Posted by reezluv | Posted in santai | Posted on 25-10-2009
Hah, arini aktiviti aku tetibe jadi banyak plak sejak tengah hari tadi. Memula bangun tido je pagi tu..pagi la sangat..hahaa..lepas je siap-siap, perkara pertama sekali yang akan aku buat adalah on workstation aku dan on modem untuk melakukan kerja-kerja online.haha…banyak ke keje? Itu bergantung juga la kepada hal-hal semasa..ada kalanya sibuk sangat dan adakalanya aku perlu gak ada time untuk spend for my life..tak guna gak mengadap workstation aku sampai mata pun naik berpinau..
Sebenarnya at that noon aku ada plan..plan la kononnya nak gi jejalan dan nak ushar barang kat Jaya Jusco di Ipoh ni..matlamat aku adalah untuk menghilangkan bosan sambil mencuci mata sambil mencari kipas USB yang aku idamkan aritu masa aku di JB baru-baru ni…abis satu JJ tu aku riki dan tak jumpa pun kipas yang aku nak tu..yang aku jumpa adalah kipas bese yang korang jumpa tu..tak best langsung..haha..komplen banyak tul la aku kan?Aku nak cari kipas tu pasal nak letakkan kat meja office aku yang baru ni..sebab air cond di office baru aku ni agak lambat nak sejuk dan kalau sejuk pun..suam-suam jek..larat ke wat keje dalam keadaan suam-suam je? Oho..naya wo, pakai long sleeve…naya-naya..
So bagi sesape yang nak tengok camne la rupanya workstation aku ni, ha..itu lah gambarnya kalau nak tengok dengan lebih jelas..dan aku letakkan sekali USB fan kaler merah yang aku beli dekat kedai lain..itu pun member aku bawak..sebab dia nak beli PS3 tadi..setelah die membeli N97..waha..banyak tul la duit..(pssst..bukan die..awek die yang beli..hahahaha..).Die tak minat N97, die lebih jatuh cinta ngan iPhone 3GS katanya..sama la ngan aku..adakah aku berupaya membeli iPhone, iMac pada tahun depan? Insyaallah kalau ada rezeki lebih nanti, akan aku sambar juga, dan juga sebijik laptop baru menggantikan laptop aku yang dah dekat 4 tahun aku gunakan ni..huhu..rasanya Vaio menjadi pilihan nanti..haha..tak pun Acer je lah..![]()
Balik je dari membeli belah tu semua aku cam biasa la, on balik workstation aku dan check email macam biasa..hehe..dapat plak satu email reply berkenaan service design aku. Untuk pengetahuan korang, memang aku dah tetapkan harga dan juga pakej yang termaktub di page design tersebut. So memang aku takkan ubah dan nego kalau ada mana-mana customer yang inginkan kelainan dari pakej yang aku tawarkan itu. Sebabnya adalah aku nak supaya service design aku ni lebih selaras dan lebih teratur kerja-kerja dimana akan memudahkan aku untuk design kesemua order yang aku dapat dengan lebih sistematik lagi. Jika korang rasa aku sombong dan angkuh tu, sorry to say la..aku memang strict dengan pakej yang aku tawarkan itu, jika korang rasa tak dapat fix dengan harga atau pakej tersebut, sila rujuk designer lain untuk berikan design service yang korang inginkan tu..
Ini adalah sedikit quote dari emel yang aku dapat semalam (ala, baru 21 jam yang lalu..)
Langsung tak boleh dibawa berbincang. Kebanyakkan designer begini sikapnya. Sombong dan angkuh.
Terima kasih saje la.
Kalau korang rasa aku ni tak best, tu lah, rujuk je designer lain, memang ramai lagi. Pilihan memang ditangan korang bukan?
Aku bukannya tidak mahu menurut apa yang dia mahu kan itu, tetapi jika ada lebih 10 client yang mahukan adjustment dan juga custom yang tidak mengikut pakej tersebut, sukar untuk aku mengingati apakah yang aku tawarkan kepada pelanggan dan kerja-kerja design aku juga tidak sistematik dan lebih profesional.
Ini pula reply yang telah aku sent tadi
Salam
Saya meminta maaf sekiranya saudara tidak berpuas hati. Saudara boleh memilih designer lain jika saudara rasakan perkhidmatan saya ini tidak memuaskan hati saudara.
Tujuan saya berbuat demikian adalah untuk menyelaraskan design service saya supaya ianya lebih sistematik dan teratur. Saya harap saudara faham tujuan saya berbuat demikian. Pilihan di tangan saudara, dan saudara yang menentukannya sama ada memilih design service dari saya atau pihak lain.Terima kasih di atas komen yang diberikan. Saya akan berusaha untuk meningkatkan lagi design service saya di masa akan datang.
Jika korang merasakan aku ni sombong atau angkuh, aku tak kisah sangat, sebab korang berhak memilih apa yang telah ditawarkan. Keputusan memilih untuk ditangan korang. Aku hanya menentukan mana yang lebih sesuai dengan bajet korang. Nak terima atau tidak, bandingkan sahaja dengan designer lain dan jika lebih sesuai dengan selera korang, silakan lah..![]()
Ini sebenarnya bukan kali pertama aku mendapat feedback seperti ini. Dah banyak dan pernah juga aku design dan aku dah siapkan mengikut apa yang diinginkannya..tapi dia tidak berpuas hati, pada masa tu memang aku letakkan harga disebabkan request yang dia hantarkan kepada aku dan bersetuju dengan harga yang amat tidak masuk akal bagi aku. Then setelah aku siapkan, dan dia plak tak puas hati, aku refund 100% duit yang telah dia depositkan itu. Walhal kesemua file psd dan juga file jpeg telah aku berikan. Aku tak kisah sangat, asalkan dia puas hati dan pilih designer lain yang amat menepati citarasanya….
Related posts:






































Tak kisah pun workstation macamana pun janji kita best buat kerja.. Orang yg bekerja dengan mood (mcm aku) memang mempunyai keperluan yang pelik2. Aku sendiri paling pantang bila buat kerja dalam keadaan panas.. mood hacur.. sanggup aku keluar cari port yang cool utk buat kerja. So memang faham sangat la keperluan kipas tu.. ekeke.
Memang ada orang yang begini, tak pernah berpuas hati dan menghargai hasil kerja orang lain. Nak yang best, tapi takmo spend. Tindakan bro sebenarnya memelihara reputasi & kredibiliti bro dalam bidang tu so bagi aku ia patut dipuji. Reply yang lembut (walaupun aku tau mulut kumat-kamit menyumpah.. hehe) pun satu tindakan yang professional. Good for you..
hehe..ya betul keje dalam keadaan panas memang tak best. Tambah plak skang ni cuaca tak menentu..huhu
Sebenarnya inilah lumrah jika kita menyediakan perkidmatan. Macam-macam kerenah client yang kita jumpa..Tapi cara ko jawab memang professional. Kalau tak suka tak apa, sila cari orang lain.
pengalaman banyak mengajar aku sebenarnya..huhu
salam reez,
Customer is always right. Saya keje memang dalam bidang support service. Dah biasa sgt dgn benda2 mcm ni. Tapi tindakan kita perlu cool. Perlu professional.Silap2 customer tu rasa bersalah lak. Keje mmg kena ada etika. Jadi barulah orang akan respek dan dapat bekerjasama dengan kita. Saya doakan Reez lebih berjaya.
thanks