Review Syarikat Hosting-Onebytes.com.my

1

Posted by reezluv | Posted in web review | Posted on 26-10-2009

Kali ni aku nak review syarikat hosting yang bagi aku amat bagus dan setanding dengan hosting company Netkl yang amat popular dikalangan usahawan internet yang mempunyai bajet yang minimum dan mempunyai reputasi yang tinggi.

Company yang aku maksudkan tak lain tak bukan adalah web hosting Onebytes.com.my seperti tajuk entry aku kali ni. Aku buat post ni bukan sebab aku dibayar oleh sesiapa nak buat review ni, tapi free je aku review disebabkan ramai dikalangan blogger khasnya masih tertanya-tanya dan tercari-cari syarikat hosting manakah yang amat bagus.

Kalau nak katakan company mana paling bagus, aku sendiri pun tak tahu, tapi aku boleh kasi recommendation yang mana company yang aku host blog aku skang ni sudah setahun bersama dengan Reezluv.com walaupun DNS nya baru je tukar beberapa minggu yang lepas…hehe.

Kalau korang nak tau kisah Reezluv.com ni pada bulan 10 tahun lepas yang mana aku sebelum ni ada domain name iaitu Reezluvdesign.com yang mana aku tulis kesemuanya dalam bahasa Inggeris. Memang aku tahu yang BI aku ni bersepah nak mampus..haha..itu pun ada gak advertiser contact aku nak advertise di blog aku..USD75 plak tu.haha..

So disebabkan aku eksiden aritu dan connection internet dirumah pun takda..aku eksiden dan terpaksa guna tongkat sahaja duduk kat umah dan kaki pun bersimen..so domain aku tu berkubur camtu je lah, tanpa aku renew. Aku host di Netkl tak silap aku.

Then lepas je aku sihat dah leh berjalan cam biasa, aku decide nak amek domain baru dan setup satu lagi blog iaitu dalam niche yang sama iaitu ‘design’ yang mana kali ni aku lebih tumpukan kepada skop yang lebih luas lagi. Blogging, bisnes internet, multimedia dan banyak lagi lah. Aku ingat lagi aku amek hosting dari Corehost2u yang mana company tu dah takde dah. Masa aku amek tu memang murah lah. Sebab masa tu pun aku takde bajet sangat, so memang ingat nak amek yang murah la..tak silap aku RM80 je setahun..tak ingat dah bape..sekali domain name.

Aku sempat setup WP blog aku dengan domain reezluv.com di hosting company tu. 3 bulan pertama pengalaman aku dengan hosting tu memang sakit. Selalu sangat la down, sampaikan ada satu ketika, down sampai 3,4 hari lamanya. Jenuh la aku contact support dan web depa pun menghilang. Sampai plak email yang contact aku mengatakan Onebytes telah take over company tu sebab hosting company tu lari..

Pada mulanya mood aku dengan Onebytes ni agak tak best. Selalu gak la aku kasi impression tak best kat depa ni. Tapi depa cuba sebaik mungkin berikan support yang amat tip top bagi aku. Segala masalah mereka atasi segera dan mereka sedang dalam proses upgrade ke server yang baru…

Memang setiap update mengenai server yang host kan blog aku ni mereka akan berikan update walaupun ada minor alteration je. Email memang cepat sampai. Segala pertanyaan melalui support tiket mereka akan dijawab tak sampai 24 jam. Memang pantas gila….aku sendiri pun terkejut support yang mereka berikan tu..huhu..kalau tak caya korang tengok screenshot kat bawah ni

Ini merupakan antara contoh update yang mereka sentiasa berikan untuk client mereka dan aku sentiasa dapat kalau ada apa-apa masalah. Setakat ni memang takde major problem yang berlaku seperti web down ke apa ke. Setakat ni memang aku jamin yang kualitinya macam Netkl. Dari segi pakej harga plak korang boleh tengok kat sini plak ye.

So kalau korang masih ragu-ragu lagi dengan webhosting ni, try la dulu dan tengok macam mana. Setakat ni aku tak pernah lagi merungut. Aku siap wat satu post pasal hosting company ni lagi tu untuk rujukan korang..So pilihan di tangan korang, jangan menyesal sebab tersalah pilih. Jangan tengok sangat pada harga…tengok pada support..

Blog Widget by LinkWithin
Share and Enjoy:
  • Digg
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Ping.fm
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Yahoo! Buzz
  • del.icio.us

Related posts:

  1. Tips Beli Hosting Untuk Web Anda
  2. Review WebDesignerDepot.com
  3. 3 Akaun Hosting, 3 Domain Untuk Diberi
  4. Review Panduan Asas SEO Wordpress
  5. Bagaimana Nak Buat Cover Ebook Yang Menawan?

Comments (1)

aku masih belum puas hati dgn netkl tp malas nak push domain p hosting lain. so pakai je la. utk project baru ni aku tak mampu lagi pakai onebytes. so aku pakai yang murah2 and unlimited addon domain. test tgk camna

Write a comment

Spam Protection by WP-SpamFree

Copy Protected by WP-CopyProtect Thanks to Chetan.

Dont want to go to the cinema? Watch Movies Online.