Perkara Penting Bagi Blog Untuk Menjana Income

5

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet, blogger | Posted on 24-02-2010

Jika sebelum ni aku ada menulis tentang blog tidak sesuai untuk menjana income sampingan, kali ni aku nak buat satu post untuk para blogger sekalian, yang mana aku akan kongsikan kat korang apakah antara perkara penting pada blog yang perlu ada untuk korang menjana income dengan blog ni.

Pada asasnya aku akan anggap korang sudah pun memiliki blog, terutamanya blog yang self hosted. Apa plak blog self hosted tu? Bermaksud blog sama ada dot com atau dot net atau apa sahaja la.Sebab kesemua perkara yang akan aku sebutkan ini tiada gunanya untuk blog blogspot.

Kalau korang minat sangat nak dapatkan income blogging seperti yang aku dapat selama ni dan kalau korang pembaca setia blog aku, cuba ikut tips-tips yang aku berikan kat bawah ni dan bandingkan dengan blog-blog yang telah anda bina selama ni..adakah sama atau tidak. Read the rest of this entry »

Blog Tidak Sesuai Untuk Menjana Income Sampingan?

6

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet, blogger | Posted on 23-02-2010

Adakah blog memainkan peranan penting dalam memasarkan sesuatu produk? Jawapannya ada pada korang sendiri. Tak percaya? Blog sebenarnya mempunyai tempoh matangnya yang tersendiri yang mana korang kena la bersabar sebelum tempoh matang tersebut. Ini yang akan menguji seseorang blogger tersebut. Adakah beliau merupakan blogger sebenar atau hanya buat blog sebab orang lain buat blog. So adakah korang juga orang macam tu?

Ada banyak cara nak dapatkan income dari blog, salah satunya adalah menjadi ejen bagi sesebuah website untuk menjual produk atau service yang ditawarkan oleh sesebuah website itu. Biasanya komisen sebanyak RM10 dan ke atas akan diperoleh hasil dari kejayaan seseorang blogger itu memasarkan produk atau service berkenaan.

Cuba korang lihat screenshot yang aku letakkan kat bawah ni. Ini merupakan sales yang aku dapat melalui referral dari blog aku sahaja, yang mana ada 3 pembelian disitu yang mendatangkan sales. Itu baru 3, kalau dapat 10 sales dalam sebulan? Senang-senang je korang dapat RM250 sebulan macam tu jek. Cuba kalau korang ada blog niche yang mendapat komisen sebanyak USD75 bagi satu sales…jika ada 10 sales dalam sebulan tu, korang dah boleh dapat USD750 hanya dengan setting blog, dan update kannya aje.

Seperti sifu aku cakap, income hasil affiliate ni sebenarnya side income blog jek, so tak payah nak letak banyak2..concentrate kan satu atau dua jek..itu lebih baik dari letak banyak2 banner affiliate, dan tiada sales pun dari banner-banner tersebut. Tak gitu?

Elemen Asas Dalam Sesebuah Website

3

Posted by reezluv | Posted in grafik, web | Posted on 23-02-2010

Ramai rasanya yang nak membuat sesuatu website. Tak kira la korang ada pelajaran formal dalam bidang web design ataupun belajar from Uncle Google sekali pun. Memang tak ramai yang memanfaatkan ilmu web design yang mereka ada sebab ada di antara mereka malas dan sudah tentu perkara yang paling ditakuti adalah..’coding’.Memang ada anak-anak muda sekarang suka copy dan paste sahaja, tambah-tambah dalam assignment kan? Kalau korang nak tau, memang kalau ada assignment web design, kalau korang copy paste jek..memang teramat la rugi nya..

Perkara paling basic sekali nak mempelajari ilmu web design adalah mengetahui bahasa pengaturcaraan yang paling mudah iaitu HTML(Hypertext Markup Language) yang mana sesape yang belajar web design pun mesti tau apa dia HTML tu..korang mesti lah tau code kan kesemua basic code dalam notepad tanpa menggunakan sebarang software WYSIWYG seperti Dreamweaver dan sebagainya. Ini disebabkan korang tak tau dan tak akan nampak sendiri kalau korang tak hafal kesemuanya sekali…bukan susah pun..dan tak banyak sangat..itu pun kalau korang minat la dengan bisnes web design yang mana ramai dah berjaya wat duit freelance keje web design ni..sesenang je dapat USD500 untuk satu job tu. So sape taknak kan?

So hari ni mari sama-sama kita belajar, apakah elemen asas dalam web design yang perlu ada pada sesebuah web. Read the rest of this entry »

Bagaimana Nak Jadi Blogger Yang Hensem?

