Siapa yang patut berblogging sebenarnya?

2

Posted by adrenal | Posted in blogger | Posted on 17-02-2010

Selamat sejahtera.

Sejak akhir-akhir ini, kita sering mendengar di media massa berkenaan kecaman terhadap blogger-blogger di Malaysia yang dikatakan terlalu bebas bersuara sehingga ada di kalangan blogger sanggup menghina Institusi Beraja di negara ini (antara isu yang hangat diperkatakan ketika ini) dan beberapa lagi isu besar yang berlaku di negara ini yang tidak ingin saya sebutkan di sini.

Saya tidak berminat untuk menyentuh isu-isu tersebut dengan lebih mendalam.Apa yang saya ingin kupas pada artikel kali ini adalah mengenai siapa yang sepatutnya berblogging (Ya, siapa pun boleh berblogging asalkan mempunyai minat, pandai menggunakan komputer dan mempunyai sambungan internet!) dan siapa yang seharusnya tidak terlibat dalam dunia blogging demi untuk menjaga nama baik blogger-blogger lain yang tidak terlibat dalam mencetuskan sebarang provokasi di negara ini.

Baiklah, untuk memahami persoalan yang telah saya bangkitkan pada awal artikel ini, eloklah kita kembali kepada persoalan asas iaitu berkenaan fungsi dan tujuan sebenar blogging.

Blogging wujud apabila masyarakat semakin sedar akan kepentingan mereka menyuarakan pendapat mereka di samping berfungsi sebagai media alternatif untuk mendapatkan berita dan maklumat.Kini masyarakat tidak lagi perlu bergantung kepada media massa seperti televisyen dan akhbar semata-mata untuk mendapatkan berita dan maklumat terkini.

Namun, seperti juga teknologi yang lain, blogging juga boleh disalahgunakan oleh individu-individu yang tidak mempunyai rasa tanggungjawab semasa menyuarakan pandangan peribadi mereka yang keterlaluan di blog mereka.Mereka menulis dengan sewenang-wenangnya tanpa mempedulikan perasaan dan sensitiviti masyarakat sekitar.

Jadi di sini saya ingin bertanya satu soalan kepada anda.

Apakah tujuan sebenarnya anda berblogging? Read the rest of this entry »

Blogging Memang Luar Biasa, Tak Tipu

5

Posted by reezluv | Posted in blogger | Posted on 13-02-2010

Ya..gitu la..blogging memang best sebenarnya dan aku tak tipu..sebab seronoknya adalah dapat duit le kan..haha..apa lagi..kali ni aku nak show off hasil blogging dan juga ada satu perkara luar biasa berlaku haritu yang aku sendiri tak sangka sebenarnya walau dah jadi kali kedua termasuk kali ni. Membuatkan aku beli lagi satu domain name dan juga setting satu database baru kat domain aku dan aku create la subdomain untuk English blog lagi. Apa pun memang best bile tengok screenshot yang kat bawah ni. Aku dapat job dari Linkworth yang mana aku nyaris-nyaris tak dapat job ni disebabkan Linkworth antar email kat email paypal aku..nasib baik la aku gi check tengok dan siap ada reminder lagi untuk job kat Linkworth terus je aku gi tengok dan sekali job tu lumayan gak..keje pun senang jek..Dengan sepantas kambing aku pun amek job tu dan buat apa yang die nak..setel..

Dah tu plak bila check email ada lagi plak yang berminat nak mengiklan kat blog aku tu..ai..bestnya..nasib baik gak aku tak delete email tu. Nasib baik aku baca. Sebab selalu sangat aku delete email-email yang tak sepatutnya kat inbox aku tu. So memang terkejut gak ar bile tengok apa yang diemailkan kat aku.

