Posted by reezluv | Posted in blogger | Posted on 22-08-2010
Hidup seorang blogger ni ada kalanya best dan adakalanya memang hidup seorang blogger kena la pegi ke dunia luar yang lebih berbentuk realiti, apa blogging ni bukan realiti ke? Ada yang kata jadi blogger ni mengarut je dan tak dapat sumber pendapatan tetap. Yes..pendapatan memang tak tetap. Apa beza ye dengan golongan berpendapatan tetap ngan tak tetap ni?

Golongan berpendapatan tetap ni, korang sendiri sudah maklum, tiap-tiap bulan, gi je kat ATM tu..confirm ada duit gaji akan masuk kan? Tapi bagi seorang blogger plak lain ceritanya..mungkin bulan ini dia dapat sekita r USD700 dan mungkin bulan depan sekitar USD2000?
Cuba korang tengok apa yang membezakan golongan makan gaji dengan blogger ni?Ha..paling ketara adalah gajinya..rate gajinya dalam USD..kes ni tak termasuk bagi mereka yang dapat income dari blogging local atau bukan niche..ada gak golongan blogger di negara Malaysia yang mendapat income hasil dari Nuffnang atau Advertlets atau juga pengiklanan di blog mereka yang mendapat hits atau rating yang tinggi di Malaysia.
Tapi bagi mereka yang niche blogging? Skopnya lebih luas..kerana mereka mampu menggoda advetiser-advertiser dari luar sana yang sudah menyediakan modal sehingga jutaan DOLLAR hanya untuk mengiklankan produk mereka di laman anda..
Jadi hidup seorang blogger yang mana lebih digemari? Adakah blogger niche atau pun blogger yang hanya femes di kalangan blogger tempatan sahaja?
Posted by reezluv | Posted in grafik, info | Posted on 20-08-2010
Walaupun hari raya lambat lagi tapi tentu ramai yang mencari kad raya digital untuk dikirimkan kepada sanak saudara,sahabat handai, atau sesiapa sahaja yang diinginkan.Di sini pihak reezluv.com berbesar hati untuk memberikan secara percuma Kad Raya Digital untuk anda.

Kad Raya ini didatangkan dalam format PNG dan juga diberikan sekali PSD filenya kepada yang mendownload.Jangan risau.takde caj tersembunyi. Klik je pada gambar untuk mendapatkan file tersebut. Kad raya percuma ini mungkin ada edisi yang lain nanti.
Diharapkan supaya tidak membuang laman url web saya itu sebagai watermark bagi design tersebut.Harap maklum
Posted by reezluv | Posted in blogger | Posted on 19-08-2010
Pada post 12 Julai yang lalu aku ada sebut tentang kisah adsense ku yang dah sekian lama, baru la bergerak dengan lajunya..kan? Masa tu earning memang dah cukup USD100 untuk cash out kan. Tapi saje je aku nak test tengok sebulan adakah boleh maintain? Tarikh hari ni adalah 19 Ogos 2010 yang mana dah lebih sebulan rasanya..lihat pula adsense earning aku kat bawah ni, walaupun tak kencang..tapi..jadi la kan..:D

Takde teknik rahsia apa pun yang aku buat. Semuanya memang datang dari search engine sendiri. Nak kata aku ni terer pilih keyword pun taklah, mungkin rezeki kot
Nampaknya lepas ni aku kena betul-betul buat research sebelum pilih domain yang berkualiti untuk dapat income sampingan macam ni. Untuk pengetahuan korang gak, earning ni baru je lagi, kiranya baru masuk sebulan la.
Hasil ni pun dari satu blog je yang membuatkan ianya menjadi. Hari-hari setiap kali aku check mesti ada klik, Itu yang membuatkan aku seronok tengok.hehe..Memang faktor traffic menjadi faktor utama. Kalau traffic tinggi, memang confirm akan dapat earning dari adsense tu secara tak langsung. Kecuali lah untuk blog berbahasa Melayu, memang kalau adsense..sape letak tu memang alamatnya lambat la…
So ini mungkin rezeki raya kot..:D Duit ni aku tak gunakan untuk beli barang..ada perkara lain yang aku kena buat untuk dapatkan sekurang-kurangnya USd300 sebulan pulak..Insyaallah..kalau dapat maintain USD300 + USD100 sebulan, sudah bersamaan USd400. USD400 tu lak setelah diconvert dengan tukaran mata wang yang terkini adalah RM1253 sahaja. Jadi la kan income untuk sebulan paling minima? Amacam? Seronok kan niche blog? Itu belum lagi kira dari advertising di blog-blog niche aku yang lain
Fikirlah sendiri, niche blog lagi penting ke?
Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet | Posted on 18-08-2010
Kuasa pengiklanan memang mampu membuat siapa pun tertewas..dari budak kecik umur 5 tahun sampai la bapak budak yang dah berumur 50 tahun sekalipun.Mana taknya..kalau korang ada anak berusia 5 tahun contohnya..ada kadang-kadang tu apabila pegi shopping..ada je toys atau barang-barang yang sudah ada dalam mindanya itu..

Ada kalanya teknik gila ini memberi kesan yang amat mendalam dan mampu diingati sampai bila-bila.Tak payah pegi jauh la, cuba korang imagine tentang iklan Digi..apa yang korang akan terbayang? Dah tentu makhluk kuning tu kan? Pada mulanya ramai yang mengutuk dan mengejek makluk berkenaan. Tapi kelamaan, anda sendiri terpengaruh dan mula kenal. Jika terpandang sahaja perkara berwarna kuning, dah tentu ingat pada Digi.. (ini bukan iklan Digi ye…)
Jadi janganlah anggap sesuatu yang gila itu tidak berkesan di dalam pengiklanan. Ada masanya kita kena bertindak gila supaya memori yang dipantulkan ke otak kita itu dapat memberi kesan kepada otak pengguna.Bukan senang untuk menghasilkan suatu iklan yang mampu diingati oleh target market mereka.Contohnya adalah seperti iklan Tak Nak Merokok di bawah ni…(mungkin orang yang kuat merokok leh tengok..






p/s:Adakah hidup seorang blogger juga memerlukan pengiklanan?Jawapannya sudah tentu ya!