8

Posted by reezluv | Posted in blogger | Posted on 20-02-2010

Seorang blogger biasanya kurang dikenali oleh ramai orang kecuali die meletakkan mukanya di header blognya atau pun mungkin dia taknak dikenali, hanya meletakkan gambar avatarnya di forum-forum yang dia selalu posting..Baru hari tu aku tengok berita TV3 pasal kes Anwar Ibrahim iaitu Kes Liwat tu, baru la aku tau ada plak persatuan blogger..erm..rasanya itu untuk blogger politik je kot. Biar je la depa hidup dengan blog politik depa..asal tak kacau aku sudah..Yang pentingnya aku masih mampu tersenyum tengok kat akaun paypal aku walaupun masa aku demam..hehe.

Apa yang aku heran lagi adalah, bila blogger diberi tempat khas di mahkamah pada masa tu..aku taktau la kot aku dapat masuk ye tak? Mesti rasanya kena register persatuan blogger kot.tapi bagi blogger yang senyap macam kami ni kena ke berpersatuan ke? Tah la..bagi aku tak best sangat pun ada persatuan ni..bukan nak menyuarakan apa-apa pun dan takde plak rasa tak puas hati dengan memane blogger pun..sebab blogging for profit adalah lain berbanding blogging politician di mana kami tak kisah pun apa blogger lain nak buat asalkan tak kacau periuk nasi orang. Tak gitu?

Ok cukup la aku membebel pasal blogger ni semua dan tajuk entry kali ni pun cam dah tersimpang jauh plak dari apa aku cakap kat atas tadi tu kan? Ok, camne nak jadi blogger yang ensem? Cuba korang tengok antara kriteria yang aku berikan kat bawah ni. Ada salah satu, sahlah korang memang seorang blogger yang hensem! Read the rest of this entry »

Rezeki Blogging Ketika Demam

5

Posted by reezluv | Posted in blogger | Posted on 18-02-2010

Harini aku MC dan yang paling best badan dah segar sikit dah dari malam tadi yang aku rasa cam duduk dalam boiler jek panasnya bukan main. Sesaje je aku letak lagi 3 blog aku untuk dapatkan duit dari blogging. Pastu makan ubat dan membuta tido la apa lagi kan. Orang sakit kena la tido.hehe..

Kalau korang tengok screenshot kat bawah tu, aku dapat harini setelah lama gak la aku menyepi ngan income blogging aku tu..erm..tak sangka, salah satu blog PR0 aku pun berjaya menambat hati advertiser untuk mengiklan. Tengah tunggu lagi 2 atau 3 lagi advertiser jika depa berminat. Itu yang best kalau ada blog dot com ni, nak buat duit cukup senang sampaikan aku demam, tengok je duit kat paypal masuk, hehehe..tersenyum sesorang aku plak..:D

Walau pun tak banyak, aku tak kisah sangat. Itu pun kerja senang je, update blog, dan tetibe je ada plak advertiser datang nak mengiklan..kan ke best? Kerja yang aku rasa santai dan cool. So apa lagi? Jom ar buat duit dari blog? Cara pertama adalah memiliki blog dot com sendiri..malas dan rasa sayang sangat ngan duit tu untuk keluarkan, lupa kan je la ok? Nak duit, kena kuarkan duit..itu baru betul

Kalau korang taktau macam mana nak buat tu, korang boleh tengok panduan yang diberikan kat bawah ni..senang sangat

Sshh..dengar cite bro Titan dah dapat ribuan dollar hanya dengan berblogging je. Tak caya? Cuba tengok kat sini

Siapa yang patut berblogging sebenarnya?

2

Posted by adrenal | Posted in blogger | Posted on 17-02-2010

Selamat sejahtera.

Sejak akhir-akhir ini, kita sering mendengar di media massa berkenaan kecaman terhadap blogger-blogger di Malaysia yang dikatakan terlalu bebas bersuara sehingga ada di kalangan blogger sanggup menghina Institusi Beraja di negara ini (antara isu yang hangat diperkatakan ketika ini) dan beberapa lagi isu besar yang berlaku di negara ini yang tidak ingin saya sebutkan di sini.

Saya tidak berminat untuk menyentuh isu-isu tersebut dengan lebih mendalam.Apa yang saya ingin kupas pada artikel kali ini adalah mengenai siapa yang sepatutnya berblogging (Ya, siapa pun boleh berblogging asalkan mempunyai minat, pandai menggunakan komputer dan mempunyai sambungan internet!) dan siapa yang seharusnya tidak terlibat dalam dunia blogging demi untuk menjaga nama baik blogger-blogger lain yang tidak terlibat dalam mencetuskan sebarang provokasi di negara ini.

