Jom Minum Coke?

7

Posted by reezluv | Posted in blogger, info | Posted on 16-07-2009

Photobucket

Salam semua..korang minum Coke tak? Bagi sesape yang selalu gi fast food restaurant tu mesti ada yang selalu order dan mesti ada yang menjadi salah satu minuman kegemaran korang kan? Masa umur aku muda remaja aka bebudak lagi..memang ini lah menjadi salah satu minuman peberet sebab cepat ilangkan dahaga atau rasa pedas..hehe.. Tapi bila aku start tau tentang Coke ni dan juga kandungan gula yang amat tinggi dalam minuman bergas..totally aku banned selama-lamanya dari list minuman aku..rasanya dah 5-6 tahun aku tak minum Coke kot..haha..korang tak caya? Ikut suka korang le kan..

Tapi sejak dua tiga minggu ni minat aku terhadap minuman petroleum (panggilan aku untuk membenci..hehe) ni  makin mencanak plak rasanya..ini disebabkan oleh pengaruh kat tempat keje?Hahaa…meh aku citekan napa aku rasa minat plak tetibe kat gadis bernama Coke neh..

Adalah satu hari tu satu parcel sampai ke ofis aku, tertulis nama pegawai aku kat situ..then kitaorang pun pakat tanya la..apa die tu eh? Dia secara terus terang bagi tau..dalam tu ada botol Coke..semua buat muka pelik..hehe..takkan la botol Coke je? Then dia bukak dan tunjukkan..ha..botol Coke dari UK, member die kirim dari sana..pergh..start situ die pun cite hobi serius die dalam mengumpul produk Coke dari seluruh dunia. Pegawai aku neh memang aku salute kat die..nanti aku letak kat blog aku neh dan aku nak buat sesi interview bersama die nanti.hehe..dan aku akan tunjukkan juga antara koleksi yang dia ada..memang kagum weh…

Dia ada first bottle Coke In The World..segala jenis botol Coke dia ada dan setiap kali dia ke luar negara..dia akan cari botol Coke..bukan yang kosong..tapi yang masih ada air belum bukak lagi..pegawai aku tu gak ada botol Coke yang besau setinggi separuh badan manusia..bayangkanla besar mana tu kan. Ha..tak lupa juga..die ni gak merupakan salah seorang pemegang Malaysia Book Of Record’s bagi kategori Pengumpul Kad Telefon Terbanyak di Malaysia ni..dengar cite die nak buat satu event untuk letak nama dia lagi kat dalam buku tuh..nak buat artwork muka-muka Perdana Menteri Malaysia dengan menggunakan gabungan warna kad telefon yang beliau ada dari seluruh dunia..dia kumpul sejak dia muda lagi…masa dia menuntut di UK dulu..kad tu dia dapat free je dan dia rasakan menarik kumpul kad telefon yang pelbagai warna dan ikut la musim-musim tertentu..ala yang macam yang kita lihat skang ni kan..banyak la design-design ikut musim perayaan ke ape ke.

Berita baik plak skang ni, aku plak dah start minat dengan hobby mengumpul apa juga produk yang berkaitan dengan Coke..terutamanya botol Coke la..kalau korang search kat Ebay tu..korang tengok je la harganya kan..so untuk first start.aku start beli satu botol Coke di Ebay iaitu botol Coke from Japan..kalau korang nak tengok..camni la rupanya..

Photobucket

Photobucket

So kalau korang ada barang-barang Coke yang korang rasa nak buang tu, elok rasanya korang pos je kat aku nanti..hehe..nanti aku bayar le pos punya fees tu..:D

p/s:Tadi pegawai aku cakap dia nak kasi botol Coke sebagai encouragement untuk aku..hehe..best2..tak sabar nak gi melawat gallery kat umah dia tuh..

Sah, Produk IM Malaysia Menipu!

7

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet, berita hot | Posted on 12-07-2009

Photobucket

Salam semua..adakah korang pernah beli produk-produk IM yang banyak dipasaran sekarang ni? Tentu ramai yang anggap kesemua produk ni adalah produk SAMPAH atau semuanya ada diinternet sahaja. Ya betul! Memang kesemua maklumat ada diinternet sahaja dan anda hanya perlu mencarinya sahaja.