Memang best kan? So aku dah reply email dia dan sedang menunggu je die wat preparation.Em..nak tau bape?haha..rahsia beb..so sape kata blog dot com tak best?Kalau tak caya, cuba tengok lagi screenshot yang aku letak kat bawah ni. Ada la sikit income blogging aku yang aku dapat setakat ini..jadi la kan. Memang best blog ada PR ni..leh wat memacam, kekadang perkara yang tak disangka pun jadi..

Google Buzz Atau Twitter Pilihan Anda?

7

Posted by reezluv | Posted in berita hot, blogger, teknologi | Posted on 11-02-2010

YouTube Preview Image

Bagi sesape yang ada akaun gmail tu tentu tahu tentang kewujudan Google Buzz ni. Ada icon pelik dan menarik di bawah link Inbox korang tu kan? Ha..itu la Google Buzz..apabila aku amati tadi, rupanya ala-ala Twitter gitu..siap leh link kan Flickr akaun dan link ngan Twitter akaun gak.Em..nak sembang cam Facebook pun boleh..tak caya? Cuba tengok screenshot kat bawah ni..korang leh komen, add picture dan memacam lagi..memang best la kan?

So memang la sempoi dan best sekali menggunakan Google Buzz ni di samping salah satu cara lagi untuk mendapatkan traffic dengan akaun gmail anda sahaja. Mudah dan simple je. Video di atas tu ada ditunjukkan tentang penggunaan Google Buzz. Jangan ketinggalan untuk mendapatkan akaun Google atau Gmail anda. Tinggalkan Yahoo cepat..hahaa..

Sememangnya aku dah serik ngan Google yang agak lembab bagi aku. Taktau la sebab apa ramai lagi yang duk syok pakai Yahoo Mail..ada la sebabnya kot kan?

Ada sesape yang dah try Google Buzz ni dan apa plak komen korang tentang tools terbaru dari Google ni dan apakah kesan jangka panjang dan kesan jangka pendeknya ye?

So, Apa Cite?

0

Posted by reezluv | Posted in berita hot, blogger | Posted on 10-02-2010

Mesti ramai yang duk tunggu post aku ni..ye ke pun?haha..so apa cite?Ha..itu lah yang selalu ramai kengkawan aku duk tanya bila dah lama tak jumpa atau bersembang. Dengan selamber je aku jawab..mana ada cite apa-apa..camni je la..kot nk tengok cite, kena tengok tv atau tgk wayang la kan?hehe..ok, kat sini aku nak citekan sikit perkembangan aku beberapa hari kebelakangan ni..actually bukan beberapa hari..tapi beberapa minggu kot sebab dah lama rasanya aku tak tulih pasal aku kat blog ni kan?

Pertama sekali tentang Rahsia Duit Grafik yang terpaksa aku tangguhkan dulu pelancarannya walau salesletter dah pun disiapkan. Ada masalah sikit dan sedikit pengaturan strategi akan berlaku kat situ. Insyaallah dalam minggu ni gak aku akan cuba usahakan untuk online kan beliau. Web Malayacovers.com pun belum lagi disiapkan. Macam-macam perkara aku kena buat sebenarnya. Sempat plak aku haritu pegi ke JB untuk wat photoshoot ngan kekawan girl aku sekali..hehe..3 hari 2 malam gak ar aku kat sana dan sempat la pekena nasi ayam penyet kat depan masjid Kg Melayu. Sorry Ijad, sebab memang jadual aku pack gile kat sana..siap kena balik Batu Pahat plak, kampung die sebab makciknya sakit kuat. So aku ikut la sekali..nak gak tengok Batu Pahat camne..sempat gak la aku tengok UTHM..hehe..

Korang leh tengok koleksi gambar kat Facebook aku atau korang leh tengok la beberapa gambar yang aku sempat letak kat sini untuk tatapan korang ye…..



Read the rest of this entry »

Blog Widget by LinkWithin
Copy Protected by WP-CopyProtect Thanks to Chetan.

Dont want to go to the cinema? Watch Movies Online.