Pangkor Best Ke?

0

Posted by reezluv | Posted in blogger, info | Posted on 06-11-2009

Rasanya itu lah kot pertanyaan korang kat aku pasal aku baru lepas balik dari Pangkor kan..haha..apa pun aku pegi sana bukan bercuti..tapi jadi urus setia..so kena la buat keje. Memang bosan dan juga letih, tapi apa nak buat, dah jadi tugas, kena la buat ye tak? Kalau tak apa guna bayar gaji tiap2 bulan..tak berkat wo gaji kalau mengular je kejenya..hahha

Apa pun bagi korang yang tak pernah pegi ke Pangkor tu aku syorkan pegi la.tapi skang ni musim ujan..so agak tak best la nak pegi..hehe..aku pegi aritu, nasib baik first day aku dapat shoot sunset..malam tu baru ujan lebat dengan hebatnya..haha..dan malam keduanya pun hujan..ingat nak shoot lagi..tapi nak wat camne..ujan plak..bagi yang biasa bawak barang banyak kalau nak travel tu..aku suggest kalau korang pegi sini, kalau takde beg beroda tu, jangan le bawak..sebabnya aku takde beg beroda tu..sekali lenguh gile beb tangan nak bawak beg dari jeti nak ke tempat teksinya..huhu..

Aku naik aritu, pegi balik kos naik feri cuma RM10.00 je..pegi balik tu..tak mahal la..feri pun ada air cond ngan tv sekali..tak mengecewakan la..cuma yang tak best time orang ramai..sesak siot..dengan orang kursus lah..apa lah..huhu.

Hotel yang aku menginap tu adalah Coral Bay Resort yang mana sebelum ni aku penah tanya kat blog pasal hotel ni dan ada yang kata tak best..bagi aku, aku kasi 80 markah la dari 100 peratus..dari segi layanan, aku rasa memang best dan makanannya pun not bad..cuma air condnya la yang sejuk gile ah..dah la tak boleh nak adjust sendiri..yang lain layanannya memang baik dan kalau nak pegi untuk vacation pun ok la bagi aku.

Cukup pasal aku kat sana, kat sini aku nak kongsikan sikit beberapa gambar aku shoot masa kat Pangkor aritu..gambar ni biasa-biasa je..cuma aku je excited..haha..nak setting untuk sunset jenuh la aku set sampai 140 gambar baru dapat gambar yang bagi aku ok lah..rasanya kalau pakai filter..lagi dasat kot..haha..kalau nak tengok lagi banyak korang pegi la kat facebook aku ye.

Esok plak aku akan ke Ipoh Oldtown Shootout yang mana aku akan join TT yang dibuat oleh somebody kat Facebook yang menjemput semua fotog yang ada untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan dalam bidang photography..ramai la otai2 turun nanti kot..segan rasanya bawak kit lense aku ni jek..ahaks..kalau nak tau pasal shoot out tu dengan lebih lanjut, korang pegi la kat link yang diberikan tu.kalau korang pun nak pegi pun takde halnya kot..excited gile aku nak belajar ngan depa yang dah pengalaman ni..sebelum ni aku main tibai je setting..haha..cuma aku banyak main mode M je skang ni nak kasi biasa..dan hasilnya memang best..kesemua shoot sunset yang korang tengok, kesemuanya pakai Mode M sahaja..cuma mungkin settingnya tak betul..tripod pun takde..huhu..

Blog Widget by LinkWithin
Share and Enjoy:
  • Digg
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Ping.fm
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Yahoo! Buzz
  • del.icio.us

Related posts:

  1. Esok ke Pangkor
  2. 5 Kenangan Masa Raya Puasa
  3. Reezluv.com Sudah Ada Karikatur
  4. US Semua Hebat, Realiti Atau Fantasi?
  5. Celcom Buat Hal Lagi…

Comments are closed.

Copy Protected by WP-CopyProtect Thanks to Chetan.

Dont want to go to the cinema? Watch Movies Online.