Baiklah, untuk memahami persoalan yang telah saya bangkitkan pada awal artikel ini, eloklah kita kembali kepada persoalan asas iaitu berkenaan fungsi dan tujuan sebenar blogging.

Blogging wujud apabila masyarakat semakin sedar akan kepentingan mereka menyuarakan pendapat mereka di samping berfungsi sebagai media alternatif untuk mendapatkan berita dan maklumat.Kini masyarakat tidak lagi perlu bergantung kepada media massa seperti televisyen dan akhbar semata-mata untuk mendapatkan berita dan maklumat terkini.

Namun, seperti juga teknologi yang lain, blogging juga boleh disalahgunakan oleh individu-individu yang tidak mempunyai rasa tanggungjawab semasa menyuarakan pandangan peribadi mereka yang keterlaluan di blog mereka.Mereka menulis dengan sewenang-wenangnya tanpa mempedulikan perasaan dan sensitiviti masyarakat sekitar.

Jadi di sini saya ingin bertanya satu soalan kepada anda.

Apakah tujuan sebenarnya anda berblogging? Read the rest of this entry »

Blogging Memang Luar Biasa, Tak Tipu

5

Posted by reezluv | Posted in blogger | Posted on 13-02-2010

Ya..gitu la..blogging memang best sebenarnya dan aku tak tipu..sebab seronoknya adalah dapat duit le kan..haha..apa lagi..kali ni aku nak show off hasil blogging dan juga ada satu perkara luar biasa berlaku haritu yang aku sendiri tak sangka sebenarnya walau dah jadi kali kedua termasuk kali ni. Membuatkan aku beli lagi satu domain name dan juga setting satu database baru kat domain aku dan aku create la subdomain untuk English blog lagi. Apa pun memang best bile tengok screenshot yang kat bawah ni. Aku dapat job dari Linkworth yang mana aku nyaris-nyaris tak dapat job ni disebabkan Linkworth antar email kat email paypal aku..nasib baik la aku gi check tengok dan siap ada reminder lagi untuk job kat Linkworth terus je aku gi tengok dan sekali job tu lumayan gak..keje pun senang jek..Dengan sepantas kambing aku pun amek job tu dan buat apa yang die nak..setel..

Dah tu plak bila check email ada lagi plak yang berminat nak mengiklan kat blog aku tu..ai..bestnya..nasib baik gak aku tak delete email tu. Nasib baik aku baca. Sebab selalu sangat aku delete email-email yang tak sepatutnya kat inbox aku tu. So memang terkejut gak ar bile tengok apa yang diemailkan kat aku.

Memang best kan? So aku dah reply email dia dan sedang menunggu je die wat preparation.Em..nak tau bape?haha..rahsia beb..so sape kata blog dot com tak best?Kalau tak caya, cuba tengok lagi screenshot yang aku letak kat bawah ni. Ada la sikit income blogging aku yang aku dapat setakat ini..jadi la kan. Memang best blog ada PR ni..leh wat memacam, kekadang perkara yang tak disangka pun jadi..

Google Buzz Atau Twitter Pilihan Anda?

7

Posted by reezluv | Posted in berita hot, blogger, teknologi | Posted on 11-02-2010

YouTube Preview Image

Bagi sesape yang ada akaun gmail tu tentu tahu tentang kewujudan Google Buzz ni. Ada icon pelik dan menarik di bawah link Inbox korang tu kan? Ha..itu la Google Buzz..apabila aku amati tadi, rupanya ala-ala Twitter gitu..siap leh link kan Flickr akaun dan link ngan Twitter akaun gak.Em..nak sembang cam Facebook pun boleh..tak caya? Cuba tengok screenshot kat bawah ni..korang leh komen, add picture dan memacam lagi..memang best la kan?

So memang la sempoi dan best sekali menggunakan Google Buzz ni di samping salah satu cara lagi untuk mendapatkan traffic dengan akaun gmail anda sahaja. Mudah dan simple je. Video di atas tu ada ditunjukkan tentang penggunaan Google Buzz. Jangan ketinggalan untuk mendapatkan akaun Google atau Gmail anda. Tinggalkan Yahoo cepat..hahaa..

Sememangnya aku dah serik ngan Google yang agak lembab bagi aku. Taktau la sebab apa ramai lagi yang duk syok pakai Yahoo Mail..ada la sebabnya kot kan?

Ada sesape yang dah try Google Buzz ni dan apa plak komen korang tentang tools terbaru dari Google ni dan apakah kesan jangka panjang dan kesan jangka pendeknya ye?

Blog Widget by LinkWithin
Copy Protected by WP-CopyProtect Thanks to Chetan.

Dont want to go to the cinema? Watch Movies Online.