Posted by reezluv | Posted in info | Posted on 06-07-2009
Salam pada korang semua. Sorry la sebab dua tiga hari ini aku jaran update post sebab kesibukan yang amat sangat. Sibuk dengan kerja harian dan juga sibuk dengan kerja-kerja lain serta macam-macam yang mendatang yang membuatkan aku hampir tak de masa nak update blog ni dan berikan info-info yang berguna untuk korang.
Untuk pengetahuan semua, pada hujung minggu lepas aku balik kampung, setelah agak lama juga la aku tak balik.ada la lebih kurang 4 bulan..mesti korang ingat…ala..tak la lama sangat..tapi bagi aku, tempoh tu cukup lama aku tak jenguk kampung..masa dulu aku duk kat kampung tu la..banyak yang dah berubah selama 4 bulan tu je. Takde dah awek-awek yang ala-ala pompuan melayu terakhir..semuanya dah dicemari unsur-unsur air karat yang tah dari mana datangnya dan seterusnya menjadi warna yang konon stylo kat rambut depa tu. Yang laki plak duk bawak moto laju-laju sana sini sambil menonjolkan kehebatan masing-masing bawak moto tanpa helmet..hehe.
Misi aku balik kampung sebenarnya nak tangkap gambar kat sawah padi..ha..jangan taktau..kat kampung aku kat Parit pun ada tau sawah padi..hehe..tapi aku sempat kutip durian jek, tak sempat nak gi shoot kat sawah padi masa tu..hari plak mendung-mendung jek dan memang best kat kampung..tido takyah pakai kipas pun..sejuk siot…hahaha..di samping tu juga aku gi kenduri kat umah mak mentua pakcik aku kat Ayer Tawar, tapi malam tu aku tak pegi makan pun..duk umah die jek..sebab? Aku dah tak boleh makan malam-malam dalam kuantiti yang banyak…ye le.kang gi kenduri, orang suh makan..tak ke haru dibuatnya..lauk plak sedap2..tak hengat dunia la nanti..sdar2 kang ada kat sepital plak.
Keje kat opis memang menimbun sampai aku tak lunch la tgh hari tadi. Nak wat camne, keje urgent kena setelkan.Redha aje le. Nampaknya tak siap lagi la produk aku yang duk aku rancang nak buat tu..baru siap Chapter 1 iaitu pengenalan je.so pada korang yang duk tunggu tu..sabar la..memang pasti aku akan cari masa satu hari..ye la, sapa tak nak duit kan nanti..hehe..pada korang yang nak affiliate tu, tunggu..aku akan buat affiliate gak untuk produk ni dan juga JV..ehem-ehem..JV..diulangi..JV..secara automatik korang akan dapat produk ni FREE je..tapi ada la syaratnya nanti..mana bleh kasi camtu je kan?
So korang pe plak perancangan jangka panjang korang untuk meneruskan internet business ini?
Related posts:








































patutla lambat masuk entry..rupenye bro balik kampung..ingatkan bro cuti..huhu..tak per bro..pelan-pelan kayuh…
wah meja jadi bersepah macam tu tuu.. huhu saya pun ada masalah sama dengan bro. kadang-kadang tu sebuk sesangat. Nampak gaya kena ubah schedule lag ni.