Posted by reezluv | Posted in photography | Posted on 01-10-2009
Gatal sungguh aku hari ini nak tulih blog, kata taknak update..kan dah terupdate blog ni…apa da..
Nokia D300s..eh..silap la plak aku..hahaa..sebenarnya Nikon D300s..merupakan model baru yang wat ramai rasa nak sambar..betui ka?Aku tengok harga pun kelip-kelip mata aku..leh dapat motor sebijik weh..
Kalau korang dah penah guna D300s ni tahniah la..Apa yang aku tahu adalah D300s ni boleh katakan adik sebapa la ngan D300 ni..dan sedatuk la iaitu Nikon..apa lagi ye tak? Macam yang korang leh tengok video kat bawah ni apa dia cakap pasal D300..selalunya pro photographer yang selalu pakai model ni..tak caya try la tanya mana-mana pro..mesti sokong punya la..lagipun tak rugi ambil..big investment..comes more money!

Apa yang membezakan D300 ngan D300s ni ye? Read the rest of this entry »
Korang tunggu post aku ke yang seterusnya..erm..buat pengetahuan korang pada bulan Oktober nanti aku akan jadi super busy..sebabnya aku akan terlibat dengan pelbagai aktiviti di unit jabatan aku nanti dan juga projek produk baru yang bakal aku lancarkan paling lewat pada bulan November itu pun kalau segalanya berjalan dengan lancar..kalau tak, tangguh lagi sikit masa la nampaknya.
Setakat ni baru 10% sahaja projek ini siap dan masih dalam tempoh merangkak lagi..tempahan masih lagi diterima, tetapi jika saya tidak dapat memenuhi permintaan order, aku akan beritahu dalam masa terdekat. Cuma setakat ini yang telah confirmkan order cuma 2 orang setakat ini. Seorang telah bayar deposit dan aku akan berikan dalam masa terdekat ini disebabkan pada hujung minggu ni aku ke Sungai Petani iaitu di Cinta Sayang…Ahad petang baru aku balik dan aku balik dari Sungai Petani tu nanti, kena prepare untuk urus setia kursus pada 6-8 Oktober pula di Trolak..
Lepas Isyak tadi aku dah berbincang dengan rakan JV aku dimana setelah 50% produk aku tu siap aku akan roger beliau untuk langkah seterusnya dan kami akan membincangkan strategi untuk memantapkan sales masing-masing.Hehe..dengan sape aku JV tu Read the rest of this entry »

Sape kenal sape tu Clickbank? Angkat tangan ramai-ramai cepat….hahaha..salah, salah dan salah…Clickbank tu bukan nama orang la..Clickbank tu nama website le..pe ke benda la korang neh…bukan pasal apa..nak mendapatkan komisen dari Clickbank ni merupakan salah satu cara lagi korang leh dapat cek riban-riban sebulan sesenang je kalau korang tau teknik yang best…
Tak payah korang beli ebook sampai ratus-ratus, tapi apa pun tarak..tapi kali ni bro Mawardee nak bagi percuma je siot..biar betik!..haha..biar betik atau jus betik?Memang betui…tak tipu punya beb..berani makan sate 10 cucuk…bro Mawardee ni dedahkan kat korang antara 10 Rahsia yang selama ni korang taktau nak menjana wang dengan Clickbank..bukan idea lapuk, tapi teknik terkini..berapa bro Mawardee ni bagi? hahaha..mesti hadiah Hari Raya bukan? FREE..diulangi..FREE atau dalam bahasa kantonisnya..PERCUMA>>>>Klik kalau korang nak download..
Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet | Posted on 28-09-2009

Ada sesape tokey tanah atau mana-mana broker hartanah yang minat nak beli tanah online?Mungkin korang kata aku ni gila ke apa, nak jual tanah online..mana datang la plak tanah kat dunia online..nama pun online ye tak? wayar tu boleh kira la jugak..nak kalau kira tanah pakai hector..kalau kira wayar nak kira ikut kilometrico kilometer ke ape?
Sebenarnya bukan aku nak kongsikan pasal jual beli tanah yang korang leh tengok banyak sekali tanah untuk dilelong atau dijual kat memane website atau paper yang ada secara offline tu. Tapi kat sini aku bercakap tentang laman web milik korang yang amat profitable untuk dijual. Read the rest of this entry »