Berbalik kepada tajuk di atas, adakah korang setuju dengan kenyataan tu?100%?? Bagi aku, aku tak setuju 100% dengan tajuk post kali ni, sebab? Semasa awal pembabitan awal aku dalam dunia IM(Internet Marketing) ni memang aku tak beli apa-apa pun produk IM diinternet ni..sebabnya memang aku takde duit masa tu nak beli dan juga banyak lagi yang aku patut belajar dulu sebelum aku masuk ke dunia sebenar. Sebenarnya aku lebih dulu membaca banyak ebook free dari IM-IM luar negara dan aku tahu pasal dunia di internet business ni pun melalui Moneyclicking iaitu web milik Kidino yang merupakan salah seorang ahli WC juga. So dari situ aku baca banyak artikel dan juga ebook free hasil dari subsribe newsletter mereka dan dari situ aku start build my first blog dan memang masa tu start from zero dan main belasah jek dan dari situ aku mula terjun ke dunia blogging..masa tu la aku kenal dengan Social Network,List Building,Feed, dan banyak lagi..kalau dulu, nak dapat traffic memang aku buat cara yang spamming..tapi sekarang tak lagi..

Baru-baru ini aku ada terbaca satu post yang amat hangat tentang produk IM Malaysia.mula-mula produk Ridzuanrichie dan yang latest plak produk bro Zamri Nanyan yang dah lama aku kenal sejak aku mula-mula masuk ke WC. Pasal bro Zamri, memang tak dinafikan, memang dia dah berjaya dalam dunia IM ni walau tak ramai yang tahu..rasanya jadi macam ni, elok dia stay je buat internet business dia di luar tu, sebab kat sini ramai la mentaliti Malaysian yang belum sedia untuk menerima akan dunia internet business sebenar. Kalau ada yang pernah explore tu, tau la camne dunia sebenar dan realiti berbanding produk-produk IM yang ada sekarang. Maklumat lanjut tentang thread yang panas tu korang bleh jenguk di Rahsia Clickbank Menipu Rakyat Malaysia

Aku tak anggap produk depa ni produk sampah sebab ada juga aku beli produk IM tempatan yang aku rasa memang amat berguna dan setakat ni paling aku kagum adalah produk Panduan Minisites dan juga Sistem Affiliate. Kedua-dua produk tu adalah bersifat teknikal yang rata-rata tak ramai yang tahu dan berpengalaman dalam bidang sedemikian. Tak lupa juga ebook Sifu-Lan iaitu Panduan & Teknik Rahsia Ebay yang mana memang terbukti..aku dapat sales yang best dengan adanya ebook itu hasil teknik dropshipping yang beliau dedahkan itu.

So, macam mana nak elakkan dari ‘terkena’ dengan pelbagai sales letter ‘HYPE’ yang mampu membuatkan anda mengeluarkan duit dari akaun bank anda dan seterusnya membayar untuk produk-produk yang anda lihat diinternet itu? Jom aku kasi kat korang antara tipsnya. Read the rest of this entry »

Cara Keluarkan Duit Dari Paypal

11

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet | Posted on 08-07-2009

Photobucket

Bisnes internet dan juga Paypal memang tak dapat dipisahkan. Bagi sesiapa yang terjun ke dalam dunia internet marketing atau internet business wajib tahu tentang Paypal. Sebab? Hampir 90% transaksi melalui online dijalankan dengan banyak sekali dengan menggunakan akaun paypal kerana dengan hanya memasukkan alamat email sahaja, korang dah boleh transfer duit ke akaun orang lain.

So bagi sape yang tak kenal lagi dengan Paypal tu meh aku cite sikit antara mitos/cerita dongeng paypal ni Read the rest of this entry »

Anda suka Getresponse Terbaru?

2

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet | Posted on 07-07-2009

Photobucket

Salam petang semua dan semoga korang semua berada dalam sihat hendaknya ye? Apa anda buat hari ini? Aktiviti blogging atau mencari info-info berguna dari internet atau check email seperti biasa? Mungkin lain orang lain kerja dan tabiatnya dan lain orang lain juga info yang dicarinya diinternet.

Post kali ini menyentuh sediki tentang Getresponse yang rasanya setaka ini setanding dengan Aweber yang menjalankan perniagaan Autoresponder Berbayar terbaik di dunia Internet Marketing ini. Ramai usahawan internet di seluruh dunia menggunakan service mereka kerana harganya yang berpatutan dan juga servis yang mantap.

Tapi baru-baru ini Getresponse telah upgrade sistem mereka dan mengubah layout serta design web mereka kepada yang baru. Korang boleh lihat seperti gambarajah yang diberikan. Di bawah ni korang boleh tengok sendiri Getresponse yang lama berbanding dengan yang baru di upgrade.

Photobucket Read the rest of this entry »

Related Posts with Thumbnails