Rakyat Malaysia Terdesak Buat Duit Ke?

8

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet | Posted on 13-11-2009

Korang setuju tak kalau aku cakap rakyat Malaysia ni amatlah terdesaknya buat duit? Kalau korang rasa salah, cuba bagi pendapat korang plak mengenai persoalan ni.Betul ke idak apa aku cakap tu? Apa yang membuatkan aku rasa cenggitu adalah sebab tadi masa aku nak solat Jumaat di Masjid Negeri yang berhampiran dengan opis aku, aku sempat gak la merayau-rayau kat dalam masjid tu nak tengok ada tak flyers-flyers yang berupa jerat…

Sangkaan aku betul..MEMANG ADA! Yang mengejutkan aku adalah selamber je depa letak dekat meja khas yang diletakkan oleh pihak masjid..seperti kononya pihak masjid merestui flyers-flyers mereka diletakkan kat situ..Aku tak salahkan pihak masjid pun..takkan la nak letak guard kat situ kot..ye tak?

flyers berwarna

flyers berwarna

Cuba korang tengok gambar yang sempat aku snap tadi. kamera aku tak best..tu pasal gambar pun agak blur jek..haha..masa aku tangkap gambar ni..ada brader sebelah aku, die tengah baca kesemua flyers tu dengan penuh minat..selamber je aku amek satu flyers depan die, then aku snap je beberapa gambar yang aku rasa aku nak snap..haha..die ushar cam pelik..amek flyers, tangkap gambar plak..sape die ni?Mungkin tu la kot apa yang die pikirkan masa tu..aku dengan selamber gak blah dari tempat kejadian dan terus gi naik atas solat sunat..sebelum solat tu terkenang aku masa aku kenal bisnes internet ni..aku dulu pernah gak wat cenggitu..edar flyers merata-rata..kononnya akan dapat ribu2..skim kutu la, apa la semua tu..dan paling penting flyers tu akan tunjuk ciri-ciri seperti berikut:

1.Dua muka flyers akan ditulis penuh selagi ruang ada..memacam testimonial dan ayat memujuk akan korang dapat lihat.

2.Ada yang berwarna dan ada yang kertas putih aje.

3.Korang takkan dapat lihat muka sebenar atau apa sebenarnya program yang bakal diperkenalkan tu. Kalau nak, datang kat tempat-tempat yang dinyatakan atau depa akan tinggalkan no phone sahaja.

4.Terhidang 1001 testimonial ala-ala iklan hai-O..hahaa….saya sudah beli kereta besar..Anda bila lagi?Semuanya TERBUKTI..lihatlah kereta besar saya! .:D  dan juga cerita-cerita yang konon benar belaka hasil join program yang dinyatakan tu..

Nasihat aku adalah kalau ada antara korang yang tertarik dengan mana-mana flyers tu..pastikan korang tau apa program tu buat..dan biarlah ada lesen dengan BNM atau mana-mana badan yang memantau aktiviti-aktiviti seperti ini.

Lepas je solat jumaat aku nak pegi makan kat kedai berhampiran dan ramai gak la duk meneliti flyers tersebut dan seterusnya bawak balik untuk diteliti agaknya..mana abis baca 2 page penuh dengan tulisan ye tak? Semua nak buat duit cepat dan nak kaya cepat..bila ada orang kata bisnes internet je..apa yang terlintas adalah…Swisscash..padahal takde kena mengena pun ngan bisnes internet..cuma depa berurusan melalui internet je..walhal bisnes internet sebenar ngan Swisscash..jauh bezanya..

Kalau tak caya..try la masuk forum Wangcyber dan lihat je la apa program yang ada kat dalam ni yang korang sendiri mungkin tak pernah tau pun..dan ayat standard bagi mereka yang baru nak memulakan bisnes internet macam ni caranya..selalunya lah kan..tapi tak semua..”Saya orang baru kat sini, harap boleh dapat tunjuk ajar dari sifu semua..taktau nak mula dari mana, harap dapat emelkan saya ye info-info tentang bisnes internet eh..ni emel saya……..”

Confirm lepas tu yang banyak akan masuk ke emel die adalah emel-emel sampah atau emel spam dan lupa juga ada yang mengambil kesempatan terhadap newbie ini dan seterusnya memutar belitkan info sebenar tentang bisnes internet, dan die ni pun terjerat…ah sudah..

Tak susah sebenarnya nak kenal bisnes internet ni..just search diinternet blog-blog usahawan internet.Download serta baca dulu ebook-ebook tulisan mereka tentang bisnes internet..baru lah anda akan dapat sedikit bayangan tentang bisnes internet ni..Ingat..bisnes ada turun naik..tak semestinya bisnes sentiasa je untungnya..

Blog Widget by LinkWithin
Share and Enjoy:
  • Digg
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Ping.fm
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Yahoo! Buzz
  • del.icio.us

Related posts:

  1. Income Hasil Blogging dan Buat Duit Dengan Grafik
  2. Sapa Kata Dengan Grafik Tak Boleh Buat Duit?
  3. Bagaimana Nak Buat Blog?
  4. Blogging Boleh Dapat Duit Ke?Tanya Wanmus Tak Caya..
  5. Sah, Produk IM Malaysia Menipu!

Comments (8)

hehe.. biasala tu :P
ni zaman2 lepas SPM dulu

Banyak sangat sekarang ni…
Semua nak duit cepat

Rakyat Malaysia nampak terdesak disebabkan cara pemasaran mereka yang silap. Tapi, kesilapan ni sebenarnya, orang tau kelemahan rakyat Malaysia. Tak tunjuk duit banyak, tak tunjuk pakai kereta mewah, tak cara. Cuba tunjuk program ape dulu, konfem flyers tu kene ignore je. Tapi, bile tunjuk duit dulu, laju je. hehe

yap. orang kita memang terdesak. Aku rasa semua orang terdesak. Kalau takde duit, nak makan nasi camana..

sume org mau duit bro.tak salah kita cari duit cuma yang salah mungkin pendekatan yang kita gunakan untuk dapatkan duit tersebut..

Iklan2 cam tu manipulasi pemikiran org ramai je. Semua menjanjikan buat duit mudah. Sebab tu ramai yg terjebak.

macam penah tgk je flyers tu.

flyers tu rasanya bukan tentang pelaburan internet. Ia tentang perniagaan MLM.

Ramai yang anti dgn perniagaan MLM. kenapa??

bukan anti sebenarnya..cuma keterangan je yang diberikan..tapi apa bisnesnya diselindungkan..tu yang ramai ragu2..pelaburan ke, MLM ke..ramai yang dah anggap negatif disebabkan ramai yang dah ‘terkena’

Copy Protected by WP-CopyProtect Thanks to Chetan.

Dont want to go to the cinema? Watch Movies Online.