Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet, berita hot | Posted on 01-12-2009

Memang PANAS isu yang bakal aku tulis ni.fuh..walaupun sekarang ni tengah hujan kat luar tu dan sejuk je rasanya..tapi aku rasa topik ni amatlah PANAS bagi mereka yang bergiat aktif dalam bidang bisnes secara online mahupun offline. Kenapa aku kata macam tu? Sebabnya aku tengok sendiri adegan pertikaman lidah diinternet walau tak nampak di mata, tetapi aku lihat sendiri perkara yang berlaku.
So, apa benda cerita panasnya? Aku rasa lepas ni mesti ramai gak yang duk hentam aku pasal wat cite pasal ni.Lantak la korang..haha..aku bukan nak kutuk, cuma nak mengupas isu ini untuk diperdebatkan. Bukan apa, cuma taknak la pasal nak cari duit je, ramai yang bertumbuk, khianat itu ini dan macam-macam lagi.Sesape yang dah lama sangat buat bisnes tentu tahu, orang Melayu ni banyak sangat yang ada Phd yang tak bertauliah..sampaikan kekadang tu sedara sendiri pun sanggup dipancung gara-gara bisnes..betul?
Ceritanya lebih kurang beginiKalau dulu hangat topik yang dibincangkan diblog-blog IM Malaysia yang mengkondem tentang Isu Monsun Biz yang mana skang ni memang sudah berkubur. Sebelum tu juga memang dah jadi topik paling hangat diinternet iaitu pasal Swisscash, pelaburan internet yang mendapat hit tinggi di Buletin Utama,Majalah,Suratkhabar dan banyak lagi. Tak kurang juga akan isu Uptrend,MLM, Skim Cepat Kaya, dan banyak lagi skim-skim atau bisnes-bisnes yang memang kebanyakannya ‘HYPE’ belaka.
Tak lupa juga dengan Isu Blogstarz yang mana ramai yang menghentam Blogstarz yang mana membuat ajaran sesat dalam dunia blogging. Tapi itu strategi dia sendiri, memang la boleh buat duit dengan cara die..tapi dia bukan buat duit dengan blogging..betul tak aku cakap..tak caya tanya la dia..dia buat duit bukan dengan blogging, tapi hasil dari bisnes plan yang dibuatnya.Ramai yang tak nampak sebab tak tengok betul-betul (Tiru ayat Ijad..hehee.).
Kalau korang dapat lihat salesletter atau promo flyers yang biasa korang boleh dapat di masjid-masjid, atau dimana sahaja ada flyers tentang buat duit dengan banyak dan cepat, semuanya ada ayat-ayat yang menunjukkan yang mereka amat berjaya dan biasanya flyers tu akan penuh dengan tulisan di depan dan dibelakang dengan alasan menjimatkan kertas..Kenapa kalau dah banyak duit tak mengiklan kat TV atau iklankan di Billboard kat tepi-tepi highway tu ye? Jika sudah berbisnes juta-juta dan mempunyai profit margin yang tinggi, why not buat satu billboard dan letak diseluruh Plaza Tol kat Semenanjung ni..memang berkesan dari letak flyers merata-rata sampaikan kekadang bersepah.
Sekarang ni yang terbaru ada plak orang lain yang mula menghangatkan kembali topik tentang Uptrend ni, kalau korang tak caya cuba tengok sendiri kat thread ni, kalau masih ada la kan.Dapat aku lihat ada sorang forumer ni dia hanya register di forum itu hanya untuk menegakkan pendiriannya selaku orang yang telah berjaya dengan Uptrend.Memang aku sendiri akui yang ianya boleh buat duit. Macam yang aku pernah baca di satu buku yang mana ada satu quote disitu,
Orang yang berjaya dalam perniagaan adalah orang yang berjaya menjual, jadi saya belajar untuk menjual
So tak heran la kalau memang ada yang berjaya dalam apa juga business yang diceburinya walau buat bisnes ikan keli sekalipun kan? Kalau aku tak kisah sangat pun orang join bisnes Uptrend atau apa sekalipun. Tapi biarlah nak masuknya diterapkan dulu ilmu didada..itu sebabnya Islam sendiri menggariskan bahawa carilah Ilmu sehingga ke negara China.Menunjukkan betapa pentingnya ilmu tu di dalam kehidupan.
Sapa plak yang patut disalahkan dalam hal ni? Ramai yang rasa tertipu dengan bayaran sehingga beribu-ribu tapi hasilnya tiada..tapi macam mana plak ada yang dah berjaya menjadi jutawan dengan program yang dijalankan tu ye? Semua bisnes ada risiko, kalau takde risiko tu rasanya bukan bisnes..tak gitu? Ramai yang main terjun je dan tak fikirkan tentang risiko, tetapi hanya fikirkan duit je dulu sebelum menceburkan diri dalam bisnes tersebut. Jika ada orang kata kat korang yang bisnes ni takde risiko..cepat-cepat tinggalkan beliau..sebab beliau sorang yang sewel..orang buat bisnes tandas pun ada risiko beb!
Cukup pasal bisnes yang amat popular kat Malaysia ni, tapi macam mana plak dengan bisnes online? Mana satu yang betulnya dan macam mana nak buat duit dengan internet? Ramai yang dah keliru sebab dah fikiran mereka sudah dimanipulasi oleh program-program seperti ni dan tak tahu tentang cara sebenar bergiat dalam bisnes online yang mana ramai jutawan internet di dunia bukanlah menjadi jutawan dengan join Swisscash,join Uptrend atau join Skim Menderma ni diinternet. Tapi banyak cara lain yang dibuat seperti Affiliate,Online MLM,Ebook Business,Freelancing, Ebay dan banyak lagi yang aku rasa ramai yang tak tahu serba sedikit apa yang aku cakapkan tu kan?
Oklah korang, letih plak aku tulih post panjang-panjang ni, cuba korang kasi respon sikit tentang isu E-Dagang dengan Online Business ni..apa pendapat korang ek?
Related posts:
- Bisnes Internet, Ramai Yang Keliru?
- Keje,Cuti dan Bisnes..
- Bisnes Internet Lagi,Bosannya..
- Tanah Online Untuk Dijual-TERHAD
- Bina Kedai Online Secara Percuma







































dah lama tak jenguk blog bro reezluv ni.. hehe..
bagi pendapat aku, uptrend atau lain2 tu bukan edagang. sebab mengikut pemahaman aku, edagang ni sama dengan ecommerce.
dan ecommerce ni sama dengan bisnes online. ecommerce ni orang yg menjual secara online. bukan yg buat uptrend. cthnya, amazon, apple.com, dell.com tu barulah jenis ecommerce. bukannya syarikat jualan langsung.
aku tak tahu apa maksud sebenar edagang drp uptrend tu. takde buat registration online, penjualan barang secara online, payment online (using creditcard).. tu yg buat org konfius. haha..
lagipun, aku biasa develop website ecommerce. dan mengikut mat saleh ni, ecommerce ni sama dengan online shopping cart. hee..
tu la..bagi depa..apa yang depa buat tu la e-dagang..padahal…ada yang tak bape paham apa benda e-dagang tu..main sebat jek..taktau ar kot depa ni penah tengok shopping cart atau payment gateway..
Aku pun pikir edagang itu sama dengan ecommerce. Sama2x jualan barang di internet. Betul ka?