Review Syarikat Hosting-Onebytes.com.my

1

Posted by reezluv | Posted in web review | Posted on 26-10-2009

Kali ni aku nak review syarikat hosting yang bagi aku amat bagus dan setanding dengan hosting company Netkl yang amat popular dikalangan usahawan internet yang mempunyai bajet yang minimum dan mempunyai reputasi yang tinggi.

Company yang aku maksudkan tak lain tak bukan adalah web hosting Onebytes.com.my seperti tajuk entry aku kali ni. Aku buat post ni bukan sebab aku dibayar oleh sesiapa nak buat review ni, tapi free je aku review disebabkan ramai dikalangan blogger khasnya masih tertanya-tanya dan tercari-cari syarikat hosting manakah yang amat bagus.

Kalau nak katakan company mana paling bagus, aku sendiri pun tak tahu, tapi aku boleh kasi recommendation yang mana company yang aku host blog aku skang ni sudah setahun bersama dengan Reezluv.com walaupun DNS nya baru je tukar beberapa minggu yang lepas…hehe.

Kalau korang nak tau kisah Reezluv.com ni pada bulan 10 tahun lepas yang mana aku sebelum ni ada domain name iaitu Reezluvdesign.com yang mana aku tulis kesemuanya dalam bahasa Inggeris. Memang aku tahu yang BI aku ni bersepah nak mampus..haha..itu pun ada gak advertiser contact aku nak advertise di blog aku..USD75 plak tu.haha.. Read the rest of this entry »

Tutorial: Menghasilkan Order Button Menarik

1

Posted by reezluv | Posted in tutorial | Posted on 16-10-2009

Sebelum aku gerak ke JB pada Jumaat malam nanti, aku nak kongsikan sesuatu ngan korang iaitu tutorial ringkas bagaimana korang boleh design order button yang cantik untuk sales page korang. Macam mana rupa nanti order button tu korang leh tengok sendiri kat gambar yang telah aku letakkan kat atas tu..

ok jom buat sama-sama ye.. Read the rest of this entry »

Adakah Video=$$$?

2

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet, berita hot | Posted on 24-08-2009

Pernah tak korang terbaca kat mana-mana artikel atau forum-forum yang seringkali menerangkan tentang video juga boleh menjana pendapatan? Betul ke? Mesti ramai yang duk tanya..tapi zaman sekarang ni semuanya bukan mustahil kan? Jual kondom kat Ebay pun leh laris, apatah lagi pasal video ni.

Cara buat duit dengan video ada banyak cara..salah satunya masa orang kawen la..kalau korang terer bab-bab video editing ni dan terer wat compositing dan memacam lagi..memang la leh wat duit kat advertising company..tapi… Read the rest of this entry »

5 Cara Dapatkan Idea Tulis Blog

5

Posted by reezluv | Posted in blogger | Posted on 30-07-2009

Photobucket

Adakah korang pernah buntu untuk dapatkan idea tentang blog post yang korang nak tulis pada hari tersebut? Kalau tanya pada aku memang pernah la, tipu la kalau ada je idea memanjang. Memang tak dinafikan ada banyak cara korang boleh buat jika blog korang tu adalah blog peribadi atau yang mempunyai 2,3 niche dalam satu blog.

Cara yang aku nak berikan sebentar lagi ni, taklah susah sangat sebenarnya.Ada disekeliling kita, cuma kita sendiri tak sedar. Gajah depan mata kekadang kita bukan nampak kan?

Cara Dapatkan Idea Blog Post Anda adalah seperti berikut:

1.Aktifkan diri di dalam forum niche anda itu, cuba cari topik apakah yang paling kerap dan paling popular dicari? Dari situ terdapat permintaan, so mulakan blog post anda, sama ada mencari penyelesaian atau anda ceritakan apa yang anda tahu dan dapatkan penyelesaiannya juga di forum-forum atau web lain sebagai rujukan.

2.Jika blog anda mengenai informasi teknologi, skopnya amat luas. Cuba review dan dapatkan info yang paling hangat tentang teknologi terbaru, sedikit komen dari anda dan juga apakah kebaikan dan keburukannya.

3.Kumpulkan source. Bermakna anda kumpulkan url atau link yang mana merujuk kepada sesuatu sumber penting seperti ebook, laman web, graphic, freebies dan sebagainya dan berikan sesuatu kepada visitor blog anda.

4.Komen dan review mengenai berita terkini yang hangat sekarang sama ada local news atau international.Tentu jika blog anda ditulis dalam Bahasa Melayu, lebih sesuai ditulis berita hot dalam bahasa Melayu dan begitu juga sebaliknya.

5.Interview, atau menulis tajuk headline berunsur kontroversi tentang seseorang. Ini agak bahaya…tapi pastikan korang menulis yang baik-baik sahaja tentang seseorang atau produk seseorang.Contohnya kalau korang rasa Produk Lisahilmi tu bagus, cuba create sesuatu yang rasanya amat mengundang kontroversi..tetapi di dalamnya korang selitkan info yang bagus-bagus sahaja.

Rasanya cukup setakat itu info yang aku rasa berguna untuk mereka yang blogging dalam niche-niche yang tertentu atau mungkin sekadar sebagai blog peribadi sahaja..apa pun sebenarnya, terpulang la nak tulis pasal apa..janji menarik, ye tak? :P

Info terkini:Pada 3-7 Ogos 2009 aku mungkin tidak akan online sepanjang tarikh berkenaan kerana menghadiri kursus di Cameron Highland. 8hb tu plak aku balik kampung, ada kenduri plak.So, kiranya Isnin la baru aku update blog ni kalau internet connection di sana tiada lah kan..:P

p/s:Lagi 2 hari pertandingan komen terbanyak nak tamat dah..rasanya sape yang menang eh?

Blog Widget by LinkWithin
Copy Protected by WP-CopyProtect Thanks to Chetan.

Dont want to go to the cinema? Watch Movies Online.