pening kepala balik mengadap keje..hua2..bagi korang yang keje jadi blogger sepenuh masa tu mesti tak tensen punya..sebab duit tgk depan mata je duit masuk kan?hehe..tapi Isnin ni start la secara rasminya aku masuk keje balik..bak kata orang muda..”Malasnyanya nak keje bila dah lama cuti..hehe..” Betul ke apa pepatah yang aku reka sendiri tu. Harini dan esok secara automatik merupakan hari santai dan rehat aku dari segala aktiviti luar..tapi kang kena gak aku keluar, nak setelkan bil telefon.

Walaupun aritu Celcom buat hal yang tak sepatutnya depa buat..dah la takde sms mintak maaf pun kepada customer ..em..hampeh je kan? Rasanya bagi pengguna Celcom broadband pun sama agaknya. Tapi aku yang layan streamyx ni laju cam F1 je plak connectionnya..kang abih cuti, tgk la..lembab cam biasa le..

Ok1..dah panjang sangat aku merepek meraban ni, skang ni aku nak kongsikan gambar-gambar raya yang sempat aku snap masa kat kampung aritu..start raya pertama sampai la raya ke 3 tak silap aku le..lupa dah raya ke bape aku snap abih..hihi..apa pun, jom kita ushar..

gambar aku

gambar aku

Yang first sekali mesti la gambar aku ye tak?Ha..kalau korang nak tau ini la first time aku pakai sepasang camni masa raya..hahaa..mesti ada yang kata..merepek la ko ni..takkan la tak penah..memang tak penah pun..selama ni aku pakai baju melayu ngan kain pelikat je..

kubur arwah abah aku

kubur arwah abah aku

Ini plak adalah gambar pusara abah aku yang korang sendiri boleh ushar bila tarikhnya..Ini la first time tebiat aku plak gi bawak DSLR ke kubur dan memang masa tu orang ingat aku ni wartawan mana tah amek gambar kat kawasan kubur..sebut pasal melawat kubur ni, teringat aku masa hadir ke tazkirah ramadhan kat opis aku tu. Ustaz tu cakap, kenapa time raya je, tanah perkuburan mesti jem..ramai sangat orang hidup yang datang..benda ni dah jadi budaya dah..kot sebenarnya dalam agama Islam takde plak kena ziarah kubur masa raya..time hari biasa takde plak sesape yang nak pegi beramai-ramai ye tak? Mungkin time raya je sanak-saudara semua ada cuti dan baru ada masa nak pegi ramai-ramai memeriahkan tanah perkuburan yang sunyi sepi tu.

jalan raya malam

jalan raya malam

Gambar kat atas ni plak adalah masa kitaorang semua nak bertandang ke rumah makcik aku yang satu lagi tu dekat ngan umah opah aku..memang selalu kami buat gini time raya..aku pun taktau pasal apa..kalau dulu ada makan-makan special, tu pasal la kami pegi ramai-ramai..tapi raya aritu takde apa pun yang spesel pun..just ada nasik ngan lauk je..itu pun depa bedal..time raya..makan je 24 jam..hahha..tapi bukan aku..hihih

bergambar dengan sepupu

bergambar dengan sepupu

Semua girls yang korang tengok tu adalah sepupu aku..sebenarnya ada lagi sepupu aku yang lagi dewasa dari depa semua ni..semua masih belajar lagi..haha..aku cam dah taraf pakcik depa je..depa panggil aku ‘Yop’..haha..mana boleh tuan punya camera takde gambar ye tak?Sepupu aku yang lain ada, tapi takde gambar yang bergambar dengan aku,so malas rasanya aku nak upload kat sini..

mak,aku dan radzuan

mak,aku dan radzuan

Gambar ni aku kategorikan nak tumpang glemer..hahaha..kot korang orang pompuan mesti kenal sapa mamat yang kat tepi tengah tuh kan? Sapa dia?Aku sebenarnya tak bape kenal sangat kat die ni..dari pembacaan aku kat majalah-majalah orang pompuan..die ni salah sorang designer terkenal kat Malaysia ni..designer ape?Rekaan fesyen...siap dah dapat award lagi tu..dengar die sembang..fuh..masyuk2..takat baju 3-4 ribu sehelai tu bagi die normal dah..takde le rancak sangat nyembang ngan dia pasal aku takde topic nak cakap ngan die, cuma pakcik aku yang kt DBKL tu yang rajin menyembang ngan die pasal baju..pasal bini die pun jahit baju..die dah offer dah nak bukak kan kedai untuk makcik aku tu..makcik aku kata tak pandai nak berbisnes..rugi2…hehe..

family opah

family opah

Ini plak adalah gambar family belah opah aku..biasanya yang balik yang ni je la.ada anak-anak opah aku yang lain, cuma masa ni depa tak ikut la gi beraya..sebab kt umah belakang tu le ada wat makan-makan tengah hari sampaikan stokin aku terkena la plak air asam ikan bakar tu..cis..nasib baik le ikan bakar tu sedap..haha.Sebenarnya banyak lagi gambar yang aku snap time raya tu, tapi aku tak nak ar letakkan semuanya kat sini..banyak sangat..sampai ratus-ratus plak nanti..nak banyak korang boleh tengok kat Facebook, Myspace atau Friendster aku.aku dah upload semuanya kat situ..tak la semua..tapi lagi banyak la dari yang ada ni ha..

All photo snap by reezluv.com with D90 kit gear

Blog Widget by LinkWithin
Share and Enjoy:
  • Digg
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Ping.fm
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Yahoo! Buzz
  • del.icio.us

Related posts:

  1. 5 Kenangan Masa Raya Puasa
  2. FREE! Kad Raya Digital Dari Reezluv
  3. Ucapan Selamat Hari Raya & FREE USD1
  4. PC Fair 2009 Di Ipoh, Apa yang aku sambar?
  5. MB Kasi Kad Raya Weh!

Comments are closed.

Copy Protected by WP-CopyProtect Thanks to Chetan.

Dont want to go to the cinema? Watch Movies Online.