Merancang 2010

6

Posted by reezluv | Posted in berita hot, blogger | Posted on 11-12-2009

Reezluv.com

Reezluv.com

Tahun 2009 rasanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk dilabuhkan. Takde lagi dah dalam kalendar tahun 2009..semuanya bermula dengan dua angka nanti menunjukkan kita semakin dekat dengan tahun 2020 yang mana disasarkan negara kita akan menjadi sebuah negara maju katanya. Itu kata Tun Mahathir, tapi apa plak kata kita?

So, apa planning korang ye untuk tahun 2010? Planning aku?hahaaha..aku planning nak mendirikan mesjid pada tahun 2010 nanti, tapi taktau ar bila tarikhnya tu..mungkin hujung tahun atau mungkin awal tahun 2011 agaknya..itu pun bergantung kepada jodoh ye tak?haha..mana tau kot lagi cepat ke kan?Itu kiranya perancangan, jadi ke tak..itu kerja Tuhan..tak dapat la kita nak menentukan..

Untuk blog Reezluv.com ini, tahun 2010 merupakan tahun dimana aku akan jarang rasanya update blog ini, tapi tetap ada..mungkin seminggu 3 kali je, kalau aku rasa nak tulis, aku akan tulis kat sini selagi ada pembaca yang sudi..walau aku tau daily visitor blog ni tak la sehebat cam Rohaizad.com atau blog Topo yang rasanya lebih 1000 unique visitor dalam sehari..biarlah, asal aku ada jiwa lagi bagi seorang blogger. Kalau koran nak tau, dalam hujung-hujung tahun ni plak sibuknya aku sebabnya banyak plak order dari client..tambah plak ada satu customer yang agak besar hendak menempah..

Terkujat seketika aku ketika aku reply email dan tahu sapa dia yang telefon aku masa tu..No matter who he is..he is one of our respective client..(haha, betui ke idak aku tulih tu..haha..).So disebabkan banyak lagi aku akan berurusan dengan beliau, maka buat masa ini aku tutup dulu order untuk menumpukan kepada client yang sorang ni..nak buat banyak?Tak terlarat la aku sebab lepas design nak kena review balik dari client..itu yang buat lambat..

coveraction pro

coveraction pro

Selain itu juga, pada tahun 2010 ini aku berhajat nak kembangkan lagi business ecover design aku ni ke luar plak. Hajat aku adalah untuk beli CoverAction Pro dari Mark Monciardini. Memang pada mulanya aku serba salah sama ada nak beli Speedlight SB-600 atau amek produk tu..so setelah aku pikir panjang dan untuk masa depan business aku gak, aku pilih untuk beli produk dari Mark juga. 2010 nanti la baru beli..hehehe..masa tu baru la aku boleh demand sikit price kat sana dengan price yang aku tawarkan tu..ye tak?hehe..so secara tak langsung leh ar aku cover balik modal aku dan kumpul duit untuk beli 50mm,SB600, Battery Pack, dan juga Wide Lense….lepas tu plak menyimpan untuk personal life aku plak..tentang hajat aku nak ambil iMac tu mungkin tertangguh kot sebabnya aku mungkin akan upgrade laptop aku ni ke laptop yang baru specnya sebab dah tua sangat dah ni untuk wat kerja-kerja design yang heavy..

Juga pada tahun 2010 nanti aku akan create satu laman servis khas dan page Service ni akan aku tutup sebab berpindah ke laman baru berkenaan. Harga akan dibezakan.Malaysian akan dapat harga Malaysian dan bila dah keluar tu..lain la harganya nanti..tapi jangan risau, masih reasonable lagi..aku taknak le membebankan mereka yang nak create produk baru dan tekan plak mereka kan? So untuk laman berkenaan kemungkinan besar aku akan masuk studio dan letakkan gambar aku pada site berkenaan supaya jelas kelihatan nanti..ala-ala mat saleh-mat saleh tu..haha..masa tu kena la mekap hensem-hensem..hahahaha..Kemungkinan besar juga aku akan mengambil partner nanti untuk kerja-kerja design aku jika terlalu busy. So sape partnernya? Nanti aku advertise kat blog aku bila tiba masanya…secara tak langsung total profit bagi designer berkenaan sebab bila aku kasi je kat die..itu duit dia..dan aku tak ambil sikit pun komisen..so memang untung la kan?Kalau ada 10 keje design yang berharga USD250 pada masa tu mcm mana? buta-buta je dia dapat USD2500 kan? Maknanya who come first..Berapa ramai? Itu tunggu site tersebut siap, dan aku akan outsource kan juga design web berkenaan kepada designer Malaya sahaja….minat aku dengan kerja-kerja Mentari Works…mungkin depa kot yang menjadi pilihan..hehe

Blog Widget by LinkWithin
Share and Enjoy:
  • Digg
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Ping.fm
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Yahoo! Buzz
  • del.icio.us

Related posts:

  1. 2010 Menanti Penuh Harapan
  2. Salam Tahun Baru 2010
  3. Esok ke Pangkor
  4. Alhamdulillah, Target Dah Lepas
  5. Reezluv.com Akan Berubah Wajah Ke?

Comments (6)

Semoga berjaya. Tahun 2010, sy nk memantapkan ilmu blogging, memandangkan sy belum lg cukup 1 thn blogging.

semoga berjaya juga!

Uiks, bagus nih, dah plan untuk 2010. =)

Tenkiu Reezluv untuk links tu, heh

hehe Bat..ko dah baca post aku kan?rasanya bape rate tu?hhiihi..contact aku kat contact form leh?

Pasal rate tu, tak boleh bagi kata putus lagi, sebab tak tau apa yang nak dibuat, huhu..Tapi boleh bincang, takda masalah, InsyaAllah.

Guna ja emel aku ni, hehe..

hehe…sebab mungkin 2 page je termasuk page order jek..:P, so kiranya ada form la..designnya aku akan sediakan nanti..cuma tu ar..logonya rasanya aku nak outsource kan..tengok ar camne nanti 2010..:D, ok..nanti pe2 hal aku akan roger Mentariworks..:D

Copy Protected by WP-CopyProtect Thanks to Chetan.

Dont want to go to the cinema? Watch Movies Online.