Blogwalking Adalah Kepercayaan Karut Blogger,Misterinya…

2

Posted by reezluv | Posted in blogger | Posted on 26-06-2010

Pernahkah korang dengar apa itu blogwalking? Kot yang baru kenal blog ni mesti tak tau dan ada gak kot yang tak tau, tapi buat-buat tau? Blogwalking ni dari segi terjemahan pun korang dah tau apa dia..Lebih kurang macam ni la..korang ada blog, dan korang melawat blog-blog kawan-kawan korang atau sama niche ngan korang untuk komen di blog mereka.

Aktiviti ni merupakan satu aktiviti sihat dikalangan blogger. Apa yang tak sihat adalah…korang sure tak keluar peluh!Hahaha..Walau korang buat Blogrunning sekalipun!Hahaha..kelakar plak aku tengok perkataan tu.Blogrunning..hehe

Kelebihan blogwalking ini adalah…anda mampu menghasilkan backlink untuk web anda secara natural.Tapi segalanya anda buat adalah 100% manual.Untuk menghasilkan blogwalking yang baik, anda haruslah juga membaca kandungan blog tersebut sebelum start comment di blog itu. Juga comment yang korang hasilkan tu, jangan la pendek sangat dan terlalu nampak mudah nak kena reject..

Jangan juga korang letak link banyak-banyak kat ruangan komen tu semata-mata malas nak letak link-link korang yang lain tu..Ish..itu malas sangat namanya..

Adakah korang salah sorang blogwalker?

Best Sangat Ke Contact Form Di Blog?

10

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet, blogger | Posted on 19-06-2010

Contact Form atau borang untuk dihubungi seringkali dipandang remeh..ada yang suka meletakkan alamat email mereka atau hanya meletakkan no telefon mereka sahaja kat blog tu..Ha..sememangnya tak salah korang wat cenggitu..tapi…kalau nak selamat…lebih baik jangan la wat cenggitu..

Kalau korang biasa ‘blog walking’ blog-blog blogger luar negara tu,korang akan dapati akan ada juga ruangan contact kan?

Kenapa depa tak letak je no telefon atau email je..tak ke senang? Read the rest of this entry »

Jangan Panjang Sangat Bang…

2

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet, grafik | Posted on 18-06-2010

Wuih..panjang la baru best kan? Entri ni takde kena mengena dengan apa-apa yang panjang dalam bentul fizikal mahupun mental ataupun spiritual..hehe..cuma apa yang aku ingin ketengahkan kat sini adalah cara dan bagaimana korang meletakkan ayat untuk mempromosi sesuatu produk atau servis.

Korang mungkin salah seorang Internet Marketer atau seorang freelancer yang ingin advertise service korang..tak kira la korang terlibat dengan apa juga kerja-kerja freelance..sama ada bidang grafik design,web design,penulisan artikel dan banyak lagi la..apa yang penting adalah penyampaian..kalau mesej tersebut tak sampai kepada pihak yang berkaitan, maka gagallah..

Kenapa aku wujudkan entri ini, sebabnya adalah sesetengah produk owner tidak berapa tahu akan kepentingan susunan ayat dan juga apakah ayat yang sesuai diletakkan untuk produk mereka. Contohnya aku akan berikan satu jenis produk yang berbentuk digital seperti dibawah.

Nama Produk : Produk Melangsingkan Badan

Tajuk Besar : Rahsia Suri Rumah Menguruskan Badan Dengan Cara Paling Pantas!

Tajuk Kecil :Cara Paling Berkesan Melangsingkan Badan Dalam Masa 30 Hari!

Kalau korang dapat lihat pada pernyataan kat atas tu, cuba korang analisa apakah antara kelemahannya dalam penyampaian maklumat. Seringkali aku tengok tajuk yang begitu panjang dan ditambah pula dengan tajuk kecilnya..fuh..berpeluh membacanya..

Kenapa tak boleh panjang bang? Read the rest of this entry »

Terima Kasih & Jumpa Lagi Kawan-Kawan

4

Posted by reezluv | Posted in berita hot | Posted on 14-06-2010

Pada 13hb Jun yang lepas maka selesai lah sudah majlis Konvokesyen bagi pelajar-pelajar KLMU dan juga Cosmopoint seluruh Malaysia yang mana majlisnya dibuat di Dewan Merdeka, PWTC..hehe..merasa la aku pegi sana walau tak amek anugerah berprestij macam Academy Awards tu.hehe

Sekarang ni aku sudah mempunyai Diploma in Multimedia Application yang mana kalau tengok CGPA tu memang agak best lagi dari konvokesyen yang sebelum ini. Aku sebenarnya malas nak pegi majlis konvo ni, tapi sebab rakan-rakan semua ada ada dan mereka seperti mengharap..so aku pun turut serta gak walau macam-macam insiden berlaku.

Berikut aku senaraikan apa yang aku tak berapa berkenan dan puas hati dengan management pada majlis konvokesyen tersebut :

1.Untuk majlis rehearsal, tiada sesiapa pun atau tanda arah yang menunjukkan di mana dewan berkenaan. So bagi sesiapa yang first time datang..memang akan melilau mencari dewan yang mana satu untuk dimasuki.

2.Graduan kena berdiri di dalam dewan disediakan sambil menunggu VIP (yang biasanya akan datang lambat gile..).Kami masuk dewan lebih kurang jam 7.30 pagi dan VIP datang pada pukul 10.00 pagi..bayangkan kami memacak dengan perut kosong sambil memakai jubah Hogwarts..:P

3.Dewan terlalu sesak sampaikan nak jalan pun dah macam masuk pasar borong..(kenapa tak buat 2,3 hari?? )

4.Pemulangan jubah amat tidak professional. Urusan pemulangan jubah seramai 1600 orang graduan dilakukan di ruangan yang amat sempit dan beratur dan pack macam masuk konsert Rihanna..sesak nafas dibuatnya..maka kes pergaduhan memang tak dapat dielakkan…semua panas..walaupun tempat ada air cond…

Apa pun yang berlaku, semuanya dah selesai dan aku masih rasa penat lagi sehinggalah sekarang..Korang bleh tengok banyak lagi gambar2 di FB aku dan sila add kalau nak tengok eh..

Related Posts with Thumbnails